AAuummnn!
Kalau kat hutan, dengar ja harimau mengaum, jenuh lari lintang pukang. Ya lah, nak selamatkan diri. tak kurang jugak ada yang sanggup panjat pokok, buat-buat mati dan sebagainya.
Tapi, bagi mereka yang dah bekerja ni, bila harimau mengaum ja, mereka pulak yang pergi serang harimau tu. Haha. Maybank lah harimau tu. Mana taknya, gaji mereka dijaga oleh harimau ni. Cukup bulan harimau ni mengaumlah. AAauuMMmnnn!! Gaaajjjjiii mmaaassYYuuKKK..~ So tak hairanlah bila tengok ramai kakitangan penjawat awam pulun beratur dan sanggup ja menunggu giliran nak p serang harimau yang telah diamanahkan. Heheh.
Satu hari tu, Kak Zalida tanya, (09/06/2011)
Kak Zalida : Anim, gaji dapat bila. lambat nohh,
Aku : Taktau la kak ida. p bagi akaun maybank plak. En.Muaz kata lambat 3 hari.. (dengan
nada yang frust)
Kak Zalida : Oohh..jenoh nohh..minggu depan la kan?
Aku : Tu aa. Sabaq ja lah.. (lambatnyaaaa!!)
Kebetulan hari tu, aku balik dengan kakak aku yang bekerja di Pejabat Daerah Tanah. Dia ni direct balik lewat. Bajet pekerja cemerlang btol. Aku tukang penunggu dia ja la. Semasa menunggu beliau di perkarangan bawah KOMTAR yang berdekatan dengan Maybank tu, tiba-tiba aku tergerak hati.
"P la check. mana tau dah masuk gaji. tak pun, Harimau bagi dividen ka. HAHAHA. tak pasai. join saham apa pun tak."
Aku pun melangkah malas masuk ke bahagian ATM Harimau tu. Dalam hati dok kata,
"ada, ada la..tak dak, takdak la..minggu depan.."
Alangkah terkejutnya aku rupanya gaji dah masuukk rupanya..wahahaha!! Tu dia. jakun aih. Siyes la jakun. Yang terkinja-kinja sangat ni bukan apa, macam la aku tak pernah dapat gaji sebelum ni. Bezanya this is my first time aku terima gaji di Government Sector. Hahahaha. Gaji aku ni kalau tak potong EPF ni, banyak g niii...(mula dok buat berkira) alahai, EPF penting kot. Untuk masa depan lah. Kot la, nak guna untuk apa-apa di masa akan datang..memangla sekarang tak napak. Nanti kau akan nampak jugak faznim. Jangan dok buat menggelabah mana duit hang p suku lagi.
"nyum-nyum delicioussO", kata beg Dora & the Explore"
It does'nt matter la gaji sikit ke banyak. Asal aku kerja dengan ikhlas dan bersyukurla ada jugak orang sudi bayar gaji aku. Kalau dok rumah? Jangan haraplah. Gergaji yang nanti dapat.
So, bila dah bekerja, dah bergaji la sangat, mula lah kakak-kakak nampak...dan mulai saat itu, akan bermulalah episod share-share dan tong-tong menontong. You know why? dah tiba masanya untuk aku pulak nak meringankan beban-beban tanggungan kat rumah. Kalau dulu 100% mak dan ayah bayarkan segala-gala. Baik bil itu ini, pakaian-pakaian, makanan-makanan, sebaliknya aku? hahaha. Kecik lagi..tak yah nak fikir lah. Yang penting enjoyy!
Now, barulah aku sedar. Ya sesungguhnya aku sedar. Baru aku tahu macamana nak dapatkan wang Rm1 tu. Maybe adala cara shortcut yang len, mintak sedekah or whatever, but, bila dikenangkan, owh, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. ei. betoi ka? hahaha. lantaklah. Kakak aku pernah aku tengok aku balik kerja sebelum ni. Pakat gelak la ramai-ramai." Anim baru kerja sehari tu. Tidoq dah ternganga-nganga dah. Bagi dia tau..camtulaa..cari duit..penat..tu pun jangan..tak hargaii.." uik? bila masa aku tak hargai? Memang, sememangnya. Penat. Dapat bayangkan jugakla macamana mak dan ayah aku dok p cari rezeki untuk membesarkan 5 beradik. Tapi bangga jugak dengan mak ayah aku sebab tak ajar aku dan adik beradik yang lain bermewah-mewah. Cukup dengan apa yang ada. Sejujurnya, ayah aku tak pernah pun belikan aku mainan pun macam budak-budak lain. Even dari kakak sulung aku sampai la aku yang bongsu ni. Haha. Apa lagi, lenjan yang jiran punya la.
Aku dulu-dulu :
- Ayah. Nak duit...Nak bayar yuran..bla..bla..bla..buku tu..buku apa nama ni..ala...kelas tambahan lagi..
- Kalau ayah kata," Anim, p beli roti sat!" aku nanti dari jauh-jauh dah jerit, BAGI DUIT YAH..!
- Ayah. Nak p pasar malam.. (padahal mak aku masak ja, tp memilih la katakan, sanggup g beli kat pasar malam) nak duit boleh? Ayah bagi rm2. (dalam hati, rm2 ja? ya lah. kawan-kawan aku rm 5 tau. pakej. makanan dan air lagi boleh dapat. nugget-nugget)
- Maaakkkk...~ (Mak aku cukup tau nada aku panggel yang menandakan aku nak duet) Dah dapat duet dari mak, then cakap, tq mak..nanti kerja anim bayar.(bagi sedap hati si ibu) haha. cam tu la. Sampai mak aku dah lali.
- "Ayah, nak duet yah. anim teringin bla..bla..bla..bla..tp tak cukup lagi..bla..bla..bla.." dan dapat. yea..yea...
- Masa study dulu aku guna duit pinjaman ja. PTPTN. haha. tp kadang-kadang balik rumah mintak jugak dana-dana dan sumbangan. Hehehe. apalah guna kakak-kakak yang ramai kan?
- Beli-beli barang dah tak berkira dah. Aku beli ja. Apa yang aku rasa kurang kat rumah, aku beli. At least ayah aku tak payah sibuk-sibuk nak beli. aku dah belikan. okey?
- Pasar malam pun jarang. depend on keinginan. Paling favourite aku pon dulu Bihun Pak Hardi dan Laksa Air Itam ja. Kalau Mak aku masak, better makan yang mak masak. 200x ganda sedap dari pasar malam.kan?kan?
- Aku bagi ja duet kak mak. Nak kata ganti tu..ganti la kot. al-maklumlah. baru gaji pertama. nanti lebat-lebat sikit boleh la up-up lagi.
- Nak beli apa-apa, aku beli ja. tak gtau ayah dah. tengok-tengok dah ada kat rumah. habis kuat ayah tanya, "bila hang beli ni?" then explain to him.
- Paling-paling mematangkan aku, bila bil Elektrik, bil Telefon, bil Air, bil Broadband aku dah mula kena bayar. Sebelum ni dengan bangga aku dok guna-guna dengan tanpa perasaan. Sebab fikir orang lain bayar (kakak aku jugak) aku rileks ja. Now, nah! rasakan! (share-share lah, bahagi darab tolak tambah)
Mak, ayah, thanks for everythings! |
thanks also to all my sisters !! =) |
camni? matang la kot noh...? |
p/s: 4hari dah abes rm500.00. mahalkan barang sekarang?? duet pun dah macam air ja..kecoh an?
6 comments:
whoaaahh ..besnye ramai kakak ..
boleh bodek2 mintak duet .. hahaha ^^
dulu-dulu boley laa..bodek sana sini, then dapat..da keja-keja kena dipertimbangkan baru dapat. hahaha
fazz.. dpt bepe?? leh la blnje aq..hehehe
hahaha. mana boley habaqq..hehehe. insat t pengsan. aku nak budak secretary swasta pnya gaji. aku dok bau dah ni!
Hahahhahaaa... best best best... :)
apa yang best En. Khuzrin Kamarudin...
btw, thanks!
Post a Comment