Pages

Tuesday 20 September 2011

Semak Perut

Assalammualaikum  =)

Ini bukan semak perut untuk disemak helaian demi helaian or what. But, ianya semak yang berselerak. Hal ini bermaksud aku sangat semak perut. Semak perut ni di kategorikan sebagai orang yang memiliki perasaan runsing, berkecamuk, serabut, dan sebagainya yang lebih menjurus kepada benda benda yang tak best untuk dihadapi.

Ok itu sahaja untuk kali ini. Sebelum aku semak perut lagi teruk, rela ku mengundur diri.

Salam satu malaysia.

WAaaAArrggH...!

Ok, salam.

Thursday 15 September 2011

Penantian Satu Penyeksaan, Namun Berkat Kesabaran Membuahkan Hasil


Assalammualaikum =)


Benar kata orang. Penantian satu penyeksaan. Pernah rasa tunggu boyfriend or girlfriend bila dah janji untuk berdating tak?? Bengkek je kan bila tau tau salah sorang lambat. aiseh, bila dah sampai,
  "owh, i baru je datang, tak lame pun tunggu."

perggh. Sanggup menipu sunat demi menjaga hati orang yang tersayang. Termasuklah dengan member member dan sewaktu dengannya. Nak hang out sekali bila dah set time, port, sekali batang idung pun tak napak. Orang utaqa kata rasa nak membai ja. (hahaha, macam kata kat diri sendiri nampak?)

Hm, muka aku kat atas tu bersamaan aku menunggu dan terus menunggu sesuatu yang tak pasti. Mengenangkan nasib, masalah, kekeluargaan, kewangan, disiplin dan sebagainya. Pergh. Apsal nak bajet sangat ni?? Maaflah. Terlebih exited sudah. Menaip pun tersasul-sasul. Hahaha. Ok, poyo sangat.
Eh, dah lah. Lebih baik pergi ke motif sebenar.

 Sebenarnya.. nak meluahkan rasa kegembiraan aku..asyik cakap dengan hati sorang sorang ja.. entah hati pun dah boring..

Pertamanya.sebenarnya dan sebetulnya, aku ni bukanlah bekerja di bahagian kesetiausahaan pun. Tapi bidang tugas aku memang ke arah kesetiausahaan even ianya dipanggil PT or lebih sainstifik lagi iaitu Pembantu Tadbir (P/O) N17. Dan aku bukanlah pekerja tetap di pejabat kerajaan itu. Sebaliknya aku hanyalah pekerja sambilan. Tau? Which means, gaji hari sahaja. RM54 darab dengan berapakah jumlah bilangan hari yang aku hadir bekerja. Cheyywah. nampak banyak kan? Basic memang banyak. Belum tolak cuti aku takmai. Ha, tak mai takdak duit tau. Tolak KWSP. Pompang pompang buleh la gagah.

Oleh yang demikian, setelah 4bulan mengharungi pelbagai liku liku dan onak duri yang mendatang sepanjang aku berkhidmat dan bekerja di bawah doktor pakar kesihatan awam, maka, sesuatu keajaiban telah berlaku. Hahaha. Keajaiban la sangat. Ianya di mana, pekerja sambilan akan ditukarkan kepada pekerja kontrak. Sungguh tidak ku sangka. Sangat sangat gumbira. Kontrak tu. Sapa tak nak? Gaji sama dengan tetap. Orang tetap dapat bonus, orang kontrak pun dapat bonus. Kalau sambilan sebelum ni, aku perlu memperbaharui tempoh perkhidmatan selama 3bulan, tetapi kalau dapat kontrak, bertahun tu. Setahun hingga tiga tahun. Mengikut kepada keperluan majikan. Alhamdulillah. Dah nampak dah. Aku akan buat sehabis baik untuk terus berada di pejabat yang sentiasa happening itu.

<3 

Untuk meneruskan perkhidmatan di pejabat berkenaan, aku dikehendaki membuat permohonan terlebih dahulu untuk dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia. So, mereka akan proses segala. Di saat itu, ketika dalam penantian keputusan menjadi pekerja kontrak, satu berita di corong radio mengatakan mengenai semakan tawaran sambung belajar yang dipohon bagi sesi September 2011/2012 akan dapat tahu tak lama lagi. Wadduh! Terasa kot. Aku la tu yang mohon sebelum ni. Semakan pertama 16 Mei beberapa bulan yang lalu aku dah target, aku takkan dapat. Memang sah tak dapat pun. Sebabnya, aku tak cukup dokumen. Hahaha. Ya lah wei, sapa nak bagi kalau kau mohon masa kau belum ambil final exam? Dah pulak macam dia nak surat berhenti belajar. Lagi la aku tak tahu nak korek kat mana. Sedangkan aku baru semester akhir. Mana berhenti lagi. Ingat HEP nak sangat bagi? Mintak pengesahan pelajar pun terkemut kemut. Tapi, hati membuak buak jugak nak hantar sebab aku nak hantar jugak lah. Tak kurang jugak pada waktu tu, ada kakitangan HEP yang agak busy the body berkata "Hampa dok yakin sangat nak hantaq hantaq ni, boleh dapat ka?" Peerrggh. Pada aku, dapat tak dapat belakang kira. Yang penting hantar jugak. Wei, no pin dah beli. Belasan ringgit kot. Sia sia ja Mr.M temankan. Getus hatiku.

Alhamdulillah, pihak UPU tak sekejam mana pun. Even pada semakan pertama dia memang nampak aku tak layak, at least dia bagi chance untuk pelajar yang gagal permohonan ni, buat e-rayuan. Aku pun rasa semangat naik balik. Aku plan dengan kawan nak pergi Perlis nak kutip segala dokumen penting kat sana. Penting wei. Transkrip dengan surat berhenti belajar. Benda besar tu walau nampak sekadar ianya hanya sehelai kertas. Thank to my friend Ika yang sudi temankan aku. (^,^) Okeh. Siap. Masa nak pergi pos dokumen tu, aku pegang tangan kanan, dan baca "Bismillahirrahmanirrahim..." dalam hati berkata "aku redha atas ketentuanMu kalau aku dapat..Alhamdulillah..kalau tak dapat..aku redha.." boleh try next time kan?

15September baru baru ni, aku dapat mesej dari kawan aku dia kata, "Rayuan boleh semak hari ni kan?" Aku rasa..eh, bukan 17 ke? Then aku godek godek kat internet, sah! dah boleh semak.
Aku pun klik sana, klik sini, Ya Allah. Bergenang air mata aku. (Sikit la) Alhamdulillah..aku berjaya. Thanks to Allah. Kakak kakak aku suruh pergi ja, pergi. Katanya aku muda lagi. Dalam masa yang sama aku sayangkan pekerjaan aku. Kakak aku berkata lagi, rezeki kat mana mana ja. Jangan risau. Mendengar kata kata peransang sedemikian, aku nekad untuk berhenti kerja. Aku percaya, ada hikmah disebalik semua ini.

Sekarang ni aku cuma perlu mengumpulkan kekuatan untuk berada di tempat orang. (Buat terok kan) Ya. Aku takut. Aku takut kalau aku tak boleh menempuhi dugaan dan cabaran yang mendatang. Namun, aku yakin Allah sentiasa membantu hambaNya yang dalam kesusahan..

Buat sahabatku MizzChoco, janganlah bersedih. Gagal sekali tidak bermaksud gagal selama lamanya. Mesti ada hikmahnya. See? Even kamu tak berpeluang untuk ini, but you have still another chance.Kamu dapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat. As you said "Mungkin MizzChoco kena kerja dulu, kumpul duit..then baru pergi belajar..lepas ni tak yah susahkan mama dengan ayah..." Paling paling penting jangan mudah putus asa..sebab Allah tak suka pada hambaNya yang putus asa..so, chill ok? Kamu tak perlu rasa malu..Abaikan apa orang cakap..Try next intake. Confirm. 1st intake dapat. Tak payah rayuan rayuan dah. Ok? =)

Ok Lega. Tapi kenapa setakat terima tawaran aku nak kecoh sangat ni? Haha. Suka hati aku la.

Kepada warga Kelantan. See you. (^_^)

Wednesday 14 September 2011

Monday 12 September 2011

saya nak buat kek untuk merahitujambu


Memandangkan berdasarkan pemerhatian dari empat mata aku, *termasuk kaca mata daaa..*
doodle doodle semakin famous amous dalam kalangan manusia. 
Paling paling best ada blog yang telah menganjurkan pertandingan doodle bagi mencungkil bakat yang terpendam mereka mereka. Bagi yang dah pro, mestilah hebatkan.
Macam aku? Yang baru terkial-kial ni? Haha.
Hehe.

Oleh yang demikian, aku pun rase terpanggil untuk join contest blog merahitujambu .
Nak join? Boleh..sila klik header di atas untuk keterangan yang lebih lanjut.

Cepat-cepat! Tarikh tutup : 25 September 2011


*********************************************************************************

Berikut adalah kek yang dibuat sendiri setelah membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi menyiapkan kek ini.
..



..




..



..




..



...





..


Teng terenggg.....~~~



 Chocolate Rainbow with Marshmallow Strawberry Cake

Ucapan:

Selamat Hari Lahir Buat merahitujambu, semoga dipanjangkan umur
dan senantiasa dimurahkan rezeki.
Ceria-ceria selalu!!

Tag kepada dua orang yang bertuah ni:







ok itu sahaja. sekian terima kasih.

Wednesday 7 September 2011

Sunday 4 September 2011

Kerna Hari Raya Begitu Berharga.

 Assalammualaikum, =)

Agak lama tidakku update blog ini. Tidak ku rela jika ia menjadi blog usang lagi bersawang. hahaha. ok, sangat menggiurkan.

Walaubagaimanapun, rasanya tidak terlambat untuk diri ini mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada semua rakan-rakan, hadirin dan taulan.  Semoga hari raya Aidilfitri tahun 2011 kali ini memberi seribu makna buat anda. Perggh. Dah macam iklan penaja sedikit sebanyak.

Alhamdulillah, pada 1 Syawal, cuaca baik-baik sayang sahaja. Memandangkan, kalau anda perasan, bermula dari malam 27 Ramadhan, hujan tak henti-henti membasahi bumi. Lebat sungguh. Apakah tanda-tanda malam lailatul Qadar? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Sehinggakan aku basuh baju raya dan baju-baju seangkatannya terpaksa di"spin"kan sebanyak 3x dalam tahap paling last sekali aku pulas. Kakak aku sibuk dok sound-sound aku cakap,

"Spin aa lama-lama. Nanti reput baju hang baru tau.."

Namun, sebagai adik yang degil, aku tidak peduli. Aku pegi beli Downy yang "owh, saya tak pakai perfume...~" hasilnya even aku basuh last minute pun, tak de cahaya matahari disebabkan hujan, ia tetap wangi. Cepat kering pun cepat. Kasi kena sepoi-sepoi angin kipas siling+kipas berdiri=kering.  Selepas itu pasti ia akan membuatkan orang tertanya-tanya,

"awak pakai perfume apa hari ini..?" lalu aku menjawab, "owh, saya pakai minyak attar hari nie..."


Memandangkan cuaca pun seolah memahami bahawa kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya berpuasa selama sebulan dan tak sebulan pun dengan bersebab, maka aku yakin anda semua-semua beraya sakan lah kan? Itu yang pasti. Termasuklah aku. Sakan kah? Oh. Separuh-separuh. Kakak aku dah planning semua siap-siap. Tinggal nak melaksanakan tindakan sahaja disamping memerlukan persetujuan dari adik beradik yang lain.

Syawal Pertama : Beraya di rumah, bersama adik beradik.
                        : Petang, ke rumah Tok sebelah Ayah. Che Tom.

Syawal Kedua   : Ke rumah Tok sebelah Mak. Che Embun.

Syawal Ketiga   : Ke rumah Kakak sulung kat Perak.

Syawal Keempat : Aktiviti beraya ikut suka ke mana dan syawal-syawal seterusnya.



Lebih kurang beginilah situasi Hari Raya Pertama 

makan berebut-rebut ni orang kata lagi nikmat.

bajet mak andam. Menyiapkan akak sulung aku.





da lawo-lawa baru semangat untuk segment bersalaman dengan mak ayah         

suma ni bratoq nak duit raya dari maksu. Moga maksu baik hati.

Petangnya, bertolak ke Kota Kuala Muda, Kedah. Kampung Tok sebelah ayah aku. Sini tiap-tiap tahun meriah. Berhimpun habis anak chuchu, chicit, cucut, ciut, piut, miut, hahaha. Napak no, penipunye. Hm, agak aktif jugak aktiviti dijalankan pada sebelah malam. Aku tak join pun. Penakut. bak kata Yunalis Zarai. Fobia kot dengan mercun-mercun nih! Okey, abaikan. Tapi, yang ni aku berani.

lalalalalalalalala
SyooKK, aku main bunga api sambil hayun-hayun tangan tanpa menghirau orang sekeliling sambil nyanyi..lalalala~ "budak-budak" lagi.. umur puluhan nanti tak pegang dah... last, last, last. hahaha.


 Situasi Hari Kedua

Err..kat tak dak benda sangat pun..sebab Tok sebelah mak aku sakit. Kesimpulannya tak boleh nak huhah-huhah sangatla. Tiba-tiba jadi sopan dengan serta merta.


Hari Ketiga

Beraya kampung kakak sulung aku ni boleh tahan jugak lah. Sebab dia kahwin dengan orang Perak yang terlalu ramai adik beradik. 9 orang. Bila ada perayaan-perayaan macam ni, semestinya pakat ramai-ramai dok mai berhimpun lebih hebat dari perhimpunan bersih. Tapi not bad la. Sporting-sporting. Walaupun tak berapa kenal-kenal sangat. Tapi buat-buat ja la kenal. Hahaha.

SELAMAT HARI RAYA! 5adik-beradik.
 

Kakak-kakak aku pun boleh tahan la kalau bab bergambar ni. Tapi, banyak-banyak yang ni sahaja dapat menyejukkan mata memandang. Haha. Bukan senang nak berkumpul ke5-5 ketoi ni. Sebab kakak aku yang sulung menetap kat Perak. Kerja pun kat Perak. Anak-anak pun dia dah sekolahkan dekat Perak. Sapa tak sayang suami woi! Rela ku berkorban apa sahaja. Cheyywah!

Kesimpulannya, ziarahilah saudara mara kita dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. lupakanlah segala sengketa lama. Buang yang keruh ambil yang jernih.. Tapi, tapi, ada jugak bila kita dah ambil yang jernih, dia masih mengeruh-mengeruhkan. Camna nak buat hm dengan orang yang sedemikian. Aiseh..


Wassalam..