Pages

Tuesday, 7 June 2011

Setiausaha Olok-olok

Assalammualaikum! (tu dya, macam mebai aih)

hehe, mana ada mebai..tengah lemah lembut lagi gemalai ni..haha. giur ja.

Today, buat pertama kalinya aku duduk di tempat Setiausaha Pejabat dan mengendalikan tugas-tugas setiausaha. Hey,hey, for what? saja la. seronok-seronok...mengisi masa lapang..wekk..
Haha. Taraklah! Tak pasai ja aku nak dok situ tanpa sebab.  Sebenarnya..aku ditugaskan untuk menggantikan kak Ida..(Setiausaha Pejabar original punya) Kak Ida cuti.. p daftar masuk U nu. Syok toi dya. rezeki mencurah-curah. Iri hati pun ada ni. hahaaha. Itu lagi la. Tersangatlah tak pasai. Hmm..Sajala. Syok tengok life dya.(macamna tengok pun aku tak tau, pandai2 ja) Syokla, kerja dah tetap, dah kerja dapat tawaran belajaq pulak. wOw! tersangatlah bangga dengan beliau. Aku anggap dya macam idola aku la. cheyywah! Kak ida ni sebenarnya juga merupakan senior PTSS course DSK cam aku la. tp batch sebelum aku dan rakan-rakan yang lain masuk ah. alah, lewat se-sem aje. Elok dya abeh sem4, aku ngan dak3 yang len baru nak mendaftar. Ha, begitu lah. Tu dya. Cerita kak ida saja ka ni?

Right, move to my next point. Kesimpulan atas cuti rehat yang dipohon oleh Kak Ida tu, aku diarahkan oleh Doktor unit aku untuk menggantikan beliau. Hm, so far, tak la merumitkan sangat. Agak bernasib baik pada hari ini Timbalan Pengarah Kesihatan (Boss) mengambil EL. But, kerja tetap kerja. Surat keluaq masuk kena ambil tahu jugak. Tp aku taklah keseorangan dalam mengendalikan kes ni. Kak Sarah. Beliau banyak la memberi pengetahuan-pengetahuan baru.  At least bila-bila aku kena ganti lagi, ehem, (perasan) tak lah kekok, ternganga3 kena buat apa.

Setahu aku jadi Setiausaha kat sini mereka-mereka tak payah pergi sibuk-sibukkan diri untuk menghadiri mesyuarat. Wahh!! alangkah bahagianya! Dapat aku bayangkan mereka tidak perlu memerah otak untuk membina ayat-ayat puitis dalam menyiapkan minit mesyuarat dan tak perlu jugak tertanya-tertanya minatang apa yang telah diguris sepanjang meeting berlangsung.(yang guna trengkas tu la)

Terkenang kembali suatu ketika zaman latihan industri aku, gila punya banyak mesyuarat nak kena attend. Sabaq ja lah. Tekanan tok sah la cakap. Jerawat pun kian meningkat. Dah tu, bila da duduk dengan Pengarah Perbendaharaan, cerita pasai duit-duit ja la. Duit p mana, perbelanjaanla, apa la, peruntukkan segala bagai. Paling lemah bila apa yang kita record, sayangnya tak jelas bila dengar balik.  Paling bermasalah bila pronoun bi kan banyak persamaan, cakap lain, dengar lain, tulis lain. Memang carca marba.  Alhamdulillah, selesai 3 bulan jadi Setiausaha Peribadi kat sana, aku dapat tukar jabatan. Jadi Setiausaha Pejabat pulak. Memang different gila tugaih dya. Yang penting aku sangat happy.  Aku anggap apa yang berlaku sepanjang latihan industri merupakan pengalaman yang bermakna.

Jadi setiausaha ni pun tugas dya kebanyakkan berbeza-beza.  Of kos lah kan, kita ni kena ikot cakap ketua kita. Sesetengah tu ada yang nak simple-simple ja..dan ada juga yang nak lebih-lebihnya...kalu tak, tak la jadi isu bila setiausaha sendiri berkawin dengan boss. awww.. hahaha. Timbalan Pengarah Kesihatan kat sini adalah wanita. Bila aku tengok beliau, secara automatik aku mesti ingat dekat cikgu Matematik aku iaitu cikgu Latipah. Yang samanya mungkin dari segi rupa mereka yang kacuk cina masuk islam. Itulah paling mengingatkan aku. 

Pabila ditanya mengenai TPK ni kat Kak Ida, first time aku dengar orang kata boss ni sweet, sporting, cute, dan sebagainya. Mak aih. Selalu kalau aku tanya, "boss garang tak kak?" mesti ada ja yang bagi negatif-negatif, antaranya, "hm, garang ooo....", "boley laa...(sambil buat muka mau takmau)", "baik ang hati-hati", hahaha. selalu cam tu, paham sangatlah.  Sebagai setiausaha, pandai-pandaila main peranan macamna nak jaga hati ketua itu. Tp tu lah. Kak Ida ni betui ka tak? ada ka jawapan sweet, sporting itu yang dya bagi? Dan tak lama pas tu, aku pun buat kajian..ehhh..betullaaahhh!!! TPK memang sporting ponnn..baru aku teringat...

Pada suatu hari, aku p tempat kak Ida, nak hantar surat untuk ditandatangan oleh TPK ler. Kebetulan TPK pun ada bersamanya. Elok aku sampai, takdan nak bagi salam, dya hingaq dah, dya kata, "Ni sorang lagi  si kecik ni, awak mai sini sat" aku pun menghampiri beliau. dok ingat tak pa la. Sikit pun aku tak takoott..sebab aku bukannya buat salah pun. wahaha. Tau tak, dengan tak pasai-pasainya, dya tunduk pegang kaki aku satu lagi tangan pegang kat bahu, rupanya, dya punya pulun nak dukung aku. Tu dyaaa...gagah betui. aku siyes tak sangka bahawa beliau akan bertindak sedemikian. Memang betollah! sporting abes. Dya kata, dya geram. aku kecik sangat. hahaha, ehem. Kecik bukan sebarang kecil ya.

Memandangkan beliau pun tak ada di pejabat, maka kerja aku ringan-ringan sahaja. Just rekod surat, sign-sign, main cop-cop, keluar masuk bilik dya letak surat, hehe. Sangat mudah bukan?
Dari segi call, aku men jawab ja. Tak tau, aku passing orang. hehe.

Kesimpulannya, jadilah setiausaha yang bijak dan mampu memberi peningkatan terhadap kualiti syarikat mahupun jabatan kerana ia berpontensi memajukan diri kita dalam membina kerjaya. Penampilan asas peribadi. Cheeyywah! Go,go,SecreTary!!

p/s: Abaikan sahaja tanggapan negatif mengenai setiausaha. Asalkan diperolehi dari sumber yang halal.




8 comments:

sifu im said...

s/u pon de olok2 gak er

FazzYnameDcHuiB said...

haruslah ada.. bila jawatan setiausaha tu tak tetap ka... tengah practicle ka..kan,kan,,

Hanis Atikah said...

hahaha.. tu dy.. dah bg falsafah la pulak..heheh

FazzYnameDcHuiB said...

hahahahaa. base on my opinion ja.. pendapat ang? baik ang sokong. hehe

Aku intan yann brand said...

Saya pon steno gak...nk follow yer

FazzYnameDcHuiB said...

waahhh? steno kat mana. ok. tq for following.

Aku intan yann brand said...

kat JPA..its ok..new blogger.. so sonok juge bc mcm2 blog

FazzYnameDcHuiB said...

jpa= jabatan perkhidmatan awam or jabatan pertahanan awam? huhu. seronok kan? terjah3 blog lain. dah lama jadi steno?