Pages

Thursday 29 December 2011

Takmau, tak mau, chek tak mau!

Assalammualaikum.

Masuk hari ni merupakan hari ke- 7  aku dok kat Penang ni, rasa segan pulak nak balik Kelantan. Tolonggg...! Toksey..toksey...hahaha. Oi. Kena la balik Faznim oi. Sapa nak pergi amik Exam kat hang? Hahahaha.

Okelah, esok aku balik laa..tapi aku tak direct ke Kelantan terus. Nak singgah Kuala Terengganu. Nak pergi saing saing dengan member aku orang Ganu. Hehehe. Sambil menyelam minum ayaq. Sempat kah? Tak tau nak kata.

Tapi kan..berat ja hati nak balik...Mak, Ayah...Anim nak balik dah tau...jaga diri ya. Mak tu, dok sakit sakit gigi, jangan lupa makan ubat ya. Ayah pun.. dok sakit sakit jantung.. Thanks tau, layan kerenah Anim selama ni..hehehe. Paling best celebrate Birthday Anim baru ni.. Thanks Mak! Ayah! Kakak Kakak aku yang buaih!
Doakan kejayaan anakmu dan adikmu ini.  Di samping dalam mengharungi dugaan, cabaran dan rintangan.  Exam 3 minggu ni. Ketaq pala pala abih. Nak buat yang terbaik lah. BoboBOy! (apa kena mengena)




Wednesday 28 December 2011

Goodluck for me

Assalammualaikum..

Nak kata bertapa pantas masa berlalu, tup tup aku dah penghujung semester 1 rupanya. Masakan tidak, lagi seminggu aku bakal menghadapi peperiksaan akhir semester bagi Tahun 2011/2012. Aku tak tahu kenapa semakin hampir ke tarikh tu, semakin debaran terasa.  Oh, barangkali aku dah lama meninggalkan perasaan debaran itu. Last pun masa zaman diploma. Now, aku di zaman lain ok. Tapi boleh samakan kah? Aku pun tak pasti. Kenang mengenang semula result carry mark, wallaahu'alam. Aku bertawakal serta berserah kepadaNya.

Study week starting from 22 December, aku manfaat cuti tersebut dengan study kat rumah. Ini bermakna, aku kat Pulau Pinang Pulau Mutiara! Ok. Terjerit sudah. Huhuhu. Oklah. itu sahaja. Banyak aku nak ngepek benarnya. Tapi tapi tapi. Tahhu ah! 

Salam