Pages

Sunday 20 November 2011

Kembalikan Semangat Itu

Assalammualaikum. =)

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia yang sekadar pinjaman ini.

Jam menujukkan 3.17 pagi tatkala aku menaip perenggan kedua.  Pergghh... bajet macam hard working sungguh la kan.  Mesti ada yang tabik spring lah sebab masih berjaga even pada pukul 3 pagi.  Tahukah ini semua gara-gara kerja last minit aku? Aku sendiri tak tahu. Bukannya tak pernah berazam untuk meninggalkan tabiat kerja last minit. tapi, tapi. Aku sendiri tak pasti.  Apakah mungkin ia sudah sebati dengan diri ku?? Nurfaznim=Last Minit. 

Masa belajar diploma dulu dulu, aku ingat lagi buat Rancangan Perniagaan. Sebagai pelajar di jurusan Perdagangan, haruslah kami membuat Rancangan Perniagaan tersebut atau lebih dikenali lagi dengan nama pendeknya iaitu RP. Tugasan yang diberi bukannya sekejap. Tak salah aku dari awal tahun lagi. Tempoh yang diberikan adalah 3 bulan kot?  Tapi kan bila group work, bila seorang tak bergerak, memang yang lain tak bergerak lah kan? Am I correct? Please la. Kata la betul. Hahaha. Cari bahan bukan main semangat, bulan Januari. Buatnya? 2 minggu nak hantar baru tergadah. Balasannya, aku dan geng tidur lewat, kadang kadang tak tidur langsung, paling sedih, muka aku naik jururawat yang semestinya kesan dari tidak cukup tidur.  Antara sebab penyebabnya keterlewatan itu adalah, masa buat RP, aku dan geng tak pandai nak menyelesaikan masalah akaun. Sentiasa tak seimbang. Bukan tak reti. Tapi, tak minat. Hahaha. Lebih kurang la kan. Walaupun basic. Ini juga mungkin balasan bagi tak serius ketika belajar. Abang Yusuf mengajar kat depan, suruh tengok nombor nombor kat papan putih. Tapi aku? Hahaha. Dok berebut rebut dengan member macammana nak dapatkan abang Yusuf. Padan Muka. Last last abang Yusuf pindah. Ikut isteri. =(

Tapi kan, aku dah cuba tau macam mana nak tangkis last minit ni. Namun apakan daya, aku tetap tak terdaya. Banyak pengaruh pengaruh dan anasir luar datang mengganggu.  Lagi lagi tengok tarikh nak dihantar lambat lagi.  "Lek luuuuu..." Macam sekarang ni. Dah dok ijazah pun tak reti buang buang lagi. Waaaa...bayangkan..aku kesempitan ruang waktu dan masa...ini lah balasan. Tapi kadang kadang aku insaf sekejap ja.  Sebagai contoh, kalau aku kata sem depan aku tak mau main ngn last minit dah, tengok tengok sem depan pun sama ja, aku azam lagi, sem depan, sem depan, sampailah sem depan depan.

Aku tak mau macam ni...tolong lahhh..~ Ada tips last minit best gak ni.. Sebenarnya aku ada ja jadual. Tapi lagi dok nampak jauh lagi, lagi jauh aku terpesong . ( aku tak buat kerja laaa...) Tengok. Sekarang orang lain dok mimpi dah pergi mana hala dah, aku baru saja selesai menaip minit mesyuarat untuk Mock Meeting yang akan dibentangkan hari Isnin ni. Waaaa..macam nak nangeh pun ada.  Tengok la kerja apa yang aku kena siapkan..

OFFICE PROCEDURE - MOCK MEETING 
ECONOMIC (ARTICLE + PAST YEAR QUESTION)
OFFICE AUTOMATION - REPORT
BUSINESS FUNDAMENTAL - REPORT
HUMAN COMMUNICATION - REPORT + PRESESENTATION

ni suma tak termasuk test dengan kuiz yang bakal menjelma...
Sebenarnya, boleh ja aku settle awal awal..tapi..tapi...tapi.......~



LAST MINIT, TOLONG HIDARI SAYA. KEMBALIKAN SEMANGAT SAYA.
EH,tapi kadang kadang last minit pun ada kebaikannya jugak kan? (harap harap la)

Selamat Pagi.


Thursday 10 November 2011

apa itu update?

Assalammualaikum =)

Ya. Agak berkurun aku tak update. kenapa? kenapa? hahaha. Dalam kepala macam-macam nak share. Tapi...
Sejak aku stay kat negeri Kelantan, dan masalah line yang terserlah kelembapannya bak siput khinzir, aku tak dapat berbuat apa lagi. hahaha.

InsyaAllah. Pas ni okey.
=)