Pages

Saturday 21 May 2011

"Gaji Halal"

Salam.

Tergelak besaq aku bila dalam tengah dok kalam kabut buat kerja seorang kakak sepejabat dengan aku (Kak Zalida nama dya).berkata, "Anim, gaji halal sungguh aa, kita hari ni nohh.." aku pada mula macam agak lampi3 jugak la. (Lambat + Pick Up = Lampi) at last, aku berjaya tangkap apa yang dya cuba sampaikan.

Mungkin ada yang tak paham. Ya la. Kerja halal. Of koz la dapat gaji halal an.. tp maksud kak tu sebenaqnya, gaji yang bebaloi la. This is because b4 dis bukanla kata gaji haram but, we all kerja sambil berfoya3 aa. Which means, banyak sembang3, direct selling, program makan3 dan sebagainya.  Tetapi pada hari Jumaat bersamaan 20 Mei 2011, aku bersama 2orang kakak yang sebilik dengan aku (Sorang lagi kak Shila, kak aku) sesungguhnya memang tak menang tangan.  Mana taknya, Unit aku iaitu Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit akan mengadakan sebuah kursus mengenai Pengendalian Hipertensi.

Seriously, daripada pagi sampai petang, sampai balik lah senang kata, tak abeh3 lagi menyiapkan segala-gala persiapan yang perlu dibuat.  Actually, b4 this bukannya tak boleh buat. Tp, bila nak buat mesti ada yang tak complete. Namun akhirnya, Alhamdulillah...selesai sedikit sebanyak even sijil untuk penceramah ja belum ditandatangan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri.

So, memandangkan blog aku ni juz want to mention about Stenography,(padahai tak jadi setiausaha lgi pun) aku nak share mengenai tugas pelaksanaan yang perlu kita buat untuk menguruskan sesuatu majlis. Base on my exprience, macam skrang ni, aku banyak handle program ceramah dan kursus. (Jangan pembantu tadbir tak buat kerja-kerja setiausaha tau.)

Dan semestinya setiap program dan kursus yang bakal dilaksanakan tu dah dirancangkan sebelum ni di dalam mesyuarat selepas mencapai kata sepakat antara para ahli mesyuarat terlibat.  Sekurangnya tak lah program or kursus tu jadi SS lak an.  (SS=syok sendiri)

Antara yang diperlukan:

1)     Terlebih dahulu buat surat jemputan penceramah.  Kita inform dya, mengenai Kursus/Program apa yang kita nak buat....dan yang paling penting agenda.  Bila, Di mana, Jam serta nak lebih detail buat roughly aturcara majlis.  Senang si bakal penceramah tu nak rujuk.

2)     Selepas tu, buat surat jemputan peserta.  Peserta kursus selalunya akan hadir apa bila dijemput ja.  Lainlah macam dalam program ceramah.  Datanglah bawak satu kampong pun tak pa.  Dalam surat jemputan tu, basically jangan lupa tulis sila buat maklumbalas.  Sebab senang kita nak tau dorang ni bakal hadir or tak.  Dan senang kita nak bajet dalam apa-apa hal.


3)     Surat pelepasan.  Surat pelepasan ni plak akan dibuat bila kita dah dapat persetujuan daripada pihak yang kita jemput tu lah.  Tujuannya, surat pelepasan ni boleh menjadi bukti kepada mereka untuk menghadiri ke program atau kursus berkenaan.  Apatah lagi event tu diadakan di luar pejabat.  Ingat senang orang nak percaya? ntah ke tak pe event last p shooping or balik rumah dan tidoq.


4)     Senarai Kehadiran.  Ia sangatlah diperlukan bagi mengambil kehadiran.  Kelebihannya, ia lebih mudah untuk mengetahui jumlah peserta serta base of kehadiranlah yang baru kita boleh create sijil.

5)     Jangan lupa.  Buat jugak buku program.  Teringat masa belajar kat poli buat buku program.  Konon3 macam nak pecah kepala ja buat.  Mujurlah buat dalam geng.  Dok bayang buku program ni macam buku yang tebal3 lah sangat.  Rupa-rupanya... its depends. made by kertas. sehelai pun dipanggil buku jugak. Buku Program must be contain, tajuk program, masa, tempat, anjuran, then kat dalam crita sikit sebanyak objektif program.  Lepas tu buat aturcara yang da diaturkan.  Lastly special thanks to who. Wahh! mudah ja kan. Pastu pandai3 la create design bagi menarik..at least peserta tengok pun macam sayang ja nak buang. ahaha.

6)     Penghargaan perlu lah bagi kan untuk para peserta dan penceramah.  So, sediakan sijil penghargaan dan sijil penyertaan.  Pengalaman buat sijil adalah pengalaman kedua buat aku.  Pertama masa aku buat latihan industri kat Majlis Perbandaran Pulau Pinang.  Kedua tempat kerja aku sekarang nih.  Sangat syOk.  Apatah lagi mengaplikasikan apa yang kita blajar masa kat politeknik. Tak sia3.

7)     Pastikan peralatan yang hendak diberikan kepada peserta dan penceramah adalah lengkap. Antaranya

  • Cenderahati kepada penceramah (penting)
  • Buku Program (penting)
  • Pen
  • Fail
  • Brosur/Pemplet/Risalah3/...
  • Kertas-kertas
Oklah. tu ja.

Seronok sangat apa yang kita blajar dapat diaplikasikan. Semua ni aku timba ilmu yang diberikan oleh Cik Norharlinda, lecturer Note Taking aku.  Memang kami banyak kena buat document pun. Thanks a lot!! kalau berkesempatan aku tunjuk surat tu bagaimanakah bentuknya.

Salam.

p/s : nak seribu daya, taknak seribu dalih.   Usaha tangga Kejayaan.

Wednesday 18 May 2011

Terjawab sudah


Tanggal 16 Mei 2011 kuaq result exam.  Alhamdulillah... result baik-baik sayang seperti kata Wali Band. Lega baq ang.  Kalau tak dihantui ja.

Semangat nih. Tapi tak napak lagi hala tuju.  Apa nak buat ya lepas ni? Dibelenggu antara belajar dan kerja.  Macam-macam nasihat dok mai.  Aku dengaq pastu aku nilai.  Tp tak tau mana satu nak pakai.  Bukan apa. Buat keputusan ni pun macam antara hidup dan mati. Hahaha. Ayat menggiurkan. Ya lah. Masa depan tu...
Umuq makin meningkat. Bukan makin menurun.

Apa-apa pun nak ucapkan TAHNIAH buat kawan-kawan aku yang SucceSs dengan pencapaian mereka selepas mengetahui result exam masing-masing.  Lega sangat dan bersyukur kepadaNya kita lulus tanpa sebarang "Ulangan".  Nanti kita konvo sama-sama tau. I jumpe u di Perlis. Mmmuah! Paling penting terima kasih buat Pensyarah yang menanda dan mengajar kami.  Jasa dan pengorbananmu akan dikenang selalu.

tak pa. ni depa. saja bagi chance. insat t kita pulak tau. sabaq3. hehe


p/s: Andai kata ada yang plan da nak kawen...jangan lupa pos kad ya! takmau tag-tag kat fb. ape class...hehe..tp kalau da darurat nak wat camna..~

Sakit Mental kah Anda?

Ya. Post kali ni nak cerita mengenai kesihatan. Merepek3 jugak. Kesihatan kena jaga jugak weh.  Sihat tubuh badan baru hidup dalam sejahtera.  Dan pegang pada pepatah "Mencegah adalah lebih baik daripada Merawat".

Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 
Kesihatan mental mempengaruhi kehidupan.  So, tak hairanlah kalau dalam modul "Personality Development" pun terdapat mengenai Kesihatan Mental tak salah aku Bab 2 yang boleh mempengaruhi setiap Setiausaha.

 Apadia Penyakit Mental tu eh? 
Sebenaqnya kan-kan penyakit mental kan boleh melibatkan sesiapa saja tau.   So, better kita perlu tau apa itu penyakit mental.  

  • Sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku. = jiwa kacau
  • Gangguan-gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.   (kire macam dah takdak keyakinan.)
Pasaipa jadi lagu tu?
  • Baka, biokimia dan persekitaran
          Mungkin ada di antara ahli keluarga atau keturunan anda pernah jugak la menghidapi penyakit mental nih.  Selain dari tu, persekitaran paling kuat mempengaruhi.  Ya lah, orang dok ngutuk3, ngumpat3, tak ke pressure dok pikiaq.  Dapat assigment pon da tekanan. Lagikan segala3 benda tuh. 

          Tapi kan, penyakit mental ni jugak boleh datang dan pergi dalam kehidupan seseorang sebab penyakit ni boleh bersifat sementara.  Misalnya sesetengah individu tu boleh mengalami penyakit mental hanya sekali ja dan boleh plak sembuh dengan jayanya.  Namun, bagi individu lain ia boleh jugak berulang dan ini memerlukan rawatan yang berterusan.

Tanda-tanda Dok Mai dah Penyakit Mental
  • Perubahan tingkah laku yang ketara
          Bayangkan kalau seseorang tu punya ceria selama ni, tiba-tiba ja sejak kebelakangan tu dya asyik moody, muram, tak bersemangat, prestasi dya menurun, dan yang pasti dya tak macam selalulah!  Ha, tu dah tanda-tanda dah tu.
  • Cepat marah atau bertindak ganas
          Yang ini baru kita panggil nama dia, dah melenting.  Lepas tu, tegur sikit dah nak marah-marah. Lagi tak bley blah kalau dah tahap bertindak ganas da macam singa. AuuuMMMmmMMm!
  • Ketidakupayaan untuk menangani masalah dan melakukan aktiviti seharian
          Untuk situasi ni, contohnya dya ni macam da tak reti pa dah.  Jadi tak tau apa nak buat. Ada problem pun mungkin macam "ah, lantaklah, pa nak jadi jadilah"  sebab da tak mampu nak selesaikan masalah.  Tambah pulak dengan aktiviti harian dya pun tergugat. Jadi macam tak berkemampuan.  Aduh! serius da ni. kalau boleh nak dok ja. Pikiaq..pikiaq...dan pikiaq..
  • Mempunyai idea-idea yang pelik
         Ini...erk....kalau ada individu tu dok bagi idea pelik-pelik such as dya kata "soh bela singa kat rumah lagi bagus daripada bela kucing", itu da laen macam. Dan sebagainya lah yang tak masuk akal lah pendek kata.
  • Keresahan yang teruk
         Keresahan yang dimaksudkan seperti apa yang kita buat semua dok risau. "Takot itulah..." " takot inilah..."  "macam mana kalauuu...."  ha, resah la tu.
  • Kemurungan yang berpanjangan
          Kalau kita tengok ada yang dok termenung jauuhhh..sebenarnya dya bukanlah dok teringat sapa-sapa pun..or rindu ka...tp sebenarnya mereka dok pikiaq masalah yg dihadapi...hari-hari lak tu. Selagi tak settle. selagi tu lah.
  • Memikirkan atau bercakap tentang bunuh diri
         Bila masalah-masalah mula menghimpit diri kita, mulalah rasa macam tak layak untuk meneruskan kehidupan.  Asyik cerita pasai nak mati ja.  Kalau tak dak sapa yang mai bunuh dya,  dya rasa nak p bunuh diri dya sendiri.  Mak oi. sampai mcam tuh. Da tanda...da tanda dah tuh.

So, kalau anda mempunyai salah satu daripada yang disenaraikan tu kan, better p buat rawatan lah. Bukan apa.  Kadang-kadang kita sendiri tak tau apakah masalah yang dihadapi oleh kita. Hanya orang ja yang boleh menilai sejauh mana kita ni.

Trying to accept them for..
Andai kata la kan...ada di antara orang terdekat anda ada penyakit mental kan....or ada sekeliling-sekeliling kita cubalah kita belajar untuk menerima mereka.  Hal ini sebab ia..
  • Dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penyakit mental ni tau..
  • Boleh membantu pesakit mendapatkan rawatan.
  • Boleh jugak bagi sokongan dan peluang kepada pesakit untuk mengabil bahagian dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat.
  • Dapat jugakla menerima sokongan organisasi dan agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit.
                                  pakat ramai-ramai la bagi sokongan dan membantu disamping menerima mereka seadanya.

Kesimpulannya, nak jadi secretary ni pun bukan saja nak kena cantik, segak dan bergaya di luar ja. Malah dalaman jugak turut mempengaruhi.  Paling penting kesihatan mental.  Kalau mental tak sihat, susah woo nak bekerja.  Sebab setiausaha merupakan pembawa imej terhadap sesebuah syarikat.  Setiausaha bukan calang-calang orang ah.  Ia memainkan peranan penting dari segi membuat keputusan, penyelesaian masalah, dan sebagainya. Semua tu nak pakai akal dan fikiran. Jadi jagalah baik-baik anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah.

ni setiausaha terlampau. nak ke beliau menggantikan tempat kita plak? hope taklaaaaa~

p/s : Banyakkan bersabar dan cepat-cepat cari ketenangan untuk sesuatu penyelesaian masalah.

Tuesday 10 May 2011

happy working but .... =)

Hari ni cukup baru seminggu aku bekerja.  Buat masa ni aku bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, di Bangunan KOMTAR.  So far.. So gOod jugakla. Well, as Pembantu Tadbir kepada seorang doktor, nak tak nak kena nak jugak kan. Membantu sana dan sini.

Tugas aku boleh tahan la. Sometimes macam relate jugak dengan apa yang aku pelajari since aku kat politeknik nun.  Contohnya, masuk meeting, buat minit mesyuarat, handle program, buat tempahan, (penerbangan, hotel, dll.)jadi urusetia (kalau diperlukan), ambil tahu surat3 masuk n kuar.. and it is almost ala3 macam secretary jugak.

Pada aku, ok jugakla. Coz ni macam basic aku untuk menempuhi menjadi setiausaha esok3 nanti. Kalau boleh, nak timba pengalaman sebanyak mungkin.  About futher study...hm...baru ni ada apply. Keputusan dapat tahu bila pun tak tau.  Hm, kalau tak dapat untk intake ni, kena apply intake yang seterusnya.

Aku yakin, bila kita baru memulakan sesuatu yang baru, mesti kita akan jadi seorang pemalu. Even pemalu tu bukan personaliti kita pun.  Hahaha.  Sama la macam situasi aku sekarang ni.  Aku dok jadi pemalu la ni. tak tau nak bertegur-tegur dengan warga-warga pejabat macam mana. Kalau boleh nak ja aku hooHa3 macam kat politeknik nu.  Tapi... bila malu mengusai diri, nak keluar bilik pun aku jadi waksegan. adduuhh..
Kebarangkalian jugak aku memang masih baru.  Baru seminggu kot.  Takkan nak tunjuk keterjalan lak an?  Awal lagi.. Heheheeeh. Ntah-ntah, aku ni tak reti komunikasi tak? eiikk..mustahil. Penat Puan Azza ajar ja kemahiran generik suatu ketika dahulu. So, for just now, aku dok senyum3 sambil sengih3 sahajalah. =)  Well, apa3pun, semoga ada perubahan la suatu hari nanti...

ngEEEeeee...malu!



p/s : Tahniah kepada mereka (senior) yang telah grad dengan jayanya semalam di Dewan Harum Manis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin semalam. Nantikan giliran batch kami pulak!  >,<

Friday 6 May 2011

kau..pergi juaa...

Tanggal 28 April yang lalu...

Grooming paper exam mengakhiri dan menjadi penutup segala3 episod antara aku, rakan-rakan aku di politeknik yang diberi nama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin..  Sebak rasanya tatkala aku jawab soalan terakhir kertas grooming tuh.  Paling menyedihkan aku hemtam lak tu soklan tuh.  Macamnala aku boleh telupa apa maksud PROJECTION (salah satu ciri sikap positif).  Tapi aku harap sangat Puan Aniza dapat mempertimbangkan jawapan terakhir yang ditulis oleh aku tu.. hehe.

Okeh, back to the story. hm. boleh plak aku menitiskan ayaq mata bila kertas aku dah diambil oleh pengawas peperiksaan. Mak aih. mau tak sebak. Rasa kejap sangat masa berlalu.  Aku yakin, masa kita semester 1, punyala tak sabaq3 nak semester 4. Bila dah semester 4, rasa kenapalaa...tak ada semester dah..? hahaha. buat tanya boleh.  Apa-apapun, hidup mestilah diteruskan.  Teruskan perjuangan.. itu yang penting. Ada rezeki, sambung belajaq lagi..sampai ke peringkat Universiti plak an.   Dan sama ja. Melalui benda yang sama. Belajar, Test, Kuiz, Assigment, Final, GRad.. camtu lah dok ulang selagi status dok pegang sebagai seorang PELAJAR.. kan3..

Buat sahabat-sahabat aku...especially DSk 4A..
Chewaaahhh....selama kita bersama-sama ni...aku nak mintak maaf banyak-banyak..terlebih terkurang baik dalam pertuturan, percakapan, tingkahlaku, sikap, perangai, tindak-tanduk dan sebagainya. Terutama masa aku jadi penolong ketua darjah dulu tu.. (amik feel).  beasalah, adat... bukan apa..saling memaafi dapat melancarkan pemeriksa menanda kertas-kertas exam kita dengan jayanya...(buat3 ada kena mengena) Selain daripada itu..kepada mereka-mereka yang aku sering datang bilik tak smena-mena...kan..kan..kan...hehehe.
Selain nak mohon maaf..nak ucapkan juta-jutaan terima kasih berbanyak-banyaakk...sebab bagi kerjasama yang tak ternilai dalam baik menjayakan sesuatu program, mahupun apa saja lah yang melibatkan kita semua bersama...rindu setiap3 kenangan tu... Terima kasih atas segalanyaaa...

Tak lupa jugak kepada pensyarah-pensyarah yang tak jemu3 mengajar kami...berhempas pulas nak tengok kami lulus dan berjaya dalam apa yang kami pelajari....daripada Semester 1 hinggalah Semester 4..Mereka terdiri daripada Encik Taher, Encik Yusof, Puan Aini Hazrin, Cik Linda, Puan Aniza, Puan Salasiah, Cik Susilawati, Puan Azrul Nizah, Puan Azzah, Puan Fatimah, Puan Mariam, Cik Fazlina, Encik Affendi, Encik Shabri, Cik Amalina, Miss Yeoh, Puan Ainul, Ustaz Razak, Ustazah Azira....
TERIMA KASIH ATAS JASAMU..


*yang bold tu Penasihat Akademik kami...  TERIMA KASIH JUGAAA!








                                  jemput sila la...ke kenduri saya nanti puann....




                       Peluk Puan Aini Hazrin.. Sambil berharap "puan tanda kertas Translation saya baik-baik ya.."




                                                                                                  Khas buatmu...





                                             Last Day  kat Dewan Harum Manis, Last Paper Grooming






Dan seronoknya kalu kita boleh macamni lagi nanti3.. hOreYy...!!











more pic, http://www.facebook.com/media/set/?set=a.209555805730065.55085.100000269422875


=>> MISS YOU ALL SO MUCHH!!!