Pages

Wednesday, 17 August 2011

3 amalan penting di bulan Ramadhan

Assalammualaikum.

Salam Ramadhan..17 Ramadhan = Hari Nuzul Al-Quran..

Alhamdulillah, tadi pergi solat terawih dekat masjid berdekatan dengan rumah sahaja. Kebiasaannya mengerjakan solat terawih di Masjid Negeri. Memandangkan bersiap pun lambat bagai kura-kura, maka pergi masjid yang dekat-dekat je lah.

Aku ada perasan tadi, imam masjid asyik baca surah Al-Qadr untuk setiap rakaat kedua solat terawih. Hm, tak pa la, aku beranggapan bahawa, pak imam ni suka Surah tu kot, or Surah tu je yang dia ingat tak? Sedikit kelainan yang dibuat oleh masjid ni. I thought mereka buat 23 rakaat. Rupa-rupanya 8 rakaat sahaja. Namun tak selesai macam tu sahaja. Mereka menambahkan aktiviti sesi ceramah a.k.a tazkirah sebagai majlis Ilmu pada malam yang sama untuk para jemaah yang datang.

Benarlah kata ustaz, even dok pulun perkara-perkara sunat, tp perkara fardhu di abaikan tiada gunanya. Majlis Ilmu merupakan perkara fardhu. Jadi malam ni, aku dapat buat dua perkara, sunat dan fardhu. Alhamdulillah...

Pada malam 17 Ramadhan, ustaz memaklumkan kepada kami bahawa ia merupakan peristiwa di mana Allah SWT telah menurunkan Kitab Suci Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'. Dan ia juga berkait rapat dengan Surah Al-Qadr kerana ayat pertama surah berkenaan menjelaskan bahawa Allah SWT menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar.  Subhanallah... Tapi ada ulama' yang berpegang bahawa pada setiap 17 Ramadhan merupakan malam Lailatul Qadar. Tak kurang jugak ulama' yang menyatakan bahawa 10 malam terakhir dan malam ganjil adalah malam Lailatul Qadar. Wallahu'alam.. Semua ni kerja Yang Maha Esa.. hanya Dia yang Maha Mengetahui... Kata Ustaz, Malam Lailatul Qadar boleh dikatakan sebagai sebuah anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umatnya yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. Misalnya, macam kita sekarang ni lah, kalau kita berpontesi meningkatkan pencapaian prestasi kita, mesti kita dianugerahkan dengan pangkat..gelaran..segala-gala tu kan? Such as, Dato'..Datin...Tan, Tin, Tun.. *ustaz kata, aku retype jerk*  Begitu jugalah dengan situasi ibadah puasa kita sekarang.. Betapa beruntungnya jika hamba Allah SWT yang menerima Lailatul Qadar sebab setiap hajat dan permintaan yang dipohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan olehNya.

Selepas tu, ustaz terus fokus kepada amalan-amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang di bulan Ramadhan. Sebenarnya mesti banyak. Tapi ustaz kupas 3sahaja. Okeylah. 3perkara ni pun da cukup bermakna dan mudah untuk diikuti.


Let's check it Out :


1) BERSEDEKAH


Sedekah terbahagi kepada dua. Pertama Sedekah Sabil..(lebih kurang la kot ejaannye). Bagi sedekah ini pahalanya boleh dianggap sebagai fix aa. Sebagai contoh, kita sedekahkan makanan, minuman, sabun, or others things yang boleh menyebabkan habis apabila digunakan, maka cukup setakat itu kita menerima ganjaran pahala. Sebab apa yang disedekahkan tu dah habis. Senang citer, Habes benda, tak de pahala. Ada benda, Ada pahala. Haa.. Kerana pahala sedekah based on pengaplikasian oleh penerima sedekah tersebut.

Jenis sedekah satu lagi adalah Sedekah Jariah. Sedekah jariah ni boleh dikatakan macam menyumbang sesuatu benda yang kekal dan yang boleh digunakan pada jangka masa yang lama. Sebagai contoh, tanah wakaf, lampu kipas kat masjid, kerusi, jam dinding dan apa sahaja yang selagi terdaya berfungsi. Tambah-tambah pula semakin ramai menggunakannya, semakin banyak pahala si pemberi sedekah tersebut. Alangkah bahagianya pahala yang diterima merupakan ganjaran pahala untuk seumur hidupnya. Subhanallah...
Sebab tu kita sebagai manusia lebih digalakkan sedekah jariah..

2) BERDOA

Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa.. Baginda tidak putus-putus berdoa tidak kira siang mahupun malam. Malah, setiap perbuatan yang dilaksanakan oleh baginda semuanya dimulakan dengan doa. Doa memakai pakaian, doa masuk dan keluar tandas, dan pelbagai doa harian yang lain. Selesai solat baginda berdoa, tengah malam baginda berdoa, berdoa, dan terus berdoa memohon kepada Allah SWT. Oleh itu, kita juga boleh berdoa sebanyak mana pun...kerana Allah SWT Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.. Semoga apa yang kita mohon dimakbulkan olehNya.. Amin...

3) MEMBACA AL-QURAN


Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW sentiasa membaca Al-Quran, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh baginda. Paling kurang, jika kita tidak membaca pun, tetapi kita mendengar bacaan Al-Quran pun sudah menerima ganjaran pahala. Untuk mengetahui antara kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan, klik sini. Kata ustaz lagi, tak mengapa jika kita baca Al-Quran tanpa memahami maksud dan tafsirannya. Bacalah dengan seikhlas hati. Lama-kelamaan kita akan menjadi seronok untuk membacanya. Selepas bulan Ramadhan, hasil keikhlasan hati itu akan membuatkan kita merindui untuk membacanya semula. Dan untuk pembacaan seterusnya cubalah baca dengan tafsirannya dan memahami isi kandungannya. Insyaallah.. Asalkan baca dengan betul dan mengikut hukum-hukum tajwid.

Semoga amalan yang dilaksanakan ini, bukanlah untuk bulan Ramadhan sahaja, tapi untuk selama-lamanya..
InsyaAllah...

Wassalam...


see you in next entry!

2 comments:

muezz hihi said...

bijak nya is3 i... =)

FazzYnameDcHuiB said...

alhamdulillah...syukran. hehe.