Pages

Saturday 27 August 2011

Duit raya awal

Assalammualaikum.

Petang selepas rehat tadi, sedang buat-buat sibuk mengadap komputer, tiba-tiba satu suara 'deheman' jelas kedengaran. Deheman tau deheman? EkkHEm! ha, tu la. berdehem..

Hahaha. cepat-cepat minimize segala apa yang patut. Kalau tak, kantoi ooO..eh, eh, siapa dia yang aku dok buat kalot malot sangat ni? owh, dia la DR. AZZYtuutt.. hehehe. (bukan nama sebenar) Dr aku senang ja nak detect if dia brada di mana-mana. Sekali dia berdehem. Tau dah dimana destinasi yang beliau berada. (eh, aku ni dalam kategori mengumpat kah? tak kan? tak kan? anggaplah konon-konon info.)

Dalam kesibukan yang bajet melampau, dia datang ke arah aku.
"Anim, nah duit raya. Selamat Hari Raya ye"
hahaha. kaget di situ. Apa yang pasti sampai aku terlupa nak bersalaman dengannya. Maklumlah, orang pertama terima ampau. Mak aku panggil enbelep. (edit dari omputih punya sebutan envelope).
Syukur tak terkira. Even tak seberapa, lepas la cover balik aku shooping waktu rehat tadi. hehehe.
Yang penting Ikhlas. kan doktor kan? kan? Terima Kasih Dokter. =)
Serbu bilik dia. Then salam jugak tau. Kalau tak, kat rumah nanti tak tenteram. Padan Muka.

Next, enbelep kedua from Sister. Sister stand for Ketua Jururawat Kesihatan. Dia datang-datang dan terus bersalaman, dan terang-terangan dan eh, eh, sebenarnya tanpa enbelep pun. Style selop-selop poket, yang mana ada, itu lah. Haha. Walaubagaimanapun, terima kasih...

WAaa.. agak tergaru disitu. Da kerja pun ada lagi orang nak bagi duit raya. Hahaha. Well, umur baru
 19 Tahun 8Bulan kan? Still belasan kan? Mana sampai puluh-puluh lagi. Hahaha. Dengan fizikal aku yang macam budak-budak pulak, if aku pegi rumah ke rumah kutip duit raya pun orang maybe akan percaya kot? Tp akan kantoi jugak coz, mane ade budak tumbuh jerawat di usia muda? hahaha. Mampuih. Nak kelentong apa? Hahaha.


SEDIH RAMADHAN DAH NAK BERLALU PERGI.
GEMBIRA SEBAB AIDILFITRI MENJELMA.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


2 comments:

Syuhada Nasya said...

opah ak pn pggel embelep.. hahah best la dpt duit raya awal.. hehhe

FazzYnameD said...

hahahaha. standard aa tu. zaman-zaman jajahan inggeris. =)
best, tak best sangat aa. Bayo utang. Grr..