Pages

Thursday, 23 June 2011

Bajet Berseni

Tangan aku agak gatal masa nih. Aku adalah sangat pantang terhadap benda-benda rangoli ni. (Rangoli = warna warni bagi perayaan India.) hahaha. So, ni ja termampu.









Starting dengan nama sendiri dulu. Nanti-nanti nama orang lain pulak.



Tuesday, 21 June 2011

Thanks Doc.

Assalammualaikum.

Masuk-masuk ja ofis, ternampaklah doktor aku yang sudah semula jadi berada dalam ofis unit aku tu. So, apa lagi. Buat-buatlah terperanjat even aku tau yang dia balik dari Australia pada hari ini. HAHA.

Maka beliau pun mengambil masa untuk membuat sedikit sebanyak intro3 yang sewaktu dengannya mengenai pelancongan beliau di Australia tersebut. Dan aku pun, dengar ja lah sambil menyimpan hasrat bahawa aku juga akan ke sana nanti-nanti. haha. Nanti-nanti lah.

Sebelum tu, dengan semangat dan jiwa raganya, doktor aku telah membeli cenderahati kepada staff3 beliau. Pagi-pagi dia da hidang kami se-tappeware coklat dari Australia. Even aku dan kakak-kakak tak pegi, ingat jugak kat kami. So, selain aku, kakak kat ofis aku dapat cenderahati jugak. Tapi, mereka punya lain sikit. Tempat lapik cawan yang bercorakkan tempat-tempat menarik di Australia yang tidak terbuang harganya. Apala doktor, kan da kantoi.

Aku pun dapat tau. Lagi speacial. Paling best, aku dapat seperti mana yang diharapkan. Haahaha. Seekor beruang koala..! Gembira bukan kepalang aku. Ingat jugak doktor kat aku noh..Comel gila. Asyik nak pelukk ja. Manja betul. Tp aku risau lah. Boleh ka dia sesuaikan diri kat iklim Malaysia ni. Hm..tak pa lah. Nasib baik ofis aku ada Ekon. Bagi dia perasan sikit. Bajet macam ada kat Australia aa gak. hahaha. Adduhh..nak kena handle makanan-makanan dia pulak..agak-agak beruang ni demand tak? Hm, payah-payah, sumbat ja lah kfc, Mcd, Pizza noh.

La..tak percaya doktor bagi aku beruang ka? Isyh laa..sungguh laaa...tak percaya tengok,




tengok. kan da cakap. Keja nak pelukkk ja. jari aku pun jadilah..


Hahaha. Beruang koala aku ni sempoi sket. Boley pakai baju dan topi. Da macam geng Phua Chu Kang da skali pandang. 5x pandang macam beruang la. Manja ni...Hahaha..at last, akibat terlalu manja, aku letak kat komputer. Ha, senang sikit. Dia boleh usya aku tengah buat apa. Lau tak buat kerja, jangan dok p mengadu kat doktor sudah. Naya i. Mungkin yang selalu pegi luar negara biasa la setakat benda-benda alah ni. Tp ia tetap bermakna buat aku. Thanks dOc.

aduh, saket mata tengok. Yang mantol kat monitor tu dia lah tu.



p/s : Teringin nak pi Jepun. Tp ada orang kata payah cari makanan halal kat sana. So, kna bawak bekal la camnih.

Tuesday, 14 June 2011

Harimau Mengaum Jua!

AAuummnn!


Kalau kat hutan, dengar ja harimau mengaum, jenuh lari lintang pukang. Ya lah, nak selamatkan diri. tak kurang jugak ada yang sanggup panjat pokok, buat-buat mati dan sebagainya.

Tapi, bagi mereka yang dah bekerja ni, bila harimau mengaum ja, mereka pulak yang pergi serang harimau tu. Haha. Maybank lah harimau tu. Mana taknya, gaji mereka dijaga oleh harimau ni. Cukup bulan harimau ni mengaumlah. AAauuMMmnnn!! Gaaajjjjiii mmaaassYYuuKKK..~ So tak hairanlah bila tengok ramai  kakitangan penjawat awam pulun beratur dan sanggup ja menunggu giliran nak p serang harimau yang telah diamanahkan. Heheh.

Satu hari tu, Kak Zalida tanya, (09/06/2011)

Kak Zalida : Anim, gaji dapat bila. lambat nohh,


Aku           : Taktau la kak ida. p bagi akaun maybank plak. En.Muaz kata lambat 3 hari.. (dengan
                     nada yang frust)


Kak Zalida : Oohh..jenoh nohh..minggu depan la kan?


Aku           : Tu aa. Sabaq ja lah.. (lambatnyaaaa!!)

Kebetulan hari tu, aku balik dengan kakak aku yang bekerja di Pejabat Daerah Tanah. Dia ni direct balik lewat. Bajet pekerja cemerlang btol. Aku tukang penunggu dia ja la. Semasa menunggu beliau di perkarangan bawah KOMTAR yang berdekatan dengan Maybank tu, tiba-tiba aku tergerak hati.  
"P la check. mana tau dah masuk gaji. tak pun, Harimau bagi dividen ka. HAHAHA. tak pasai. join saham apa pun tak."
Aku pun melangkah malas masuk ke bahagian ATM Harimau tu. Dalam hati dok kata,  
"ada, ada la..tak dak, takdak la..minggu depan.."
Alangkah terkejutnya aku rupanya gaji dah masuukk rupanya..wahahaha!! Tu dia. jakun aih. Siyes la jakun. Yang terkinja-kinja sangat ni bukan apa, macam la aku tak pernah dapat gaji sebelum ni.  Bezanya this is my first time aku terima gaji di Government Sector.  Hahahaha.  Gaji aku ni kalau tak potong EPF ni, banyak g niii...(mula dok buat berkira) alahai, EPF penting kot. Untuk masa depan lah. Kot la, nak guna untuk apa-apa di masa akan datang..memangla sekarang tak napak. Nanti kau akan nampak jugak faznim. Jangan dok buat menggelabah mana duit hang p suku lagi.

"nyum-nyum delicioussO", kata beg Dora & the Explore"

It does'nt matter la gaji sikit ke banyak. Asal aku kerja dengan ikhlas dan bersyukurla ada jugak orang sudi bayar gaji aku. Kalau dok rumah?  Jangan haraplah. Gergaji yang nanti dapat.

So, bila dah bekerja, dah bergaji la sangat, mula lah kakak-kakak nampak...dan mulai saat itu, akan bermulalah episod share-share dan tong-tong menontong. You know why? dah tiba masanya untuk aku pulak nak meringankan beban-beban tanggungan kat rumah.  Kalau dulu 100% mak dan ayah bayarkan segala-gala. Baik bil itu ini, pakaian-pakaian, makanan-makanan, sebaliknya aku? hahaha. Kecik lagi..tak yah nak fikir lah. Yang penting enjoyy!

Now, barulah aku sedar. Ya sesungguhnya aku sedar.  Baru aku tahu macamana nak dapatkan wang Rm1 tu.  Maybe adala cara shortcut yang len, mintak sedekah or whatever, but, bila dikenangkan, owh, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. ei. betoi ka? hahaha. lantaklah.  Kakak aku pernah aku tengok aku balik kerja sebelum ni.  Pakat gelak la ramai-ramai." Anim baru kerja sehari tu. Tidoq dah ternganga-nganga dah. Bagi dia tau..camtulaa..cari duit..penat..tu pun jangan..tak hargaii.." uik? bila masa aku tak hargai? Memang, sememangnya. Penat.  Dapat bayangkan jugakla macamana mak dan ayah aku dok p cari rezeki untuk membesarkan 5 beradik. Tapi bangga jugak dengan mak ayah aku sebab tak ajar aku dan adik beradik yang lain bermewah-mewah. Cukup dengan apa yang ada. Sejujurnya, ayah aku tak pernah pun belikan aku mainan pun macam budak-budak lain. Even dari kakak sulung aku sampai la aku yang bongsu ni. Haha. Apa lagi, lenjan yang jiran punya la.

Aku dulu-dulu :
  1. Ayah. Nak duit...Nak bayar yuran..bla..bla..bla..buku tu..buku apa nama ni..ala...kelas tambahan lagi..
  2. Kalau ayah kata," Anim, p beli roti sat!" aku nanti dari jauh-jauh dah jerit, BAGI DUIT YAH..!
  3. Ayah. Nak p pasar malam.. (padahal mak aku masak ja, tp memilih la katakan, sanggup g beli kat pasar malam) nak duit boleh? Ayah bagi rm2. (dalam hati, rm2 ja? ya lah. kawan-kawan aku rm 5 tau. pakej. makanan dan air lagi boleh dapat. nugget-nugget)
  4. Maaakkkk...~ (Mak aku cukup tau nada aku panggel yang menandakan aku nak duet) Dah dapat duet dari mak, then cakap, tq mak..nanti kerja anim bayar.(bagi sedap hati si ibu) haha. cam tu la. Sampai mak aku dah lali.
  5. "Ayah, nak duet yah. anim teringin bla..bla..bla..bla..tp tak cukup lagi..bla..bla..bla.." dan dapat. yea..yea...
Ternyata aku dulu jenis yang meminta-meminta...isy3..bajet anak last semua boleh dapat..hey..tak lah..aku depends ja..ikot kemampuan..kalau ada, ada..tak dak..tak pa..tp pernah frust bila keinginan dihalang..but now..

  1. Masa study dulu aku guna duit pinjaman ja. PTPTN. haha. tp kadang-kadang balik rumah mintak jugak dana-dana dan sumbangan. Hehehe. apalah guna kakak-kakak yang ramai kan?
  2. Beli-beli barang dah tak berkira dah.  Aku beli ja. Apa yang aku rasa kurang kat rumah, aku beli. At least ayah aku tak payah sibuk-sibuk nak beli. aku dah belikan. okey?
  3. Pasar malam pun jarang. depend on keinginan. Paling favourite aku pon dulu Bihun Pak Hardi dan Laksa Air Itam ja. Kalau Mak aku masak, better makan yang mak masak. 200x ganda sedap dari pasar malam.kan?kan?
  4. Aku bagi ja duet kak mak. Nak kata ganti tu..ganti la kot. al-maklumlah. baru gaji pertama. nanti lebat-lebat sikit boleh la up-up lagi.
  5. Nak beli apa-apa, aku beli ja. tak gtau ayah dah. tengok-tengok dah ada kat rumah. habis kuat ayah tanya, "bila hang beli ni?" then explain to him.
  6. Paling-paling mematangkan aku, bila bil Elektrik, bil Telefon, bil Air, bil Broadband aku dah mula kena bayar.  Sebelum ni dengan bangga aku dok guna-guna dengan tanpa perasaan. Sebab fikir orang lain bayar (kakak aku jugak) aku rileks ja. Now, nah! rasakan! (share-share lah, bahagi darab tolak tambah)
Hahaha. Baru lah aku rasa...gaji sebelum ni aku rolling-rolling ja. Habis bulan ni, tunggu bulan depan punya pulak. Sampai aku tak nampak kemana cash flow aku dulu. Tp skrang aku agak berhati-hati dan tertekan pun ada jugak. Coz aku takut terlebih berbelanja. Ntah buat pertama kalinya aku jadi rasa takut nak shooping. Siyes. WAhh. matangkah aku?

Mak, ayah, thanks for everythings!


thanks also to all my sisters !! =)


camni? matang la kot noh...?







p/s: 4hari dah abes rm500.00. mahalkan barang sekarang?? duet pun dah macam air ja..kecoh an?

Monday, 13 June 2011

HOHORAYY!!


Assalammualaikum  (^_^)

Hari ni kan,kan. Doktor takdak. P Australia.
So, tiada doktor, tiada kerja.
Hoi. sapa kata takdak? ada..tp beasa-beasa ja.
Tak macam selalu. hehehe.
Bahagia bukan kepalang.
Juz tulun-tulun kakak-kakak yang len.
Filing3, Stapler3, Jawab Call,
Maybe jap g nak wat sijil kot.
Baru ni buat kursus Audit Diabetes.

Sembang-sembang banyak. Adduii..
Puasa lak hari ni.
So, kena jaga manner lah. Tak bley nak ngumpat-ngumpat sangatlah.
hehehe.
Gaji da masuk tau..tapii...
Mengantuk pun ada ni.
Yeeehaaa...
Doktor, bawak balik beruang koala satu ya.
Nak bela. Boh nama
Otomen.
k, papai.


~boringnya..~

Wednesday, 8 June 2011

Bila Setiausaha Jiwang

Ketika dalam perbincangan antara aku dan kakak-kakak ku dalam kereta tiba-tiba lagu ni berkumandang dan tidak semena-mena aku trus jatuh hati padanya (macam terhayati plak bait3 kata lagu ni). Sangat best lirik dya tuh. Xtly tak tau langsung tajuk dya.  Yang aku ingat terima kasih ja. tanya kakak aku. pergghh, bajet tau la sangat mula-mula. last-last aku carik sendiri. 


Aku taip google, lagu terima kasih, then kuar nih.


Artist : Lestari Band   
Tajuk : Terima Kasih Segalanya.




Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita

Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku

Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia... 





alalalalalalala..sweeettt... haha.
dedicate to someone.  i love you mr.M.



Tuesday, 7 June 2011

Setiausaha Olok-olok

Assalammualaikum! (tu dya, macam mebai aih)

hehe, mana ada mebai..tengah lemah lembut lagi gemalai ni..haha. giur ja.

Today, buat pertama kalinya aku duduk di tempat Setiausaha Pejabat dan mengendalikan tugas-tugas setiausaha. Hey,hey, for what? saja la. seronok-seronok...mengisi masa lapang..wekk..
Haha. Taraklah! Tak pasai ja aku nak dok situ tanpa sebab.  Sebenarnya..aku ditugaskan untuk menggantikan kak Ida..(Setiausaha Pejabar original punya) Kak Ida cuti.. p daftar masuk U nu. Syok toi dya. rezeki mencurah-curah. Iri hati pun ada ni. hahaaha. Itu lagi la. Tersangatlah tak pasai. Hmm..Sajala. Syok tengok life dya.(macamna tengok pun aku tak tau, pandai2 ja) Syokla, kerja dah tetap, dah kerja dapat tawaran belajaq pulak. wOw! tersangatlah bangga dengan beliau. Aku anggap dya macam idola aku la. cheyywah! Kak ida ni sebenarnya juga merupakan senior PTSS course DSK cam aku la. tp batch sebelum aku dan rakan-rakan yang lain masuk ah. alah, lewat se-sem aje. Elok dya abeh sem4, aku ngan dak3 yang len baru nak mendaftar. Ha, begitu lah. Tu dya. Cerita kak ida saja ka ni?

Right, move to my next point. Kesimpulan atas cuti rehat yang dipohon oleh Kak Ida tu, aku diarahkan oleh Doktor unit aku untuk menggantikan beliau. Hm, so far, tak la merumitkan sangat. Agak bernasib baik pada hari ini Timbalan Pengarah Kesihatan (Boss) mengambil EL. But, kerja tetap kerja. Surat keluaq masuk kena ambil tahu jugak. Tp aku taklah keseorangan dalam mengendalikan kes ni. Kak Sarah. Beliau banyak la memberi pengetahuan-pengetahuan baru.  At least bila-bila aku kena ganti lagi, ehem, (perasan) tak lah kekok, ternganga3 kena buat apa.

Setahu aku jadi Setiausaha kat sini mereka-mereka tak payah pergi sibuk-sibukkan diri untuk menghadiri mesyuarat. Wahh!! alangkah bahagianya! Dapat aku bayangkan mereka tidak perlu memerah otak untuk membina ayat-ayat puitis dalam menyiapkan minit mesyuarat dan tak perlu jugak tertanya-tertanya minatang apa yang telah diguris sepanjang meeting berlangsung.(yang guna trengkas tu la)

Terkenang kembali suatu ketika zaman latihan industri aku, gila punya banyak mesyuarat nak kena attend. Sabaq ja lah. Tekanan tok sah la cakap. Jerawat pun kian meningkat. Dah tu, bila da duduk dengan Pengarah Perbendaharaan, cerita pasai duit-duit ja la. Duit p mana, perbelanjaanla, apa la, peruntukkan segala bagai. Paling lemah bila apa yang kita record, sayangnya tak jelas bila dengar balik.  Paling bermasalah bila pronoun bi kan banyak persamaan, cakap lain, dengar lain, tulis lain. Memang carca marba.  Alhamdulillah, selesai 3 bulan jadi Setiausaha Peribadi kat sana, aku dapat tukar jabatan. Jadi Setiausaha Pejabat pulak. Memang different gila tugaih dya. Yang penting aku sangat happy.  Aku anggap apa yang berlaku sepanjang latihan industri merupakan pengalaman yang bermakna.

Jadi setiausaha ni pun tugas dya kebanyakkan berbeza-beza.  Of kos lah kan, kita ni kena ikot cakap ketua kita. Sesetengah tu ada yang nak simple-simple ja..dan ada juga yang nak lebih-lebihnya...kalu tak, tak la jadi isu bila setiausaha sendiri berkawin dengan boss. awww.. hahaha. Timbalan Pengarah Kesihatan kat sini adalah wanita. Bila aku tengok beliau, secara automatik aku mesti ingat dekat cikgu Matematik aku iaitu cikgu Latipah. Yang samanya mungkin dari segi rupa mereka yang kacuk cina masuk islam. Itulah paling mengingatkan aku. 

Pabila ditanya mengenai TPK ni kat Kak Ida, first time aku dengar orang kata boss ni sweet, sporting, cute, dan sebagainya. Mak aih. Selalu kalau aku tanya, "boss garang tak kak?" mesti ada ja yang bagi negatif-negatif, antaranya, "hm, garang ooo....", "boley laa...(sambil buat muka mau takmau)", "baik ang hati-hati", hahaha. selalu cam tu, paham sangatlah.  Sebagai setiausaha, pandai-pandaila main peranan macamna nak jaga hati ketua itu. Tp tu lah. Kak Ida ni betui ka tak? ada ka jawapan sweet, sporting itu yang dya bagi? Dan tak lama pas tu, aku pun buat kajian..ehhh..betullaaahhh!!! TPK memang sporting ponnn..baru aku teringat...

Pada suatu hari, aku p tempat kak Ida, nak hantar surat untuk ditandatangan oleh TPK ler. Kebetulan TPK pun ada bersamanya. Elok aku sampai, takdan nak bagi salam, dya hingaq dah, dya kata, "Ni sorang lagi  si kecik ni, awak mai sini sat" aku pun menghampiri beliau. dok ingat tak pa la. Sikit pun aku tak takoott..sebab aku bukannya buat salah pun. wahaha. Tau tak, dengan tak pasai-pasainya, dya tunduk pegang kaki aku satu lagi tangan pegang kat bahu, rupanya, dya punya pulun nak dukung aku. Tu dyaaa...gagah betui. aku siyes tak sangka bahawa beliau akan bertindak sedemikian. Memang betollah! sporting abes. Dya kata, dya geram. aku kecik sangat. hahaha, ehem. Kecik bukan sebarang kecil ya.

Memandangkan beliau pun tak ada di pejabat, maka kerja aku ringan-ringan sahaja. Just rekod surat, sign-sign, main cop-cop, keluar masuk bilik dya letak surat, hehe. Sangat mudah bukan?
Dari segi call, aku men jawab ja. Tak tau, aku passing orang. hehe.

Kesimpulannya, jadilah setiausaha yang bijak dan mampu memberi peningkatan terhadap kualiti syarikat mahupun jabatan kerana ia berpontensi memajukan diri kita dalam membina kerjaya. Penampilan asas peribadi. Cheeyywah! Go,go,SecreTary!!

p/s: Abaikan sahaja tanggapan negatif mengenai setiausaha. Asalkan diperolehi dari sumber yang halal.




Friday, 3 June 2011

lewat bukan liwat. haha

Waarrgghh. agak tertekan sedikit sebanyak. Hari ni bangun LEWAT. 6.45a.m baru hegeh3 dok korek taik mata. Alarm ntah bapa kali nak bunyik. Mana taknya. Bunyi romentaik sungguh. Lagi la aku susah nak celik mata.  Tapi bila dalam dok golek3 ataih katey baru terpikiaq, "aku kerja lah ari nih!!" Dan-dan dok wat kalut capai tuala dan p mandi.

Agak cemburu buta bila tengok kakak aku yang seketoi lagi tu lena dengan rasa bangganya dan bahagia. Mentang-mentang aa dya cuuuttiii...tambah bejot, dan aku lak ta bley cutiii...kebelagakkan yang agak melampau.  Selalu aku akan pergi kerja dengan kakak aku yang bernama Shila Shuib.  Disebabkan beliau pun cuti, maka aku akan pergi dengan kakak aku yang bernama Shafiza Shuib. (skemanya. macam wat karangan) Yang cuti tidoq sedap tu la. ADddduuuhh...saja tau bagi aku geram. Dya boleh dok buat lambat-lambat nak hantaq aku. Elok aku dah siap dengan segak dan lawa lagi cun baru dya nak p mandi.  Keputusan yang sangat Bijak. Kakak siapakah itu? Saja nak suruh aku tunggu.  EEEee..awat aku bengang sangat? Mestilah, jam dah menunjukkan 7.45a.m.  Orang da ada kat lif dah nak nek komtar yang tinggi tu aku dok cangak sambei melangut kat rumah lagi.

Mesti heran, awat dok loghat sangat?? Ehhhh..mesti la loghattt...(loghat mean = ambil kisah) mana taknya, bulan baru, azam baru weh.  Konon-konon da janji tak mau dah lewat p kerja. Menurut pengalaman yang lepas-lepas, Kak Zalida kata sapa yang dok mai lewat kerap-kerap, nama individu tersebut akan terpampang kat enterance. WAaahh!!! MALU + FAMOUS = LUMOUS.  Dya akan tulis, " PEKERJA LEWAT BULAN INI" dan diikuti dengan nama-nama yang bertuah tu. Perggghhh.. Hahaha. Sebab tu datang lewat pun kena bagi reason.  Kehadiran bulan lepas, aku ada 3x lewat. Alah..lewat tak daklah bila tengahari baru aku sampai opis.. lewat yang ringan-ringan ja...8.03minit, 8.04minit, camtu lah..hahaha. Tak padan pekerja baru. Dah tunjuk otai. heheh.  Mula-mula aku tunjuk ja kat doktor, (my bos) untuk sign. Then, dya panggil.  "Anim, kalau boleh you tulis reason ye kenape you lewat.." aku pun, "Ok. Doctor,  (-___-) "

Dan berikut merupakan sebab kenapa aku lewat.

13/5/2011 -  08:04 ------------------>>  Hujan Lebat
19/5/2011 -  08:03 ------------------>>  Lif Lambat
25/5/2011 -  08:04 ------------------>>  Hujan Renyai-Renyai

Doktor tengok, then doktor kata :  "BANYAKLA AWAK PUNYE HUJAN FAZNIMMM...!!"


hehe.