Pages

Wednesday, 18 May 2011

Sakit Mental kah Anda?

Ya. Post kali ni nak cerita mengenai kesihatan. Merepek3 jugak. Kesihatan kena jaga jugak weh.  Sihat tubuh badan baru hidup dalam sejahtera.  Dan pegang pada pepatah "Mencegah adalah lebih baik daripada Merawat".

Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 
Kesihatan mental mempengaruhi kehidupan.  So, tak hairanlah kalau dalam modul "Personality Development" pun terdapat mengenai Kesihatan Mental tak salah aku Bab 2 yang boleh mempengaruhi setiap Setiausaha.

 Apadia Penyakit Mental tu eh? 
Sebenaqnya kan-kan penyakit mental kan boleh melibatkan sesiapa saja tau.   So, better kita perlu tau apa itu penyakit mental.  

  • Sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku. = jiwa kacau
  • Gangguan-gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.   (kire macam dah takdak keyakinan.)
Pasaipa jadi lagu tu?
  • Baka, biokimia dan persekitaran
          Mungkin ada di antara ahli keluarga atau keturunan anda pernah jugak la menghidapi penyakit mental nih.  Selain dari tu, persekitaran paling kuat mempengaruhi.  Ya lah, orang dok ngutuk3, ngumpat3, tak ke pressure dok pikiaq.  Dapat assigment pon da tekanan. Lagikan segala3 benda tuh. 

          Tapi kan, penyakit mental ni jugak boleh datang dan pergi dalam kehidupan seseorang sebab penyakit ni boleh bersifat sementara.  Misalnya sesetengah individu tu boleh mengalami penyakit mental hanya sekali ja dan boleh plak sembuh dengan jayanya.  Namun, bagi individu lain ia boleh jugak berulang dan ini memerlukan rawatan yang berterusan.

Tanda-tanda Dok Mai dah Penyakit Mental
  • Perubahan tingkah laku yang ketara
          Bayangkan kalau seseorang tu punya ceria selama ni, tiba-tiba ja sejak kebelakangan tu dya asyik moody, muram, tak bersemangat, prestasi dya menurun, dan yang pasti dya tak macam selalulah!  Ha, tu dah tanda-tanda dah tu.
  • Cepat marah atau bertindak ganas
          Yang ini baru kita panggil nama dia, dah melenting.  Lepas tu, tegur sikit dah nak marah-marah. Lagi tak bley blah kalau dah tahap bertindak ganas da macam singa. AuuuMMMmmMMm!
  • Ketidakupayaan untuk menangani masalah dan melakukan aktiviti seharian
          Untuk situasi ni, contohnya dya ni macam da tak reti pa dah.  Jadi tak tau apa nak buat. Ada problem pun mungkin macam "ah, lantaklah, pa nak jadi jadilah"  sebab da tak mampu nak selesaikan masalah.  Tambah pulak dengan aktiviti harian dya pun tergugat. Jadi macam tak berkemampuan.  Aduh! serius da ni. kalau boleh nak dok ja. Pikiaq..pikiaq...dan pikiaq..
  • Mempunyai idea-idea yang pelik
         Ini...erk....kalau ada individu tu dok bagi idea pelik-pelik such as dya kata "soh bela singa kat rumah lagi bagus daripada bela kucing", itu da laen macam. Dan sebagainya lah yang tak masuk akal lah pendek kata.
  • Keresahan yang teruk
         Keresahan yang dimaksudkan seperti apa yang kita buat semua dok risau. "Takot itulah..." " takot inilah..."  "macam mana kalauuu...."  ha, resah la tu.
  • Kemurungan yang berpanjangan
          Kalau kita tengok ada yang dok termenung jauuhhh..sebenarnya dya bukanlah dok teringat sapa-sapa pun..or rindu ka...tp sebenarnya mereka dok pikiaq masalah yg dihadapi...hari-hari lak tu. Selagi tak settle. selagi tu lah.
  • Memikirkan atau bercakap tentang bunuh diri
         Bila masalah-masalah mula menghimpit diri kita, mulalah rasa macam tak layak untuk meneruskan kehidupan.  Asyik cerita pasai nak mati ja.  Kalau tak dak sapa yang mai bunuh dya,  dya rasa nak p bunuh diri dya sendiri.  Mak oi. sampai mcam tuh. Da tanda...da tanda dah tuh.

So, kalau anda mempunyai salah satu daripada yang disenaraikan tu kan, better p buat rawatan lah. Bukan apa.  Kadang-kadang kita sendiri tak tau apakah masalah yang dihadapi oleh kita. Hanya orang ja yang boleh menilai sejauh mana kita ni.

Trying to accept them for..
Andai kata la kan...ada di antara orang terdekat anda ada penyakit mental kan....or ada sekeliling-sekeliling kita cubalah kita belajar untuk menerima mereka.  Hal ini sebab ia..
  • Dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penyakit mental ni tau..
  • Boleh membantu pesakit mendapatkan rawatan.
  • Boleh jugak bagi sokongan dan peluang kepada pesakit untuk mengabil bahagian dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat.
  • Dapat jugakla menerima sokongan organisasi dan agensi yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit.
                                  pakat ramai-ramai la bagi sokongan dan membantu disamping menerima mereka seadanya.

Kesimpulannya, nak jadi secretary ni pun bukan saja nak kena cantik, segak dan bergaya di luar ja. Malah dalaman jugak turut mempengaruhi.  Paling penting kesihatan mental.  Kalau mental tak sihat, susah woo nak bekerja.  Sebab setiausaha merupakan pembawa imej terhadap sesebuah syarikat.  Setiausaha bukan calang-calang orang ah.  Ia memainkan peranan penting dari segi membuat keputusan, penyelesaian masalah, dan sebagainya. Semua tu nak pakai akal dan fikiran. Jadi jagalah baik-baik anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah.

ni setiausaha terlampau. nak ke beliau menggantikan tempat kita plak? hope taklaaaaa~

p/s : Banyakkan bersabar dan cepat-cepat cari ketenangan untuk sesuatu penyelesaian masalah.

No comments: