Pages

Tuesday, 10 May 2011

happy working but .... =)

Hari ni cukup baru seminggu aku bekerja.  Buat masa ni aku bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, di Bangunan KOMTAR.  So far.. So gOod jugakla. Well, as Pembantu Tadbir kepada seorang doktor, nak tak nak kena nak jugak kan. Membantu sana dan sini.

Tugas aku boleh tahan la. Sometimes macam relate jugak dengan apa yang aku pelajari since aku kat politeknik nun.  Contohnya, masuk meeting, buat minit mesyuarat, handle program, buat tempahan, (penerbangan, hotel, dll.)jadi urusetia (kalau diperlukan), ambil tahu surat3 masuk n kuar.. and it is almost ala3 macam secretary jugak.

Pada aku, ok jugakla. Coz ni macam basic aku untuk menempuhi menjadi setiausaha esok3 nanti. Kalau boleh, nak timba pengalaman sebanyak mungkin.  About futher study...hm...baru ni ada apply. Keputusan dapat tahu bila pun tak tau.  Hm, kalau tak dapat untk intake ni, kena apply intake yang seterusnya.

Aku yakin, bila kita baru memulakan sesuatu yang baru, mesti kita akan jadi seorang pemalu. Even pemalu tu bukan personaliti kita pun.  Hahaha.  Sama la macam situasi aku sekarang ni.  Aku dok jadi pemalu la ni. tak tau nak bertegur-tegur dengan warga-warga pejabat macam mana. Kalau boleh nak ja aku hooHa3 macam kat politeknik nu.  Tapi... bila malu mengusai diri, nak keluar bilik pun aku jadi waksegan. adduuhh..
Kebarangkalian jugak aku memang masih baru.  Baru seminggu kot.  Takkan nak tunjuk keterjalan lak an?  Awal lagi.. Heheheeeh. Ntah-ntah, aku ni tak reti komunikasi tak? eiikk..mustahil. Penat Puan Azza ajar ja kemahiran generik suatu ketika dahulu. So, for just now, aku dok senyum3 sambil sengih3 sahajalah. =)  Well, apa3pun, semoga ada perubahan la suatu hari nanti...

ngEEEeeee...malu!



p/s : Tahniah kepada mereka (senior) yang telah grad dengan jayanya semalam di Dewan Harum Manis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin semalam. Nantikan giliran batch kami pulak!  >,<

No comments: