Pages

Tuesday, 26 April 2011

Tolong Senyap. Peperiksaan Sedang Berjalan.

Ya. peperiksaan sedang berjalan. tapi tak sure lah plak nak berjalan pakai apa. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan di rumah. Post kali ni tak de cite meleret3 sangat kot. tp buleh la gagah. (orang kedah berkata-kata).

Firstly, starting 18 April 2011 minggu lepas was our examination at Politeknik. So, aku masih relax3 lagi. ala, kisah apa.. paper aku 21 April, LEk LU..agak3 20 aribulan baru gegeh3, and jangan tanya pasaipa mata macam panda.

Memandangkan paper aku lambat lagi...aku pon tak la nak berapa study sangat. tp study lah jugak. Tapi paling tak sangka, aku nak ucapkan syabas "bettey" untuk aku rOomate aku yang sempat jugak qatam cerita "Dream High" (walaupun da abes tayang da kat astro nu) . Mau tak nya. terikat kot. si pengarah cerita pon saja bagi kita tertanya-tanya apa nak jadi pasni, pasni. Sabaq ja lah.

21 April 2011
Bermulalah episod perjuangan antara aku dan rakan-rakan aku yang lain ke medan tempur. (Chewahh! ayat) Modul yang menjadi tempat pertama pada hari tu adalah P3803 iaitu Note Taking tu dalam Omputeh dya la. Dalam melayu dya kata Mengambil nota. Jika diterjemahkan ke terjemahan dinamis pula mencatat nota.  Caranya, dengar tape artikel yang di perkatakan dan catat menggunakan kemahiran trengkas dan shorhand yang dipelajari. Selepas itu diterjemahkan semula dari trengkas kepada tulisan rumi... hm, cam tulah. Alhamdulillah. Dapat buat dengan jayanya. malu betul hantar lambat. Sorry ya kawan-kawan. aku memang memerlukan penelititian. Chewah. padahal dok fikir apa benda yang aku guris. Kenapa tak macam Puan Salasiah ajar pun?

Petangnya adalah modul Penterjemahan. P3809. Boleh tahan soalan yang disediakan itu. Paling menggiurkan adalah soalan 1. Soalan teori. Semoga Puan Aini dapat membaca apa yang aku cuba sampaikan dengan jayanya. Ntah apa-apa ja aku buat. Tapi menjadi pengalaman terindah jugakla. Coz aku rasa buat pertama kalinya aku baru faham apa itu penterjemahan yang diterang-terangkan oleh Puan Aini selama ni, yang Kuiz dan Test aku dok dapat ala-ala carte ja. hahaha. Semangat jugak la. Namun, aku hanya berserah. Semoga Puan Aini menanda kertas aku dengan penuh kasih sayang. (tu dya. pulun baq ang)

Next paper is Next Week! 25 April 2011.

25 April 2011.
P3810 sebagai pembuka selera.  Document Production.  Yang ni pun Alhamdulillah. Walaupun kami para pelajar tak pernah didedahkan sangat macamna situasi final yang bakal dihadapi oleh kami. Modul ni dia kena banyak wat latihan amali. Coz kita kena buat dokumen berdasarkan apa yang dia nak. Paling-paling best dapat duduk dengan kawan-kawan sebelah menyebelah. Siap boleh usya lagi dia dok taip menaip apa. ehehe. Bincang tu apatah lagi.  LaGI-lagi Best bila Penasihat Akademik yang jaga. Disebabkan hal itu, aku siap 10.45a.m sedangkan masa yang diberi ialah sehingga 10.30am sahaje. Apa-apa pun. thanks Puan Aini. Memberi kesempatan untuk saya menyemak semula.

Usahawan P3117 adalah modul yang paling semangat nak menjawab. Hahaha. Cakap besar. Last-last, jawab pakai logik akai. Aduuh. Susah benoo..tak paham soalan da satu hal. Then banyak mintak huraian. K, fine. Huraian semuanye fakta. Apa3pun, aku redha dengan ketentuan-Nya. Tawakal. 

So, for our last paper this thursday is P3806. Personality Grooming. Chewaah. Mengandungi 4Soalan Struktur yang perlu dijawab secara essay. Semoga berjaya! (tp tak study-study lagi pun)
Buat kawan-kawan, GoOd Luck k, saya tahu. anda yakin. dan anda juga mampu mengubahnya. Ingatlah orang yang tersayang. 

Lepas tu..
Da abes seM..cuti...cuti...dan cuti....
------>> rindu kawan-kawan aku nanti.  DSK4a.

No comments: