Hari demi hari.. waktu demi waktu.. masa berjalan dengan pantas sekali. Apatah lagi kepantasan itu dilalui tatkala aku masih dalam pengajian. Mana taknya, aku da semester akhir rupanya. Semester akhir dalam Diploma Sains Kesetiausahaan. Mak oii..cepat betoi. Terasa bagai semalam mendaftar. Hahaha. Tak bleh blah. Oleh yang demikian, tahu3 sajalah, bila da semester akhir ni, pelbagai bagai aturcara-aturcara, program-program, dan apa saja yang melibatkan pelajar semester akhir. Wadduh... enggak bisa dong. (Uik, sejak bila aku upah mak endon taipkan post ni??) Ada saja la dalam kepala otak ni. Perancangan itulah, inilah, yang tidak dapat lagi dibendung oleh masyarakat dan negara. Lantas, aku dan rakan-rakan seperjuangan dapat mengaturnya dengan jayanya. Apa yang kami buat? Ngeh3... bila da last minit la katakan...kepada tuan-tuan dan puan-puan dirumah, di hostel atau di mana sahaja anda berada, please don't try this at home.
jam ni la yang menujukkan masa pantas berlalu
Bukan nak muhong la, tapi buleh la kata nak menipu, mmg keja last minit ni takdak faedahnya. Dulu-dulu, last minit aku di zaman persekolahan boleh gagah aa lagi apabila hari esok cikgu nak tugasan, malam-malam baru hegeh3 nak stay-up untuk siapkan. Paling koman, pagi esok copy and paste jerk from member-member yang hebat3. Tapi...apabila da meningkat dewasa, makin teruk jugak last minit aku nih. Paling tak dapat dilupakan masa LI (bukan Lipas Itu, tapi Latihan Industri) di mana setiap pelajar hendaklah menyiapkan laporan Latihan Industri itu. Tempoh yang diberikan adalah selama 6bulan. Memang lama la bagi mereka yang buat latihan tak banyak kerja. Pada aku 6bulan tu la its time to enjoy. hehehh... tak la enjoy tahap gaban sampai pegi clubbing or what, but after balik kerja, mulalah bantal dan tilam seringkali memanggil3 namaku untuk dijamah. Aisehh...cuba p tanya dengan rakyat3 lain..apa mereka buat if jadi macam aku?
Of kos la tiduurrrr...jawapannya...
Ya, aku banyak habiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur. sampailah satu tahap di mana kesuntukan masa jelas terasa apabila lagi semiggu untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain perlu mendaftar semula ke tempat pengajian. Wadduh kok, bisa gawaatt...(dia datang lagi) Lepas tu, apa aku buat? tahu pun menggelabah.. call sana sini nak tahu perkembangan budak-budak ni. "hampa buat takat mana dah..." antara soalan wajib yang ditanya kepada rakan-rakan. Sebernanya, itu adalah cara bagi menyedapkan hati. Ya lah, kalau kawan-kawan kata mereka da siap kurang dari aku, tak ke mereka tu teruk jugak? dan if terdapat rakan yang dah siap plak.. huh, mesti la rasa tercabar. Bila rasa tercabar, baru semangat tu naik. Ha, kan positif semua itu?
Banyakla postitif, kalau da last minit tu last minit jugak. Disebabkan terlalu taksub untuk menyiapkan laporan berkenaan, aku tak tidur untuk beberapa malam. Laporan dengan cara laporan, tak cukup dengan itu, pensyarah pulak dengan rasa bangganya menokok tambah tugasan yang perlu dibuat sepanjang latihan berkenaan. Terima kasih pensyarah. Kerana dirimu begitu berharga. Memang ada hikmahnya. Selain aku dapat meningkatkan trengkas aku aku juga dapat enjoy cerita3 dari filem untuk dibuat shorthand.
Perkara ini berlarutan sehingga hari aku perlu mendaftar. Menggelabah gila lah! Mak aku sampai risau tak terkata. Tapi nasib beliau tidak membebel. Hal ini kerana beliau bukanlah sejenis yang begitu. Moga laa..
Paling mendukacitakan, apabila aku seronok-seronok dok print3, paling menggiurkan ink printer habis dengan hebatnya. Wah! aku lagi tak terurus. Mak....Prangin Mall bukak tak pukul 6 Pagi ni mak....
Last-last, aku da tak boley fikir. Otak jem terus dek kerana kurang tidur. Kepala aku berat. Lantas aku membuat keputusan untuk menghantar laporan yang mana aku siap. Xtly, aku siap ja dalam kandungan. cumanya, table-table yang dikehendaki tak sempat nak print kerana ketandusan dakwat. So, submit ja lah!
Sepanjang perjalanan, aku cover habis-habisan waktu tidur aku. sampai tenganga-nganga. Penat kot. Padahal tak lah lari ke mana, cumanya mata aku ni letih banggaatt...kesian kat mereka..
kesimpulannya dari post ini adalah, hindari last minit. anda mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment