Pages

Tuesday, 24 April 2012

Lamanya tak update

Assalammualaikum

Alahai. Lamanya tak menaip apa yang ada dalam hati ini. Selalunya jari ini dimanfaatkan untuk menaip assignment sahaja. Ikutkan hati macam macam aku nak update. Tapi apakan daya, akibat kekangan masa dan tenaga ditambah dengan line connection yang agak lembab bak siput khinzir, banyak menghalang aku sebagai seorang penulis tegar. Oh, tegar kah? Muntah hijau sekarang.

Bagaimanapun, walau aku tak update kat sini tentang apa yang best dan tak best dalam hidup aku, aku update kat diary kesayangan aku. Diary yang telah berkhidmat selama 3 tahun yang memuatkan segala mak nenek punya cerita termasuk zaman tok kadok belum kahwin lagi.  Baca baca balik, kadang kadang geli, kadang menggiurkan, kadang kadang, kadang kadang, haha.  Banyak cekadak pulak kadang kadang dia. Tapi itulah hakikatnya. Aku lebih banyak spent dengan menulis berbanding menaip. Kalau menulis, aku boleh buat corak corak sebab aku ada pen pen warna warni, sticker diary hok molek molek nu. Gapo gapo, aku update situ. Menaip kalau..lagunilah. Mengaplikasikan apa yang diajar oleh pensyarah menaip aku bolehlah. Bajet nak memantapkan kelajuan. Ok la, ok la.




Non of idea sangat pun pagi pagi buta ni. Buta kah? Aku pun tak pasti. Aku tidur pukul 1140pm, bangun pukul 0200am, semata mata nak buat assignment yang telah diamanahkan oleh pensyarah pensyarah kesayangan. Memang cuti tak berkualiti midsem kali ini.  Bukan kali ni aku rasa. Tiap tiap kali kot? Banyak benda nak kena buat. Tapi rasa ringan sikit bila satu research dah dilaksanakan. Tunggu masa nak buat report sahaja. Tapi tu pun masih tak sedar diri yang benda alah semua tu nak dalam awal bulan 5. Woi, bangun, bangun!

Memang macam ni la kot bila study koi tinggi koi raplah.  Kalau tak berani nak hadapi jangan dok buat terror tanggung risiko. Insat nanti hang yang merana. Bagai sudah terhantuk baru tergadah. Tapi Alhamdulillah.  Aku dapat atasi sepanjang perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar dengan tabah.  Pada aku matlamat itu penting. Ingat matlamat kita mesti ingat tanggungjawab kita.  Pengurusan jatuh nombor dua. Penting jugak kot mana pun. Pada aku, tanpa pengurusan yang bijak, diri kita tak mungkin dapat dikawal sebaiknya. Mesti akan tintong sedikit sebanyak. Ok, dah. Terasa diri ini macam pakar Motibasi pulak.

Well, azan dah berkumandang. Let's go for Subuh Pray. =)

Kesimpulannya, aku update only when I'm staying at Penang. If kat Kelantan, InsyaAllah.

No comments: