Pages

Wednesday, 25 April 2012

Hari ini

Assalammualaikum =)

Hari ni, mata dan badan aku ok sahaja. Sebabnya, nak ikutkan after Subuh aku nanti tidoOoOq sampai pukul satu pun InsyaAllah tak bangun lagi. Hoi, bukan senang tau aku nak mangkit lewat itu macam.  Tapi tadi, even aku tidoq lambat, dengan cover balik masa tidoq aku pun sikit, until now aku masih kuat dan gagah lagi.

Actually, hari ni banyak jugak la agenda yang nak dibuat.

1) Hantar kakak aku pergi kerja.
2) Basuh Moto.
3) Ambil Pos Berdaftar kat Pejabat Pos. (Gambar terima Diploma dah sampai!)
4) Tempah buat cermin mata baru.

Daripada 4 di atas, nombor 2 tu aku tak sempat nak basuh.  Cadangnya nak upah orang basuh la. Adakah patut, aku datang dahulu daripada kereta tu, dia pergi cuci kereta yang kemudian dari aku. Pergh! Frust menonggeng kot.  Kebetulan abang Vietnam tu seorang ja bertugas hari ni.  So, dia pun habaq dah yang dia tak cukup kakitangan. Ok fine.  Lantak lah. Persoalannya, kenapa dia cuci kereta tu dulu?Aku datang dulu. Mentang-mentangla aku ni kecik, moto kecik, dia layan mobil yang besar-besar sahaja...Lalu, aku pun oyak ke abang Vietnam, "Takpa lah, nanti I mai lain. I nak pergi pusing-pusing sat". Saja la. bagi sedap hati. Padahal memang taknak datang pun. Lebih baik aku buat kerja lain.

Lepas tu aku gerak ke Pejabat Pos, nak pergi ambil sampul gambar konvo yang hantar kat rumah.  Posmen datang nak kasik masa tu waktu rumah aku takdak orang.. Setiba kat sana, dapat sampul tu, terus bukak. Dan aku pun "YA SALAM!!" (WOW!! yang diconvertkan ke dalam bahasa Arab) Cantiknya! Hahaha. Bajet sesorang.  Telefon kawan aku Farhanum.  Sebab aku rasa, apakah aku orang pertama yang menerima gambar konvo ini? Kawan aku dengan slumber menjawab "Oh...wei..dah berkurun dah aku dapat...." Kah Kah Kah. So, aku ja la yang jakun baru nak terima. OK, fine.

Aku sampai rumah, belum sempat tanggal tudung, kawan aku seketoi ni ajak keluar.  Memang rancang nak keluar bersama pun. Dia nak tunjuk kat aku kedai cermin mata yang dia buat. Murah ja weh. Save gila. Hm, mesti kawan aku fed up ja dengan aku.  Memilih gila. Last last decide jugak la. Tak tau lah sesuai atau tak.

Dia bonceng aku. Dia bawa aku pergi satu tempat ni. "Nutrition Station".

Alamak. Tengahari ini panas betul.  Nak nak pulak ada yang bikin gua panas.

To be continue about Nutrition Station.

No comments: