Pages

Sunday, 29 January 2012

Aku menabung weh!

Assalammualaikum

Pergghh, dah agak lama jugak aku tak usya blog aku nih. Kalau dah lama tak usya, apatah lagi nak update.  Hal ini disebabkan aku beri laluan kepada peperiksaan yang aku hadapi pada awal Januari yang lalu. Tiga minggu memerah otak, walaupun paper only 5 rasanya bagai 500. huhuhu. Walaubagaimanapun, Alhamudulillah, peperiksaan dah berlalu dengan jayanya. Habis ja exam aku terus sentai Maggi Kari (bajet enjoy aa dengan maggi) walaupun sebenarnya aku nak makan maggi tomyam. Macamnalah aku boleh tak perasan label dia. Grr~~ Elok nak boh perencah baru aku perasan. Hm, tak pa lah.

Kadang-kadang aku macam dah sikit-sikit mula kenali diri aku.  (dah? selamani kau tak kenal ke faznim?) Bukanla.. dah menginjak usia ni.. lagi lagi baru ja nak merasa umoq 20 tahun, tiba tiba kena mengaku umoq 21 seminggu lepas tu. isk, isk. Sokmo gitu ah.. hahaha. Tapi aku redha ja.. Nak buat macamna..takkan nak salah kan mak ayah aku plak? kan?  Janji aku bersyukur hidup di dunia yang penuh dengan pancaroba, liku liku, cabaran dan dugaan yang banyak lagi nak kena tempuh. It is look like easy but..Who know? Anythings can be happen..kan..? Dah tu apa mengena mengena dengan menabung?

Hahaha. Ntah. Aku pun tak tau. Syokk sebenarnya ni. Baru ni kan, aku kan, korek tabung tau...hahahaha. Actually tak sangka penabungan aku berhasil hingga ratusan ringgit. Dulu puluh-puluh ja. Tu pun lesap. Kalau dulu, nak menabung kena ada tabung yang hebat. Tabung yang masa bubuh duit, keluar bunyi atau muzik.  Paling tak pun, biarlah struktur dia menarik cantik dan tertarik. Baru semangat nak letak duit. But now, aku tak perlukan semua tu. Kalau nak menabung, hujung kepala katil pun boleh taruk duit. (macam ayah aku) hahaha. Sdikit sebanyak darah perangai menabung dia turun ke aku. Tabung aku pun canggih tau. Tak menggunakan banyak kos sangat pun.

ni tabung letak duit kertas. sexy kan.
Aku hanya menggunakan shower cream bottle ja. Disebabkan aku jenis yang sentimental value, so aku sayang nak buang botol ni. Jadi aku lantik dia sebagai tempat penabungan wang kertas aku. Aku bogelkan ia sebab nanti kena bayar royalti. Hahaha. (ea? betol ntah eja?) Basuh-basuh bekas dia dan keringkan dan buat lah lubang. Lepas tu, letak duit. Oyea! Oyea! , tak semena mena duit kertas pun berbau wangi bagai bau susu kambing.

Tabung duit syiling

Aku jenis pantang jumpa kotak. Kadang kadang kotak ubat gigi pun aku sayang nak buang. Bila sampai aku sedar tak tau nak dimanfaat untuk buat apa, baru aku buang. Untuk mengumpul duit syiling, aku menggunakan kotak susu HL. Hok ni tok ley nak bogel. Hahaha. Struktur fizikalnya ia yang petak, tinggi dan tegap serta kemas membuatkan aku sayang nak buang. Aku pun buat lubang untuk masukkan duit syiling. Hehehe. Biarlah sikit sikit. Lama lama jadi bukit. Tak gitu?

Aku korek duit dari tabung aku yang shower cream bottle tu. Saja nak transfer kepada lebih hebat sikit. (padahal nak kira dah ada berapa hinggit) aku pun cuba kawal nafsu agar tak terjebak untuk mengambil duit dan menggunakannya. Kalau tak kawal, memang lesap ah. So, untuk tampak lebih segak aku pindah ke..

kite pakai comfort lak ye. dengar bau wangi gilaaa.
Oleh yang demikian, pada pendapat aku la kan. Betul lah kata orang, fikir dahulu sebelum buang. Dah buang  confirm confirm lah kita tak akan nak amik semula dan fikir. Banyak benda kita boleh manfaatkan. Even tin minuman pun boleh ja buat simpan duit syiling seposen. Akak aku simpan duit syiling dalam botol ubat. Hahaha. However, Seriously menabung ni memang best. Jaminan masa depan. Hahaha. Cukup tempoh matang, boleh masuk bank.

I would like to mention again, " Sedikit sedikit, lama lama jadi bukit"


(^_^)

3 comments:

sitihanisahali said...

family saye pun suke menabung duit syiling.smpi beribu then tuka duit kat bank untuk melancong.kiteorng guna botol minyak masak sebagai tabung. :)

FazzYnameD said...

wow! hahaha. duit syiling tak berminyak ke? nice! nice! nanti nak g melancong gak ah!

sara E a.k.a ct said...

alololooo..kiut nyeee..hehehe..ak pown nk start menabung cam ko lah>:D..eh lupe jwp salam..waalaikumussalam:D