Assalammualaikum =)
"owh, i baru je datang, tak lame pun tunggu."
perggh. Sanggup menipu sunat demi menjaga hati orang yang tersayang. Termasuklah dengan member member dan sewaktu dengannya. Nak hang out sekali bila dah set time, port, sekali batang idung pun tak napak. Orang utaqa kata rasa nak membai ja. (hahaha, macam kata kat diri sendiri nampak?)
Hm, muka aku kat atas tu bersamaan aku menunggu dan terus menunggu sesuatu yang tak pasti. Mengenangkan nasib, masalah, kekeluargaan, kewangan, disiplin dan sebagainya. Pergh. Apsal nak bajet sangat ni?? Maaflah. Terlebih exited sudah. Menaip pun tersasul-sasul. Hahaha. Ok, poyo sangat.
Eh, dah lah. Lebih baik pergi ke motif sebenar.
Sebenarnya.. nak meluahkan rasa kegembiraan aku..asyik cakap dengan hati sorang sorang ja.. entah hati pun dah boring..
Pertamanya.sebenarnya dan sebetulnya, aku ni bukanlah bekerja di bahagian kesetiausahaan pun. Tapi bidang tugas aku memang ke arah kesetiausahaan even ianya dipanggil PT or lebih sainstifik lagi iaitu Pembantu Tadbir (P/O) N17. Dan aku bukanlah pekerja tetap di pejabat kerajaan itu. Sebaliknya aku hanyalah pekerja sambilan. Tau? Which means, gaji hari sahaja. RM54 darab dengan berapakah jumlah bilangan hari yang aku hadir bekerja. Cheyywah. nampak banyak kan? Basic memang banyak. Belum tolak cuti aku takmai. Ha, tak mai takdak duit tau. Tolak KWSP. Pompang pompang buleh la gagah.
Oleh yang demikian, setelah 4bulan mengharungi pelbagai liku liku dan onak duri yang mendatang sepanjang aku berkhidmat dan bekerja di bawah doktor pakar kesihatan awam, maka, sesuatu keajaiban telah berlaku. Hahaha. Keajaiban la sangat. Ianya di mana, pekerja sambilan akan ditukarkan kepada pekerja kontrak. Sungguh tidak ku sangka. Sangat sangat gumbira. Kontrak tu. Sapa tak nak? Gaji sama dengan tetap. Orang tetap dapat bonus, orang kontrak pun dapat bonus. Kalau sambilan sebelum ni, aku perlu memperbaharui tempoh perkhidmatan selama 3bulan, tetapi kalau dapat kontrak, bertahun tu. Setahun hingga tiga tahun. Mengikut kepada keperluan majikan. Alhamdulillah. Dah nampak dah. Aku akan buat sehabis baik untuk terus berada di pejabat yang sentiasa happening itu.
<3 |
Untuk meneruskan perkhidmatan di pejabat berkenaan, aku dikehendaki membuat permohonan terlebih dahulu untuk dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia. So, mereka akan proses segala. Di saat itu, ketika dalam penantian keputusan menjadi pekerja kontrak, satu berita di corong radio mengatakan mengenai semakan tawaran sambung belajar yang dipohon bagi sesi September 2011/2012 akan dapat tahu tak lama lagi. Wadduh! Terasa kot. Aku la tu yang mohon sebelum ni. Semakan pertama 16 Mei beberapa bulan yang lalu aku dah target, aku takkan dapat. Memang sah tak dapat pun. Sebabnya, aku tak cukup dokumen. Hahaha. Ya lah wei, sapa nak bagi kalau kau mohon masa kau belum ambil final exam? Dah pulak macam dia nak surat berhenti belajar. Lagi la aku tak tahu nak korek kat mana. Sedangkan aku baru semester akhir. Mana berhenti lagi. Ingat HEP nak sangat bagi? Mintak pengesahan pelajar pun terkemut kemut. Tapi, hati membuak buak jugak nak hantar sebab aku nak hantar jugak lah. Tak kurang jugak pada waktu tu, ada kakitangan HEP yang agak busy the body berkata "Hampa dok yakin sangat nak hantaq hantaq ni, boleh dapat ka?" Peerrggh. Pada aku, dapat tak dapat belakang kira. Yang penting hantar jugak. Wei, no pin dah beli. Belasan ringgit kot. Sia sia ja Mr.M temankan. Getus hatiku.
Alhamdulillah, pihak UPU tak sekejam mana pun. Even pada semakan pertama dia memang nampak aku tak layak, at least dia bagi chance untuk pelajar yang gagal permohonan ni, buat e-rayuan. Aku pun rasa semangat naik balik. Aku plan dengan kawan nak pergi Perlis nak kutip segala dokumen penting kat sana. Penting wei. Transkrip dengan surat berhenti belajar. Benda besar tu walau nampak sekadar ianya hanya sehelai kertas. Thank to my friend Ika yang sudi temankan aku. (^,^) Okeh. Siap. Masa nak pergi pos dokumen tu, aku pegang tangan kanan, dan baca "Bismillahirrahmanirrahim..." dalam hati berkata "aku redha atas ketentuanMu kalau aku dapat..Alhamdulillah..kalau tak dapat..aku redha.." boleh try next time kan?
15September baru baru ni, aku dapat mesej dari kawan aku dia kata, "Rayuan boleh semak hari ni kan?" Aku rasa..eh, bukan 17 ke? Then aku godek godek kat internet, sah! dah boleh semak.
Aku pun klik sana, klik sini, Ya Allah. Bergenang air mata aku. (Sikit la) Alhamdulillah..aku berjaya. Thanks to Allah. Kakak kakak aku suruh pergi ja, pergi. Katanya aku muda lagi. Dalam masa yang sama aku sayangkan pekerjaan aku. Kakak aku berkata lagi, rezeki kat mana mana ja. Jangan risau. Mendengar kata kata peransang sedemikian, aku nekad untuk berhenti kerja. Aku percaya, ada hikmah disebalik semua ini.
Sekarang ni aku cuma perlu mengumpulkan kekuatan untuk berada di tempat orang. (Buat terok kan) Ya. Aku takut. Aku takut kalau aku tak boleh menempuhi dugaan dan cabaran yang mendatang. Namun, aku yakin Allah sentiasa membantu hambaNya yang dalam kesusahan..
Buat sahabatku MizzChoco, janganlah bersedih. Gagal sekali tidak bermaksud gagal selama lamanya. Mesti ada hikmahnya. See? Even kamu tak berpeluang untuk ini, but you have still another chance.Kamu dapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat. As you said "Mungkin MizzChoco kena kerja dulu, kumpul duit..then baru pergi belajar..lepas ni tak yah susahkan mama dengan ayah..." Paling paling penting jangan mudah putus asa..sebab Allah tak suka pada hambaNya yang putus asa..so, chill ok? Kamu tak perlu rasa malu..Abaikan apa orang cakap..Try next intake. Confirm. 1st intake dapat. Tak payah rayuan rayuan dah. Ok? =)
Ok Lega. Tapi kenapa setakat terima tawaran aku nak kecoh sangat ni? Haha. Suka hati aku la.
Kepada warga Kelantan. See you. (^_^)
3 comments:
Fazz Good luck.!!! yer.. kdg3x kte jgn berhenti berharap... KO dpt smbung kat ne beb??
@haha. thanks ha, gudluck untuk hang jugak. Keje baik-baik. Gaji kan dah best tu. haha. erm,kat uitm machang. Kelantan...
good luck tau..=)
Post a Comment