Pages

Sunday 4 September 2011

Kerna Hari Raya Begitu Berharga.

 Assalammualaikum, =)

Agak lama tidakku update blog ini. Tidak ku rela jika ia menjadi blog usang lagi bersawang. hahaha. ok, sangat menggiurkan.

Walaubagaimanapun, rasanya tidak terlambat untuk diri ini mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada semua rakan-rakan, hadirin dan taulan.  Semoga hari raya Aidilfitri tahun 2011 kali ini memberi seribu makna buat anda. Perggh. Dah macam iklan penaja sedikit sebanyak.

Alhamdulillah, pada 1 Syawal, cuaca baik-baik sayang sahaja. Memandangkan, kalau anda perasan, bermula dari malam 27 Ramadhan, hujan tak henti-henti membasahi bumi. Lebat sungguh. Apakah tanda-tanda malam lailatul Qadar? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Sehinggakan aku basuh baju raya dan baju-baju seangkatannya terpaksa di"spin"kan sebanyak 3x dalam tahap paling last sekali aku pulas. Kakak aku sibuk dok sound-sound aku cakap,

"Spin aa lama-lama. Nanti reput baju hang baru tau.."

Namun, sebagai adik yang degil, aku tidak peduli. Aku pegi beli Downy yang "owh, saya tak pakai perfume...~" hasilnya even aku basuh last minute pun, tak de cahaya matahari disebabkan hujan, ia tetap wangi. Cepat kering pun cepat. Kasi kena sepoi-sepoi angin kipas siling+kipas berdiri=kering.  Selepas itu pasti ia akan membuatkan orang tertanya-tanya,

"awak pakai perfume apa hari ini..?" lalu aku menjawab, "owh, saya pakai minyak attar hari nie..."


Memandangkan cuaca pun seolah memahami bahawa kita menyambut hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya berpuasa selama sebulan dan tak sebulan pun dengan bersebab, maka aku yakin anda semua-semua beraya sakan lah kan? Itu yang pasti. Termasuklah aku. Sakan kah? Oh. Separuh-separuh. Kakak aku dah planning semua siap-siap. Tinggal nak melaksanakan tindakan sahaja disamping memerlukan persetujuan dari adik beradik yang lain.

Syawal Pertama : Beraya di rumah, bersama adik beradik.
                        : Petang, ke rumah Tok sebelah Ayah. Che Tom.

Syawal Kedua   : Ke rumah Tok sebelah Mak. Che Embun.

Syawal Ketiga   : Ke rumah Kakak sulung kat Perak.

Syawal Keempat : Aktiviti beraya ikut suka ke mana dan syawal-syawal seterusnya.



Lebih kurang beginilah situasi Hari Raya Pertama 

makan berebut-rebut ni orang kata lagi nikmat.

bajet mak andam. Menyiapkan akak sulung aku.





da lawo-lawa baru semangat untuk segment bersalaman dengan mak ayah         

suma ni bratoq nak duit raya dari maksu. Moga maksu baik hati.

Petangnya, bertolak ke Kota Kuala Muda, Kedah. Kampung Tok sebelah ayah aku. Sini tiap-tiap tahun meriah. Berhimpun habis anak chuchu, chicit, cucut, ciut, piut, miut, hahaha. Napak no, penipunye. Hm, agak aktif jugak aktiviti dijalankan pada sebelah malam. Aku tak join pun. Penakut. bak kata Yunalis Zarai. Fobia kot dengan mercun-mercun nih! Okey, abaikan. Tapi, yang ni aku berani.

lalalalalalalalala
SyooKK, aku main bunga api sambil hayun-hayun tangan tanpa menghirau orang sekeliling sambil nyanyi..lalalala~ "budak-budak" lagi.. umur puluhan nanti tak pegang dah... last, last, last. hahaha.


 Situasi Hari Kedua

Err..kat tak dak benda sangat pun..sebab Tok sebelah mak aku sakit. Kesimpulannya tak boleh nak huhah-huhah sangatla. Tiba-tiba jadi sopan dengan serta merta.


Hari Ketiga

Beraya kampung kakak sulung aku ni boleh tahan jugak lah. Sebab dia kahwin dengan orang Perak yang terlalu ramai adik beradik. 9 orang. Bila ada perayaan-perayaan macam ni, semestinya pakat ramai-ramai dok mai berhimpun lebih hebat dari perhimpunan bersih. Tapi not bad la. Sporting-sporting. Walaupun tak berapa kenal-kenal sangat. Tapi buat-buat ja la kenal. Hahaha.

SELAMAT HARI RAYA! 5adik-beradik.
 

Kakak-kakak aku pun boleh tahan la kalau bab bergambar ni. Tapi, banyak-banyak yang ni sahaja dapat menyejukkan mata memandang. Haha. Bukan senang nak berkumpul ke5-5 ketoi ni. Sebab kakak aku yang sulung menetap kat Perak. Kerja pun kat Perak. Anak-anak pun dia dah sekolahkan dekat Perak. Sapa tak sayang suami woi! Rela ku berkorban apa sahaja. Cheyywah!

Kesimpulannya, ziarahilah saudara mara kita dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. lupakanlah segala sengketa lama. Buang yang keruh ambil yang jernih.. Tapi, tapi, ada jugak bila kita dah ambil yang jernih, dia masih mengeruh-mengeruhkan. Camna nak buat hm dengan orang yang sedemikian. Aiseh..


Wassalam..



















4 comments:

Mizz ErMa said...

waa..meriah bgt! hehe slamat ari raya jgk~ =D

FazzYnameD said...

@Mizz Erma : owh, well. Biasa-biasa sahaja. keramaian adik beradik yang menjadikan meriah.
Selamat Hari Raya! =)

Hanis Atikah said...

Salam lebaran yer faz...hehehe.. semoga bahagia di hari yg mulia

FazzYnameD said...

@haha : Selamat Hari Raya Ha.. mintak maaf dan harap diampun segala silap dan salah antara kita. Cheyywah! Diharap kau pun bahagia jugak! =)