Pages

Sunday, 28 August 2011

Wei, bangun-bangun. Sahur..!

Assalammualaikum.

Hmm, apa punya tuurr. Orang cerita pengalaman puasa time awal-awal Ramadhan. Tapi aku baru terhegeh nak kongsi di saat Ramadhan nak berakhir. Wahaha. Tak pa lah. Apapun, yang pasti, dan hakiki lagi bersih dan murni, aku takkan melupakan kenangan pahit (orang kedah piau panggil Peit) ni dalam benak mahupun sanubariku. Aiseh. Ayat memang tak boleh pergi.

Okey. Macam teruk sangat peristiwa tu kan? Hey, Of course! Sangat teruk. Mula-mula bila dikenangkan memang geram sangat yang ammmmmaat..! ( Huruf M ditekan kan bagi menunjukkan kata penegasan) Tapi..bila dah lama-lama macam ni..rasa lawak pun ada. Bila ingat, pakat gelak ramai-ramai. Espeacially kakak-kakak aku yang ting-tong sesangat. Geram Gila!

Bilakah peristiwa itu berlaku?
Tak ingat bilakah. Tapi yang pasti Ramadhan tahun 2010. Ketika itu aku sedang menjalani Latihan Industri di Semester ketiga. Biasalah, nama pun Latihan Industri, mestilah dilatih kaw-kaw punya. Lagi-lagi bidang Kesetiausahaan ni. Nampak ja senang. Tapi hakikat...Meh ceburi sendiri. Baru rasa. Hahaha.

Pada suatu malam, aku dengan kakak kedua aku pegi shopping ke Sunshine untuk membeli keperluan-keperluan rumah. Dalam masa yang sama, aku teringin sangat nak makan Stik Ayam yang di 'steam'. Sedap woh! Sebab mengingatkan aku kepada kenangan bekerja sebagai promoter yang curi-curi makan stik ayam ni dalam stor. Tapi aku beli mentah punya la. Sebab konon nak steam kat rumah ja. Well, nak buat makan sahur. Terasa macam omputeh aa sket.

Bila dah beli-beli, simpanlah di dalam peti ais.. Manusia ni bila kita dah 'mind set' sesuatu mesti dia akan sedaya upaya laksanakan. Betul tak? Betul tak? Pada pendapat aku la. Sebab, apa yang terjadi pada aku ni akibat aku dah setting siap-siap dalam kepala aa ni. Ntah macam mana boley pulak aku tidoq awal. Letih kot.  Maklumlah. Pelajar practicle. Penat ja memanjang.

Tatkala dibuai mimpi-mimpi yang indah, kakak aku yang nombor empat ni kejutkan aku. Lebih kurang camni lah dialog beliau,

"Wei, bangun-bangun..!! Souq-souq! (sahur la, utaqa piau punya mai)"


"Hah? Souq?? Ha, ha, Ok-ok." aku membalas dengan berkeadaan kusut dan masainya.

Memandangkan aku tidur katil bahagian atas, (katil dua tingkat) aku pun bergegas turun dari katil, segera membuat persediaan apa yang patut untuk memasak stick ayam yang dibeli sebentar tadi.

Bukak peti ais, sediakan periuk, isi air dalam periuk, panaskan api, (semua ini berlaku dengan pantas sebab aku rasa macam aku dah lewat bangun.) dan segala-gala dengan muka tak cuci, gigi tak gosok. Semua ni gara-gara exited yang melampau.

Kebetulan, kakak aku yang nombor dua ni, tak tidur lagi. Then dia cakap, 


"Anim, nanti nak tidoq tutup semua-semua ya?"


Aku dengan hairannya mula terfikir, kakak aku dah nak masuk tidur dah ka? Lalu aku pun bertanya,

"Kak Ma nak masuk tidoq? Kak Ma tak souq ka?"


Dia mengerutkan dahi dan kening dan apa yang ada. Haha. Pas tu dia jawab,


"Hah? souq apa nim, baru pukoi 1.30 pagi..mamun ka pa hang ni?"


Aku pun pergi ke ruang tamu dan pegi usya rapat-rapat dekat jam dinding. Biasalah. Rabun jauh. Apa pun tak jelas. Alangkah pilunya hati ini memang baru 1.30 pagi!!!!. 


Perggghhh! Memang panas ja hati aku ni. Habis terkeluar kata-kata kurang sopan yang dilontarkan oleh aku untuk kakak aku nombor 4. Dia dengan bahagianya gelakkan aku. Kukik-kukik-kukik dalam bilik. Memang rasa teraniaya aa jugak. Aku dengan bersemangat gila. Aku pulak kalau jenis orang kejut sentuh badan, terus bangun. Dan masa tu, aku tidur pun terasa bagai dah lama aku tidur. Padahal... Eee. Bengang gila dengan kakak aku masa tu.

Lepas tu, aku qabat panjat katil semula. Dengan tak semena-menanya..aku menangis.. ='(   waaaa. Lemah siot aku. Tapi memang aa. Terasa sangat bagai dipermainkan. Kejam. Waaaa....!!!!! Nangis adalah salah satu cara aku melepaskan apa yang aku tak puas hati. Nangis-nangis dan tertidur..sampailah ke waktu souq yang betul-betul punya.

Mula-mula aku macam taknak cakap dengan kakak keempat aku ni. Tanya sepatah, jawab sepatah. Nak tengok muka? Lagi la. Masih hot-hot lagi nih. Tapi orang kata, air dicincang takkan putus kan? Then, aku pun cakap-cakap balik dengan dia. Sebab apa? sebab aku dok p kerja dengan dia. Hahahaha.

Okeylah. Kesimpulannya, jangan terlebih exited. Nanti makan diri. hahaha. Merepek ja. Kalau nak exited tu boleh. jangan bagitau dekat orang. Nanti malu ja bila apa yang kita exited tu tak menjadi. Kan? kan?


p/s: Sebenarnya kan, kakak keempat aku cakap, dia dengki tengok aku tidor awal. sebab tu dia buat macam tu. Hampeh betol.









Saturday, 27 August 2011

Duit raya awal

Assalammualaikum.

Petang selepas rehat tadi, sedang buat-buat sibuk mengadap komputer, tiba-tiba satu suara 'deheman' jelas kedengaran. Deheman tau deheman? EkkHEm! ha, tu la. berdehem..

Hahaha. cepat-cepat minimize segala apa yang patut. Kalau tak, kantoi ooO..eh, eh, siapa dia yang aku dok buat kalot malot sangat ni? owh, dia la DR. AZZYtuutt.. hehehe. (bukan nama sebenar) Dr aku senang ja nak detect if dia brada di mana-mana. Sekali dia berdehem. Tau dah dimana destinasi yang beliau berada. (eh, aku ni dalam kategori mengumpat kah? tak kan? tak kan? anggaplah konon-konon info.)

Dalam kesibukan yang bajet melampau, dia datang ke arah aku.
"Anim, nah duit raya. Selamat Hari Raya ye"
hahaha. kaget di situ. Apa yang pasti sampai aku terlupa nak bersalaman dengannya. Maklumlah, orang pertama terima ampau. Mak aku panggil enbelep. (edit dari omputih punya sebutan envelope).
Syukur tak terkira. Even tak seberapa, lepas la cover balik aku shooping waktu rehat tadi. hehehe.
Yang penting Ikhlas. kan doktor kan? kan? Terima Kasih Dokter. =)
Serbu bilik dia. Then salam jugak tau. Kalau tak, kat rumah nanti tak tenteram. Padan Muka.

Next, enbelep kedua from Sister. Sister stand for Ketua Jururawat Kesihatan. Dia datang-datang dan terus bersalaman, dan terang-terangan dan eh, eh, sebenarnya tanpa enbelep pun. Style selop-selop poket, yang mana ada, itu lah. Haha. Walaubagaimanapun, terima kasih...

WAaa.. agak tergaru disitu. Da kerja pun ada lagi orang nak bagi duit raya. Hahaha. Well, umur baru
 19 Tahun 8Bulan kan? Still belasan kan? Mana sampai puluh-puluh lagi. Hahaha. Dengan fizikal aku yang macam budak-budak pulak, if aku pegi rumah ke rumah kutip duit raya pun orang maybe akan percaya kot? Tp akan kantoi jugak coz, mane ade budak tumbuh jerawat di usia muda? hahaha. Mampuih. Nak kelentong apa? Hahaha.


SEDIH RAMADHAN DAH NAK BERLALU PERGI.
GEMBIRA SEBAB AIDILFITRI MENJELMA.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Friday, 26 August 2011

Kecewa Hati Ini


Assalammualaikum.

Perggghhh...(ui, tadi macam bajet sopan) agak janggal la. tp peduli apa aku. rumah baru wei. follower suma hilang. tp takpa. 20 ketoi ja pun. kalau puluh3 ribu bagai blogger feymes yang lain, memang menangis aa kot? yang penting post3 aku selama ni masih selamat. jenuh menaip woh. hahaha.

Eee. macam suci je an? putih bersih, gebu-gebu lagi ni. ntah la. Masalah apa pun aku tak tau blog aku b4 this. da pelbagai cara aku mencubanya. namun, apa kan daya, masa tak akan kembali..hancur musnahlah..semuanyaa...
Tapi aku redha je lah. ada hikmah di sebalik semua ini.

Okeylah. malas nak tulis panjang-panjang. Tengah frust ni. isk, isk.

='(

Thursday, 18 August 2011

#Wordless Wednesday


Time Pensyarah takdak, aku la jadi yang jadi pensyarah.


see you in next entry!

Wednesday, 17 August 2011

3 amalan penting di bulan Ramadhan

Assalammualaikum.

Salam Ramadhan..17 Ramadhan = Hari Nuzul Al-Quran..

Alhamdulillah, tadi pergi solat terawih dekat masjid berdekatan dengan rumah sahaja. Kebiasaannya mengerjakan solat terawih di Masjid Negeri. Memandangkan bersiap pun lambat bagai kura-kura, maka pergi masjid yang dekat-dekat je lah.

Aku ada perasan tadi, imam masjid asyik baca surah Al-Qadr untuk setiap rakaat kedua solat terawih. Hm, tak pa la, aku beranggapan bahawa, pak imam ni suka Surah tu kot, or Surah tu je yang dia ingat tak? Sedikit kelainan yang dibuat oleh masjid ni. I thought mereka buat 23 rakaat. Rupa-rupanya 8 rakaat sahaja. Namun tak selesai macam tu sahaja. Mereka menambahkan aktiviti sesi ceramah a.k.a tazkirah sebagai majlis Ilmu pada malam yang sama untuk para jemaah yang datang.

Benarlah kata ustaz, even dok pulun perkara-perkara sunat, tp perkara fardhu di abaikan tiada gunanya. Majlis Ilmu merupakan perkara fardhu. Jadi malam ni, aku dapat buat dua perkara, sunat dan fardhu. Alhamdulillah...

Pada malam 17 Ramadhan, ustaz memaklumkan kepada kami bahawa ia merupakan peristiwa di mana Allah SWT telah menurunkan Kitab Suci Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'. Dan ia juga berkait rapat dengan Surah Al-Qadr kerana ayat pertama surah berkenaan menjelaskan bahawa Allah SWT menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar.  Subhanallah... Tapi ada ulama' yang berpegang bahawa pada setiap 17 Ramadhan merupakan malam Lailatul Qadar. Tak kurang jugak ulama' yang menyatakan bahawa 10 malam terakhir dan malam ganjil adalah malam Lailatul Qadar. Wallahu'alam.. Semua ni kerja Yang Maha Esa.. hanya Dia yang Maha Mengetahui... Kata Ustaz, Malam Lailatul Qadar boleh dikatakan sebagai sebuah anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umatnya yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. Misalnya, macam kita sekarang ni lah, kalau kita berpontesi meningkatkan pencapaian prestasi kita, mesti kita dianugerahkan dengan pangkat..gelaran..segala-gala tu kan? Such as, Dato'..Datin...Tan, Tin, Tun.. *ustaz kata, aku retype jerk*  Begitu jugalah dengan situasi ibadah puasa kita sekarang.. Betapa beruntungnya jika hamba Allah SWT yang menerima Lailatul Qadar sebab setiap hajat dan permintaan yang dipohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan olehNya.

Selepas tu, ustaz terus fokus kepada amalan-amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang di bulan Ramadhan. Sebenarnya mesti banyak. Tapi ustaz kupas 3sahaja. Okeylah. 3perkara ni pun da cukup bermakna dan mudah untuk diikuti.


Let's check it Out :


1) BERSEDEKAH


Sedekah terbahagi kepada dua. Pertama Sedekah Sabil..(lebih kurang la kot ejaannye). Bagi sedekah ini pahalanya boleh dianggap sebagai fix aa. Sebagai contoh, kita sedekahkan makanan, minuman, sabun, or others things yang boleh menyebabkan habis apabila digunakan, maka cukup setakat itu kita menerima ganjaran pahala. Sebab apa yang disedekahkan tu dah habis. Senang citer, Habes benda, tak de pahala. Ada benda, Ada pahala. Haa.. Kerana pahala sedekah based on pengaplikasian oleh penerima sedekah tersebut.

Jenis sedekah satu lagi adalah Sedekah Jariah. Sedekah jariah ni boleh dikatakan macam menyumbang sesuatu benda yang kekal dan yang boleh digunakan pada jangka masa yang lama. Sebagai contoh, tanah wakaf, lampu kipas kat masjid, kerusi, jam dinding dan apa sahaja yang selagi terdaya berfungsi. Tambah-tambah pula semakin ramai menggunakannya, semakin banyak pahala si pemberi sedekah tersebut. Alangkah bahagianya pahala yang diterima merupakan ganjaran pahala untuk seumur hidupnya. Subhanallah...
Sebab tu kita sebagai manusia lebih digalakkan sedekah jariah..

2) BERDOA

Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa.. Baginda tidak putus-putus berdoa tidak kira siang mahupun malam. Malah, setiap perbuatan yang dilaksanakan oleh baginda semuanya dimulakan dengan doa. Doa memakai pakaian, doa masuk dan keluar tandas, dan pelbagai doa harian yang lain. Selesai solat baginda berdoa, tengah malam baginda berdoa, berdoa, dan terus berdoa memohon kepada Allah SWT. Oleh itu, kita juga boleh berdoa sebanyak mana pun...kerana Allah SWT Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.. Semoga apa yang kita mohon dimakbulkan olehNya.. Amin...

3) MEMBACA AL-QURAN


Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW sentiasa membaca Al-Quran, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh baginda. Paling kurang, jika kita tidak membaca pun, tetapi kita mendengar bacaan Al-Quran pun sudah menerima ganjaran pahala. Untuk mengetahui antara kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan, klik sini. Kata ustaz lagi, tak mengapa jika kita baca Al-Quran tanpa memahami maksud dan tafsirannya. Bacalah dengan seikhlas hati. Lama-kelamaan kita akan menjadi seronok untuk membacanya. Selepas bulan Ramadhan, hasil keikhlasan hati itu akan membuatkan kita merindui untuk membacanya semula. Dan untuk pembacaan seterusnya cubalah baca dengan tafsirannya dan memahami isi kandungannya. Insyaallah.. Asalkan baca dengan betul dan mengikut hukum-hukum tajwid.

Semoga amalan yang dilaksanakan ini, bukanlah untuk bulan Ramadhan sahaja, tapi untuk selama-lamanya..
InsyaAllah...

Wassalam...


see you in next entry!

Sunday, 7 August 2011

Nun. Ya. Ta. = ??

Assalammualaikum.

Semestinya setiap umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani puasa sekarang ni di bulan Ramadhan yang mulia dengan penuh kegembiraan walaupun masing-masing mempunyai niat yang berbeza.

Ada sesetengah daripada kita mungkin gembira sebab nak menempah baju, perabot baru, atau nak pasang langsir baru dan semua serba serbi baru lah senang kata. Dan sebahagian yang lain mungkin jugak gemar makan kuih muih dan lauk pauk yang dihidangkan pada musim Ramadhan ni. Sebab mungkin susah dah lepas ni nak dapat kuih-kuih macam tu pada bulan-bulan yang lain.

Tak kurang jugak ada di antara kita yang berharap untuk berkumpul dengan ahli keluarga dan menikmati hidangann dan juadah yang disediakan di rumah. Sebahgaian lagi mungkin dok target bulan ni merupakan bulan jualan yang hebat dan boleh melebatkan keutungan yang lumayan.

Bagi mereka yang lain, ada jugak mengambil kesempatan ini mendekati Allah dengan melakukan perubahan dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mengenakan pakaian yang menutup aurat, menjauhkan diri daripada perbualan dan perbuatan yang tidak membawa manfaat, menambahkan lagi solat-solat sunat, kerap menghadiri kelas agama, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Tak dinafikan, aku sendiri mengalaminya. Sebab tahun 2008, umur aku 17 tahun baru aku start pakai tudung. Time tu sehari sebelum masuk bulan Ramadhan. Owh, sangat best. Masa tu shawl shawl pun belum datang lagi. Yang dok hangat masa tu is Tudung ekin. Sikit-sikit tudung ekin. Apa yang membuatkan aku pakai tudung, sebab aku tiba-tiba rasa malu. Malu. Kenapa ntah? Hahaha. Rasa macam tak complete ja. At last. Yea. Alhamdulillah, kekal sampai sekarang. =)

Semua perubahan yang dibuat adalah bergantung kepada niat masing-masing. Jika niat yang dipasang tu betul, maka ia akan membawa perubahan ke arah yang betul.  


gambar hiasan.



p/s : tahun ni, tak dak baju raya kot? tailor suma ta mau amik upah dah. grrr...


see you in next entry!