Kalau usya tajuk aku pun da tau. Of kos aku nak habaq pasai crita transformer la tuh. Hey, of course lah. Takkan nak critea You, Saka Pergi Jauh-Jauh plak? (ntah apa-apa punya cerita. Aku pun tak paham)
Semalam, aku dan kakak sebilik kat ofis aku ni dapat tiket free untuk menyaksikan filem Transformer : Dark of The Moon. Actually, free tu takla
Transformer dibintangi oleh pelakon terkenal, Shia LaBeouf dengan memegang watak sebagai Sam Witwicky. (payah sangat, wiki-wiki suda). Pastu dalam cerita ni, dia ada aweks yang lagi seksi dan cun iaitu Rosie Hunting-Whiteley sebagai Carly. Dan seketol lagi yang pegang watak macam bagus dan hebat sangat iaitu Josh Duhamel sebagai Major William Lennox.
Introduction cerita ni sangatlah panjang. Tapi, ia memerlukan dari segi tumpuan dan komitmen yang kukuh dalam memahami konsep cerita. If baru start pun dah nak p toilet, maka, cepat-cepat tanya orang sebelah apa yang telah terjadi. Itupun kalau orang sebelah nak ceritakanlah. =)
Geng Decepticons jahat. Mereka-mereka sedang merancang untuk membalas kekalahan mereka sebelum nih di filem Transformers 2009 dulu tu. Revenge of Fallen.
Apa yang boleh disimpulkan kat sini, robot-robot pun mempunyai perasaan jugak. Kalau dalam cerita Transformer ni, ada seketol robot ni dia tak boleh terima hakikat yang dia datang bumi dan dijadikan hamba. Xtly, tak lah hamba pun. Juz bekerjasama la kot dalam meningkat peningkatan pelaburan bskl. Sebab masa kat planet asal dulu mereka adalah Tuhan. Amboi. Buat pala. So, Optimus Prime dan konco-konconya sedaya upaya cuba menentang kuasa jahat yang sesuka hati nak tukar bumi ni menjadi planet Cybertron.
Tapi tak lupa jugak ada since-since lawak dan sedih. Sedih sangat part... opps. P tengok sendiri. Sesungguhnya aku menangis.(pengakuan berani mati) hahaha. Tp taklah berambu-rambu. Setitik dua ja ok. Cover-cover. Yang lawak pulak, ada dua makhluk robot ni yang sangat comel dan kecik bakal menghiburkan anda supaya dapat cover balik apa yang sedih-sedih tadi. Siyesly, Buaih sungguh.
So, aku juz mencadangkan agar anda-anda pergilah menyaksikan Transformer Dark of The Moon nii. Tersangatlah best dan pasti anda puas hati. Selain itu, dicadangkan juga agar bawak masuk pop-corn yang dibeli. Hal ini kerana ia sedikit sebanyak mengurangkan rasa debaran di saat detik-detik cemas dan suspen ketika menonton. Secara hipotesisnya, semakin cemas situasi itu berlaku, semakin laju pop-corn disumbatkan ke dalam mulut. ............ Hm, crita ni tengok buleh, percaya jangan.
Ok. itu sahaja.
p/s : Terbayang kalau mesin basuh, mesin jahit, segala jenis mesin yang ada boleh bertukar jadi robot. perrgghh!! mesti membebel kemain.
2 comments:
ada orang kata transformer ni x sebest yg b4 ni..tp tak taula coz x tgk lg.hihihihi
itZ me tehanurfateha =)
hahaha. teha p la tengok. syoookk. kali ni punya nampak real dan cerita dia agak mudah difahami. rasanya budak-budak pun paham. hahaha.macam-macam watak dok ada.
Post a Comment