Pages

Tuesday, 26 April 2011

Tolong Senyap. Peperiksaan Sedang Berjalan.

Ya. peperiksaan sedang berjalan. tapi tak sure lah plak nak berjalan pakai apa. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan di rumah. Post kali ni tak de cite meleret3 sangat kot. tp buleh la gagah. (orang kedah berkata-kata).

Firstly, starting 18 April 2011 minggu lepas was our examination at Politeknik. So, aku masih relax3 lagi. ala, kisah apa.. paper aku 21 April, LEk LU..agak3 20 aribulan baru gegeh3, and jangan tanya pasaipa mata macam panda.

Memandangkan paper aku lambat lagi...aku pon tak la nak berapa study sangat. tp study lah jugak. Tapi paling tak sangka, aku nak ucapkan syabas "bettey" untuk aku rOomate aku yang sempat jugak qatam cerita "Dream High" (walaupun da abes tayang da kat astro nu) . Mau tak nya. terikat kot. si pengarah cerita pon saja bagi kita tertanya-tanya apa nak jadi pasni, pasni. Sabaq ja lah.

21 April 2011
Bermulalah episod perjuangan antara aku dan rakan-rakan aku yang lain ke medan tempur. (Chewahh! ayat) Modul yang menjadi tempat pertama pada hari tu adalah P3803 iaitu Note Taking tu dalam Omputeh dya la. Dalam melayu dya kata Mengambil nota. Jika diterjemahkan ke terjemahan dinamis pula mencatat nota.  Caranya, dengar tape artikel yang di perkatakan dan catat menggunakan kemahiran trengkas dan shorhand yang dipelajari. Selepas itu diterjemahkan semula dari trengkas kepada tulisan rumi... hm, cam tulah. Alhamdulillah. Dapat buat dengan jayanya. malu betul hantar lambat. Sorry ya kawan-kawan. aku memang memerlukan penelititian. Chewah. padahal dok fikir apa benda yang aku guris. Kenapa tak macam Puan Salasiah ajar pun?

Petangnya adalah modul Penterjemahan. P3809. Boleh tahan soalan yang disediakan itu. Paling menggiurkan adalah soalan 1. Soalan teori. Semoga Puan Aini dapat membaca apa yang aku cuba sampaikan dengan jayanya. Ntah apa-apa ja aku buat. Tapi menjadi pengalaman terindah jugakla. Coz aku rasa buat pertama kalinya aku baru faham apa itu penterjemahan yang diterang-terangkan oleh Puan Aini selama ni, yang Kuiz dan Test aku dok dapat ala-ala carte ja. hahaha. Semangat jugak la. Namun, aku hanya berserah. Semoga Puan Aini menanda kertas aku dengan penuh kasih sayang. (tu dya. pulun baq ang)

Next paper is Next Week! 25 April 2011.

25 April 2011.
P3810 sebagai pembuka selera.  Document Production.  Yang ni pun Alhamdulillah. Walaupun kami para pelajar tak pernah didedahkan sangat macamna situasi final yang bakal dihadapi oleh kami. Modul ni dia kena banyak wat latihan amali. Coz kita kena buat dokumen berdasarkan apa yang dia nak. Paling-paling best dapat duduk dengan kawan-kawan sebelah menyebelah. Siap boleh usya lagi dia dok taip menaip apa. ehehe. Bincang tu apatah lagi.  LaGI-lagi Best bila Penasihat Akademik yang jaga. Disebabkan hal itu, aku siap 10.45a.m sedangkan masa yang diberi ialah sehingga 10.30am sahaje. Apa-apa pun. thanks Puan Aini. Memberi kesempatan untuk saya menyemak semula.

Usahawan P3117 adalah modul yang paling semangat nak menjawab. Hahaha. Cakap besar. Last-last, jawab pakai logik akai. Aduuh. Susah benoo..tak paham soalan da satu hal. Then banyak mintak huraian. K, fine. Huraian semuanye fakta. Apa3pun, aku redha dengan ketentuan-Nya. Tawakal. 

So, for our last paper this thursday is P3806. Personality Grooming. Chewaah. Mengandungi 4Soalan Struktur yang perlu dijawab secara essay. Semoga berjaya! (tp tak study-study lagi pun)
Buat kawan-kawan, GoOd Luck k, saya tahu. anda yakin. dan anda juga mampu mengubahnya. Ingatlah orang yang tersayang. 

Lepas tu..
Da abes seM..cuti...cuti...dan cuti....
------>> rindu kawan-kawan aku nanti.  DSK4a.

Wednesday, 13 April 2011

Peperiksaan,Exam,Test,Ujian, adalah sama sahaja

Salam..salam aidilfitri, salam aidiladha, salam ukhuwah, dan salam satu malaysia...aiseh..pepagi camni orang semua dok lena, mimpi ke mana hala, but aku..still bersengkang mata. Why? sebab aku tak bley lelapkan mata. senang sahaja. Cheywah!

Sedar tak sedar da tinggal 2 minggu lagi final nak menjelang. (wah, macam pa g) Ya lah, sesudahnya menyambut kedatangan final yang mulia, maka tamatlah sudah pengajianku di Politeknik kat Perlis Indera Kayangan nih. Insyaallah. Dengan izinNya. 

Apa yang membimbangkan, seperti mana yang hangat diperkatakan dewasa ini iaitu mengenai Modul Note Taking dan Translation.  Antara sebab yang tidak boleh diterima adalah:

NOTE TAKING:
-awat lambat sangat habaq da tukaq format?
-kenapa speed begitu pantas,tangkas dan cardas?

TRANSLATION
-ta bley bawak kamus. sem yang lalu3 rileks sahaja.
-pada aku bawak tak bawak sama ja. but ada bley gak score sedikit sebanyak.
-bayangkan jika tiada kau kamus. alangkah bahagianya hidup ini.

Ya, aku dan rakan3 yang lain rasa bagai kami ni bahan kaji mereka3 yang menetapkan sedemikian.  Walaubagaimanapun, nak taknak, redha ja lah.

In my mind now, aku akan berusaha sedaya upaya dan terbaik untuk famili, masyarakat dan negara. (apa kena mengena) Muet pun around the corner. Hopefully aku dapat buat yang terbaik juga. Walaupun English aku ni taklah secair coklat yang tumpah ke ladang gandum.  Orang kedah kata, "buleh la gagah.."

                                      
                                       Baik jadi macam ni tak pa lagi..... but...if jadi macam ni..........
.
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

ahahaha. Study Smart bebeh. Hindari Last Minute.    
(Kemain wat pesanan penaja kat orang. Padahal yang pesan tu pOn....)






p/s: Sudahla tekanan memikirkan peperiksaan, lebih tekanan tatkala mengenangkan si dia...

Sunday, 3 April 2011

Kebizian Melanda Disebabkan Minit Terakhir (Part 1)

Hari demi hari.. waktu demi waktu.. masa berjalan dengan pantas sekali. Apatah lagi kepantasan itu dilalui tatkala aku masih dalam pengajian.  Mana taknya, aku da semester akhir rupanya. Semester akhir dalam Diploma Sains Kesetiausahaan.  Mak oii..cepat betoi. Terasa bagai semalam mendaftar.  Hahaha. Tak bleh blah.  Oleh yang demikian, tahu3 sajalah, bila da semester akhir ni, pelbagai bagai aturcara-aturcara, program-program, dan apa saja yang melibatkan pelajar semester akhir.  Wadduh... enggak bisa dong.  (Uik, sejak bila aku upah mak endon taipkan post ni??)  Ada saja la dalam kepala otak ni. Perancangan itulah, inilah, yang tidak dapat lagi dibendung oleh masyarakat dan negara.  Lantas, aku dan rakan-rakan seperjuangan dapat mengaturnya dengan jayanya.   Apa yang kami buat? Ngeh3... bila da last minit la katakan...kepada tuan-tuan dan puan-puan dirumah, di hostel atau di mana sahaja anda berada, please don't try this at home.


                                               jam ni la yang menujukkan masa pantas berlalu

Bukan nak muhong la, tapi buleh la kata nak menipu, mmg keja last minit ni takdak faedahnya.  Dulu-dulu, last minit aku di zaman persekolahan boleh gagah aa lagi apabila hari esok cikgu nak tugasan, malam-malam baru hegeh3 nak stay-up untuk siapkan.  Paling koman, pagi esok copy and paste jerk from member-member yang hebat3.  Tapi...apabila da meningkat dewasa, makin teruk jugak last minit aku nih.  Paling tak dapat dilupakan masa LI (bukan Lipas Itu, tapi Latihan Industri) di mana setiap pelajar hendaklah menyiapkan laporan Latihan Industri itu.  Tempoh yang diberikan adalah selama 6bulan.  Memang lama la bagi mereka yang buat latihan tak banyak kerja.  Pada aku 6bulan tu la its time to enjoy. hehehh... tak la enjoy tahap gaban sampai pegi clubbing or what, but after balik kerja, mulalah bantal dan tilam seringkali memanggil3 namaku untuk dijamah. Aisehh...cuba p tanya dengan rakyat3 lain..apa mereka buat if jadi macam aku?
Of kos la tiduurrrr...jawapannya...


Ya, aku banyak habiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur. sampailah satu tahap di mana kesuntukan masa jelas terasa apabila lagi semiggu untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain perlu mendaftar semula ke  tempat pengajian.  Wadduh kok, bisa gawaatt...(dia datang lagi) Lepas tu, apa aku buat? tahu pun menggelabah.. call sana sini nak tahu perkembangan budak-budak ni.  "hampa buat takat mana dah..." antara soalan wajib yang ditanya kepada rakan-rakan.  Sebernanya, itu adalah cara bagi menyedapkan hati.  Ya lah, kalau kawan-kawan kata mereka da siap kurang dari aku, tak ke mereka tu teruk jugak? dan if terdapat rakan yang dah siap plak.. huh, mesti la rasa tercabar.  Bila rasa tercabar, baru semangat tu naik.  Ha, kan positif semua itu?

Banyakla postitif, kalau da last minit tu last minit jugak.  Disebabkan terlalu taksub untuk menyiapkan laporan berkenaan, aku tak tidur untuk beberapa malam.  Laporan dengan cara laporan, tak cukup dengan itu, pensyarah pulak dengan rasa bangganya menokok tambah tugasan yang perlu dibuat sepanjang latihan berkenaan.  Terima kasih pensyarah.  Kerana dirimu begitu berharga.  Memang ada hikmahnya.  Selain aku dapat meningkatkan trengkas aku aku juga dapat enjoy cerita3 dari filem untuk dibuat shorthand.

Perkara ini berlarutan sehingga hari aku perlu mendaftar.  Menggelabah gila lah! Mak aku sampai risau tak terkata.  Tapi nasib beliau tidak membebel.  Hal ini kerana beliau bukanlah sejenis yang begitu.  Moga laa..
Paling mendukacitakan, apabila aku seronok-seronok dok print3, paling menggiurkan ink printer habis dengan hebatnya.  Wah! aku lagi tak terurus.  Mak....Prangin Mall bukak tak pukul 6 Pagi ni mak....

Last-last, aku da tak boley fikir.  Otak jem terus dek kerana kurang tidur.  Kepala aku berat.  Lantas aku membuat keputusan untuk menghantar laporan yang mana aku siap.  Xtly, aku siap ja dalam kandungan. cumanya, table-table yang dikehendaki tak sempat nak print kerana ketandusan dakwat.  So, submit ja lah!

Sepanjang perjalanan, aku cover habis-habisan waktu tidur aku. sampai tenganga-nganga.  Penat kot.  Padahal tak lah lari ke mana, cumanya mata aku ni letih banggaatt...kesian kat mereka..
kesimpulannya dari post ini adalah, hindari last minit. anda mampu mengubahnya.