Pages

Friday, 1 June 2012

Uik? Tiba-tiba Final?

Assalammualaikum, Salam 1 Malaysia.

1 June dah hari ni. Tup tap, tup tap, habes semester dan cukuplah tahun pertama untuk pengajian aku. Alhamdulillah. Semakin hari semakin baik. Cuma aku perlukan kekuatan dan daya usaha yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang aku impikan itu. Ya, aku rasa bukan aku sahaja. Tetapi orang lain juga begitu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Anda cari, anda dapat. Anda korek, anda lihat. Jangan telan. hahaha.

Pagi-pagi yang indah ni, tempat aku di-mukadimmah-kan dengan hujan yang lebat.  Jika sebelum ini dirungutnya aku panas sokmo, aku balik kampung, sejuk sokmo.  Syukur padaMu kerana kau berhak menentukan segala.  Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan.  Sepertimana aku rancang dengan Nadiah nak pergi library, nak suruh dia ajar aku akaun versi SPM level, tapi taktau la boleh pi ka dak ni, pasai hujan.  Maka terkontang kantinglah akaun aku jawabnya.  Alternatif lain, aku download nota-nota kat i-learn sampai lebam.

Dalam masa aku dok kelebek kelebek i-learn tu la aku nampak time table Group B. Eh, group aku, cepat cepat klik, klik, klik, cari O.M, cari, cari, tuuuudia! jengoi dah, jengoi dah. Final exam mai bagi salam. "Assalammualaikum pembuka bicara, harap anda sudah siap sedia," aku? sedia dah ka masalahnya? Jap, nak check diri tengok. Hmmm..kesimpulannya harreemmm..~ dok gi pom. Gano nak wak ni? Agok sempak dok? Harap harap sempatlah. Taknaklah aku, bila dah terhantuk baru nak tergadah. Ibarat masuk perempuan masuk tandas lelaki baru nak cari pintu keluar. eh, apa dia hang? Ya lah, sapa suruh tak study simbol laki or perempuan? ha? ha?

This is my time table yang sempat dirakamkan dan dicatit dengan tuntas, pantas, telus, cekap, amanah dan mesra.

abaikan tulisan buruk itu. 

However, chey, however konon, mostly in Julai la kan. Maka banyak lagi masa untuk enjoy dan nak bergalok. PANG!! bagi penampaq tang muka. Hoi, Even lambat lagi, banyak benda aku tak hafal-hafal lagi ni. Aku ni dah jenis menghafal pelik dari orang. Nak kena ingat position, warna, tulisan, benda-benda sekeliling notes tu. Haiyyoo.. mak, cheq ikot perangai sapa mak..?

Cepat or lambat itu belakang kira, yang penting persediaan kan? Tapi kadang kadang, aku ni memang last minute. Well, kata orang, last minute paling masuk bila belajar. Is that true? Ya, maybe, ya, ya, (-.-"). Aku pun tak pasti. Mungkin, lain orang lain cara.

By the way, oh, by the way pulak, I hope, I will do better than last semester if I want to achieve my goal and objective.  Aiseh dah macam konsep organization principle pulak dah.

That is why I said, Pulun Faznim Pulun. =P

No comments: