Dilemma.
Compose on Sunday-10/6/2012
Assalammualaikum.
Sejuk betul malam ni.
Seindah sakura dibuatnya. Eh, besok sambungan cerita tu lah. Tak sabaq
betoi nak tengok apa jadi kat anida dan shaqira. Cerita tu la yang dok buat aku
lagha selama ni.
Tergelak pulak aku sorang sorang bila tadi aku dan geng aku
buat oral Q&A bahasa arab, last
sekali. Mana tak-nya. Kelas pukul 2 petang, sesuka hati kami dok
nak pi ngubah kepada 4petang. Memang
hebat sangat lah kan. Hari ni kelas
record batal, atas sebab apa pun tak dapat dikenal pasti. Cadangnya memang akan ada quiz hari ni. Moga jugak sir takdak pun. Dah nak pecah otak aku study akaun malam
sampai pagi, alih alih keluar ciput.
“Andai ku tahu….”. Tak apa ada
hikmahnya jugak. Sebab, save time aku untuk hadapi test akaun sekali lagi. Ada satu lagi. Berbalik kepada cerita oral arab, kelas habis
pukul 1. Selalunya pukul 12, dan direct
sambung dengan record class. Firasat
kuat menyatakan kelas pukul 4. Sedangkan
timetable ada ja tergantung dan tersemat bersama kad pelajar. Malas cikadak nak membaca, tu yang sendiri
buat time kelas. Akhirnya, baru tersedar
setelah melihat jadual besar gedabak aku tempek kat bilik. Makk oi.
Kelas pukul 2 lah! Masa dok bincang dengan member aku dah pukul 3. Gila gelabah! Hahaha. Alhamdulilllah, aku
dapat jawab ke-5 5 soalan. Walaupun
ustaz komen, “awak boleh, tapi, awak kena focus lagi.” Owh, tersentap di
jiwa. Aku jawab apa yang aku faham ja. Ustaz pun sempat tanya, “Sekolah mana dulu”
aku pun….takkan nak ngaku sekolah arab dulu? Memang tak la. Sebab tak
poon.. Saya ni sekolah teknik ja ustaz..
ada basic arab time sekolah rendah ja. Dulu dulu boleh la, tanya maksud anggota
badan, alat tulis, barang dalam kelas, now, siap ayat, essay bagai. Ok, aku redha. Dah, apa yang aku dilemma
sebenarnya? (Intro kemain tak dak kena mengena)
It is about my future.
Dulu masa kecik kecik, selalu jugak aku tulis biodata. You know zaman kegemilangan biodata suatu
ketika dahulu? WAJIB ada. Tak kira lah,
orang mintak, aku buat sendiri. Dan aku
percaya, nak mengorat zaman dulu pun memerlukan biodata. Haruslah tukar antara satu sama lain. Taklah macam sekarang, tukar no. hempon,
tukar email, nak maju skit, bokmai hang punya nama akaun pesbuk atau twitter
dan sebagainya. Eh, selalu sangat aku
terpesong. Ok, Ok, sila balik ke landasan boleh tak? Sebenarnya nak habaq,
mostly aku tak lekang di tangan untuk menulis perkara wajib contohnya,
cita-cita. Lebih kurang macamni lah,
CITA-CITA:Guru. Yes. Ini adalah
cita-cita aku sebenarnya. Apakan
daya. Rezeki mungkin tak menyebelahi
aku. Maktab pun tak pandang aku. Lagi
pulak Upsi? Huh. Tapi aku redha.
Berbaloi sangatla. Result koman, haruslah dilayan koman.
Namun, berkat kesabaran, aku dah di bidang pengajian
ijazah. Itu pun selepas aku tamat
diploma di bidang kesetiausahaan. Mai
mana jadi orang pejabat pun tak tau.
Sebab tak sama pun dengan cita-cita aku nak jadi cikgu. Hm, mungkin siapa tahu aku jadi cikgu
pengurusan pejabat kan? Amiinn..~
Teringat zaman dulu, aku suka curi kapur kat sekolah. Bawak balik rumah, main cikgu-cikgu depan
rumah. Tak depan rumah, dalam rumah.
Aku lah jadi cikgu. Anak jiran aku jadi anak murid. Adalah dalam dua
orang. Hari hari ajar Bahasa Malaysia. Favorite kot.
Hari hari ajar suku kata. Haha. Padan muka. Dah itu ja senang nak diajar. Kalau kat rumah best sikit. Aku nanti sarung kasut tumit tinggi akak
sulung aku. Ketuk, Ketak, ketuk, ketak. But, tak sangka, aku akan pakai kasut ketuk, ketak, ketuk, ketak, bukan untuk jadi
cikgu, tapi untuk Pengurusan Pejabat.
Pejabat? Aku minat selepas bosan
pulak main cikgu cikgu. Aku selalu jadi
pembantu la. Ala ala setiausaha. Dulu
mana tau istilah setiausaha, tahu panggil, penolong ja. Penolong bos. Anak jiran aku lagi jadi mangsa. Hahaha.
Aku patutnya bersyukur atas peluang yang dikurniakan
olehNya. Aku sempat bekerja di pejabat
sebelum menyambungkan pelajaran untuk timba pengalaman. Aku dapat menimba ilmu pejabat yang kadang
kala relate dengan situasi pembelajaran aku.
Tapi, dilemma lah pulak. Punya
berjela aku taip, baru sekarang nak cerita pasal apa yang aku dilemma. Hahaha.
Lantaklah.
Sebenarnya, aku baru dapat tawaran interview SPA yang telah
dimaklumkan oleh kakak aku. Di
Kementerian Kesihatan sebagai Pembantu Tadbir Pejabat N17.kot? Tapi, aku sedang belajar sekarang ni. Kata orang, pergi ja interview tu, untuk
timba pengalaman interview dengan pihak kerajaan. Dapat tak dapat belakang kira. Tapi tu lah.
Aku tak lah mementingkan gred, pangkat, jawatan, nak pulak gaji, tapi
aku fikir sebab kerajaan. Herankah anda
kepada kerajaan? Cumanya, aku pun tak
pasti. Nak balik pergi interview pulak,
20hb, aku ada quiz. Interview 21hb. Sempat pulak aku? Atau itu adalah petunjuk
untuk aku tak perlu menghadiri temuduga itu? Patutkah? Patutkah? Aku fikir sebab ianya sector kerajaan.. it is
not easy nak dapat panggilan dari sector kerajaan ni. Liat kot.
Nak, nak pulak dia buat gila beku jawatan 3,4 tahun. Hmmm… Ya Allah… Semoga aku diberi petunjuk. Aminn..~
Tu ja dilemma aku.
Selalu buat teruk.
=P