Lama sungguh tidak ku update blog ini. Hahaha. Gelak sakan. Aku bz lah. Bz yang teramat. Ala, cakap ja la pemalas. Kan senang. A'aah. Memang pun. Plus sakit hati sebab payah nak dapat line internet yang berkualiti kat sini. Even balik rumah pun, tak dak masa pulak nak update sangat. Ada ja aktiviti-aktiviti yang nak buat. Makanya, memang sebulan sekali akan aku update? dua bulan? atau pun tak lama lagi setahun sekali? Aku pun tak tau apa yang aku buat. Sampai diary aku pun kadang-kadang tak tertulis. Bila dah seminggu kotak kosong, mula lah dok recall apa yang berlaku before this. Tak ka jenoohh..~
Okey, pada bulan Oktober yang lalu kan, buat pertama kalinya bagi semester 3, Uitm buat aktiviti untuk pelajar ijazah. WeeehUuu. Seronok sangat. Sebab selalu budak diploma ja. Lecturer selalu kata pelajar ijazah di anak tiri kan dalam uitm ni. Finneee~. Tapi memang pun weh. Gerai makan, cafe pun komplot tak nak bukak sebab diploma dah takdak. Perrgghh..fikir diploma ja makan. Habis student ijazah ni? Tak payah makan? Sebenarnya aku tak salahkan pun diploma, tapi orang-orang kat sini ni ha. Nakk untunggg ja hidup ni. Boleh berniaga pun sebab budak diploma ramai. Tak nak berniaga sebab budak ijazah sedikit. Unfair! hahaha. Ok, bising ja aku. Takdak orang pun nak peduli aihhh~
Ok, back to the story. Pada 4 hingga 6 Oktober 2012, Program OPKIM telah dilaksanakan di Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan. OPKIM. what is OPKIM? OPKIM adalah sejenis kuih. Oh, tidak sama sekali. OPKIM stand for Operasi Khidmat Masyarakat. So, disebabkan khidmat masyarakat, matlamat utama program ini adalah bagi memastikan di kampung Baroh Pial ini terdapat seorang mahasiswa setiap rumah. Makanya, dua orang student akan dijadikan anak angkat di setiap rumah. Aku bersyukur sangat aku dapat kawan sekelas. Memang takdir dan nasib aku la. Semua kawan aku jeles kot. Depa dapat kawan berlainan course. For me, itu lah yang terbaik kan? Boleh berkenalan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, semua benda ada pro-cont dia. Macam aku, mungkin semua orang cemburu sebab aku dapat kawan sekelas then senang lah nak berkomunikasi dalam segala apa jua hal. Tapi tak berkembang lah sebab aku tak kenal budak course lain. Bagi kawan aku, dia rasa mungkin sukar sebab tak kenal dan kebarangkalian untuk berdengki dan bergaduh tu adalah sangat tinggi. Buktinya, di akhir program, kawan aku dah mengadu itu ini. Pada aku, pandai jaga hubungan, insyaAllah, takdak hal punya lahh~
berkumpul di Medan Ilmu |
aku dan Suhana. (sesekali orang kata, muka aku sama ngn dia) |
Nampak ja kecik. tapi aku tambah dua kali ok. Sedak boohh~ |
Selesai makan tengahari dan Solat Zohor, kami menunggu kehadiran para ibu bapa angkat. Addduuii...sapalah bapak angkat aku ek? Hemsem tak? Kacak tak? Hahaha! Semua tu tak penting lah. Kami sebenarnya tak tau pun sapa mak ayah angkat kami. Masa dimaklumkan pun, hanya tahu nama sahaja. Student dipanggil satu persatu bersama nama mak ayah angkat masing-masing. Aku dan kawan aku Izzati, terus menunggu. Sampailah tiba giliran keluarga bernombor 29. "NURFAZNIM dan NURUL IZZATI bersama ayahnda mereka EN.SAKRI BIN IBRAHIM." Tapi tak nampak pun lelaki. Nampak perempuan. Mungkin isteri dia? Syak aku. Kalau tu isteri dia, makna kata dia mak kami! Mak! Mak! hahaha. Aku pun berjumpa dengan dia dan salam. Dengan terketaq-ketaq tak sabaq, soalan utama aku nak tanya adalah "er...nak panggil apa eh?" wanita itu pun menjawab, "Panggil Ma." Padahal kan, tak sesuai langsung Ma weh. Sesuai panggil kak sahaja. Muda kot. Tanya lagi, Ma anak dah berapa orang? Sebab aku tengok dia sedang mendukung anak kecik yang comel sangat. yang teman Ma datang sekolah ada dua orang lelaki. Alang dan haziqMa jawab, "termasuk awok duo, 9 ore lah" sambil ketawa. Tapi dalam hati aku. Maaaa aih! Ramainya. Muka muda. Mesti kawin muda. Nak tanya lagi sebenarnya. Tapi, nanti lah. Bila dah kamcing-kamcing esok nanti.
Perjalanan kami tetap diiringi dengan hujan yang sedikit lebat. Tak pa. Hujan rahmat mungkin. Pada pandangan aku, Ma ni aktif, peramah. Al-maklumlah, muda lagi kan. Jarak rumah dengan sekolah tadi pun tak jauh sangat. 5minit mungkin. Sesampainya kat rumah, Ma kata, dok bilik Angah eh, Ma nak pegi amik Achik. Aku dengan zati pun. Okeyy Ma... Berkenalan dengan Angah. Angah malu-malu pulakk..
Aktiviti kami bermula dengan Malam Barbeku. Pihak kampung bakar ayam dan buat bihun goreng. Kami sental ja. Lapaqq kot.. Lepas tu dapat baju untuk mak dan ayah angkat pakai masa majlis penutup.
see? kan aku dah kata. Lapaq kott. Tak pandang dah. |
Di sebabkan mak dan ayah angkat aku bz, so, depa tak dapat join pun event malam tuh. Aku datang dengan Zati, Angah dan Alang. Kawan-kawan lain semua datang dengan mak ayah. Hahaha. Sebenarnya Ma sibuk nak buat persiapan Majlis Kesyukuran dan sembahyang hajat untuk Angah besoknya. Angah nak amik PMR tahun ni. So, aku dan Zati pun sebenarnya dalam dilemma. Mana lagi penting. Nak ikut aturcara program ka..or aturcara Ma? Hmm...
to be continue...