Pages

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan tiba lagi

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Bertemu lagi Ramadhan 2012..

Oleh itu..



jangan ponteng tau!

Sapa puasa penuh, dapat duit raya!

=)

Friday, 6 July 2012

Tak Menyabar

Assalammualaikum =)

Sesungguhnya tidak dapat lagi ku membohongi diri ini tatkala penghabisan exam yang cuma tinggal dua ketul paper. Yehhhaaaa! Oit. Orang tua kata jangan dok seronok sangat. Nanti besok besok ni sedih. Ok, ok, tak mau seronok. Dah, nak apa? Tak yah buat apa. Cool ja ok? Nak cool macam na?

Baru ni kan, aku bosan bosan, main la satu game ni, nama dia Challenge Your Brain. Perggh. Tajuk game tak boleh blah. Macam gah ja. Ni pun aku rembat software dari housemate aku yang celik IT terlebih. Suruh dia sumbat dalam external aku. Bila tahap bosan, baru aku sedar, eh, aku ada external rupanya. Sebabnya, aku sendiri tak tahu function aku beli. Tau tak, aku jawab lah segala jenis peringkat soalan. Persepsi aku pada mulanya, macam cuak ja nak try. Apahal nak cuak? Tak pasai.  Rupanya dia ada macam-macam jenis test..dan aku pun buat la ujian tahap Stress aku. So, adala soalan tumpuan, soalan turutan, logik, pandangan, dan ni result dia,


jangan dekat, jangan dekat, gua hot kot
95 darjah selsius. Apa boleh buat. Dia detect aku tengah tension sekarang. Ye la tu. Padahal aku tengah happy nak balik. Tapi, memang pun, time exam la paling tension yang nak kena hadap. Nak, tak nak, semua kena lalui. Fikir satu ja. Matlamat. Apa matlamat kau belajar kalau semua cabaran hidup kau taknak tempuh.  So, ignore la yang lain-lain. Even ada yang cuba down kan kita, tapi kita mesti bangga la sebab kita dok ada atas dia. Hahaha. Apa gelak gelak. Orang tua kata menangis sat la gi. Ok, Ok..

Semangat tau, tengok ni. Aku exited nak tanda lagi dua ketoi bulat tu. Dah kenapa macam ada mega sale dekat ACC418 tu?  Hm, actually, aku takut subjek tu. Aku rasa macam zaman aku dok politeknik dulu. Ingat kursus setiausaha tak dak akaun. Last-last jengoi jugak akaun. Baru nak pesta. Datang degree pun ada akaun lagi. Hm.. tak pa lah. aku cuba sedaya mampu. Nak seribu daya kan? Taknak macam macam kau dalih. Insya Allah..


Baru ni aku frust dengan subject OSM456. Tak semua kita impikan memperolehi indah indah belaka. Aku minat subjek tu. Tapi bila di saat akhir mesti aku jadi tingtong. Hm, apa apa pun, aku dah redha atas ketentuan ini. Lepas ni tunggu result ja lah. Tawakal. Janji aku dah buat yang terbaik..kan? kan?


muka poyo kat dalam dewan lepas jawab exam record. bajet lega la. 

Ok lah, gelabah pulak nak tengok carrymark subject lecturer kesayangan. Hope baik-baik belaka.

Salam.


(NAK BALIK.....! homesick jap)

Friday, 15 June 2012

Semoga ada hikmah disebaliknya.


Dilemma.

Compose on Sunday-10/6/2012

Assalammualaikum.
Sejuk betul malam ni.  Seindah sakura dibuatnya. Eh, besok sambungan cerita tu lah. Tak sabaq betoi nak tengok apa jadi kat anida dan shaqira. Cerita tu la yang dok buat aku lagha selama ni. 

Tergelak pulak aku sorang sorang bila tadi aku dan geng aku buat oral Q&A  bahasa arab, last sekali.  Mana tak-nya.  Kelas pukul 2 petang, sesuka hati kami dok nak pi ngubah kepada 4petang.  Memang hebat sangat lah kan.  Hari ni kelas record batal, atas sebab apa pun tak dapat dikenal pasti.  Cadangnya memang akan ada quiz hari ni.  Moga jugak sir takdak pun.  Dah nak pecah otak aku study akaun malam sampai pagi, alih alih keluar ciput.  “Andai ku tahu….”.  Tak apa ada hikmahnya jugak. Sebab, save time aku untuk hadapi test akaun sekali lagi.  Ada satu lagi.  Berbalik kepada cerita oral arab, kelas habis pukul 1.  Selalunya pukul 12, dan direct sambung dengan record class.  Firasat kuat menyatakan kelas pukul 4.  Sedangkan timetable ada ja tergantung dan tersemat bersama kad pelajar.  Malas cikadak nak membaca, tu yang sendiri buat time kelas.  Akhirnya, baru tersedar setelah melihat jadual besar gedabak aku tempek kat bilik.  Makk oi.  Kelas pukul 2 lah! Masa dok bincang dengan member aku dah pukul 3.  Gila gelabah! Hahaha. Alhamdulilllah, aku dapat jawab ke-5 5 soalan.  Walaupun ustaz komen, “awak boleh, tapi, awak kena focus lagi.” Owh, tersentap di jiwa.  Aku jawab apa yang aku faham ja.  Ustaz pun sempat tanya, “Sekolah mana dulu” aku pun….takkan nak ngaku sekolah arab dulu? Memang tak la. Sebab tak poon..  Saya ni sekolah teknik ja ustaz.. ada basic arab time sekolah rendah ja. Dulu dulu boleh la, tanya maksud anggota badan, alat tulis, barang dalam kelas, now, siap ayat, essay bagai.  Ok, aku redha. Dah, apa yang aku dilemma sebenarnya? (Intro kemain tak dak kena mengena)

It is about my future.  Dulu masa kecik kecik, selalu jugak aku tulis biodata.  You know zaman kegemilangan biodata suatu ketika dahulu? WAJIB ada.  Tak kira lah, orang mintak, aku buat sendiri.  Dan aku percaya, nak mengorat zaman dulu pun memerlukan biodata.  Haruslah tukar antara satu sama lain.  Taklah macam sekarang, tukar no. hempon, tukar email, nak maju skit, bokmai hang punya nama akaun pesbuk atau twitter dan sebagainya.  Eh, selalu sangat aku terpesong. Ok, Ok, sila balik ke landasan boleh tak? Sebenarnya nak habaq, mostly aku tak lekang di tangan untuk menulis perkara wajib contohnya, cita-cita.  Lebih kurang macamni lah, CITA-CITA:Guru.  Yes. Ini adalah cita-cita aku sebenarnya.   Apakan daya.  Rezeki mungkin tak menyebelahi aku.  Maktab pun tak pandang aku. Lagi pulak Upsi? Huh.  Tapi aku redha. Berbaloi sangatla. Result koman, haruslah dilayan koman. 

Namun, berkat kesabaran, aku dah di bidang pengajian ijazah.  Itu pun selepas aku tamat diploma di bidang kesetiausahaan.  Mai mana jadi orang pejabat pun tak tau.  Sebab tak sama pun dengan cita-cita aku nak jadi cikgu.  Hm, mungkin siapa tahu aku jadi cikgu pengurusan pejabat kan? Amiinn..~  Teringat zaman dulu, aku suka curi kapur kat sekolah.  Bawak balik rumah, main cikgu-cikgu depan rumah. Tak depan rumah, dalam rumah.   Aku lah jadi cikgu. Anak jiran aku jadi anak murid. Adalah dalam dua orang.  Hari hari ajar Bahasa Malaysia.  Favorite kot.  Hari hari ajar suku kata. Haha. Padan muka.  Dah itu ja senang nak diajar.   Kalau kat rumah best sikit.  Aku nanti sarung kasut tumit tinggi akak sulung aku.  Ketuk, Ketak, ketuk, ketak.  But, tak sangka, aku akan pakai kasut  ketuk, ketak, ketuk, ketak, bukan untuk jadi cikgu, tapi untuk Pengurusan Pejabat.  Pejabat? Aku minat selepas  bosan pulak main cikgu cikgu.  Aku selalu jadi pembantu la.  Ala ala setiausaha. Dulu mana tau istilah setiausaha, tahu panggil, penolong ja. Penolong bos.  Anak jiran aku lagi jadi mangsa. Hahaha.

Aku patutnya bersyukur atas peluang yang dikurniakan olehNya.  Aku sempat bekerja di pejabat sebelum menyambungkan pelajaran untuk timba pengalaman.  Aku dapat menimba ilmu pejabat yang kadang kala relate dengan situasi pembelajaran aku.  Tapi, dilemma lah pulak.  Punya berjela aku taip, baru sekarang nak cerita pasal apa yang aku dilemma. Hahaha. Lantaklah. 

Sebenarnya, aku baru dapat tawaran interview SPA yang telah dimaklumkan oleh kakak aku.  Di Kementerian Kesihatan sebagai Pembantu Tadbir Pejabat N17.kot?  Tapi, aku sedang belajar sekarang ni.   Kata orang, pergi ja interview tu, untuk timba pengalaman interview dengan pihak kerajaan.  Dapat tak dapat belakang kira.  Tapi tu lah.  Aku tak lah mementingkan gred, pangkat, jawatan, nak pulak gaji, tapi aku fikir sebab kerajaan.  Herankah anda kepada kerajaan?  Cumanya, aku pun tak pasti.   Nak balik pergi interview pulak, 20hb, aku ada quiz.  Interview 21hb.  Sempat pulak aku? Atau itu adalah petunjuk untuk aku tak perlu menghadiri temuduga itu? Patutkah? Patutkah?  Aku fikir sebab ianya sector kerajaan.. it is not easy nak dapat panggilan dari sector kerajaan ni.  Liat kot.  Nak, nak pulak dia buat gila beku jawatan 3,4 tahun.  Hmmm… Ya Allah…  Semoga aku diberi petunjuk.  Aminn..~

Tu ja dilemma aku.  Selalu buat teruk.

=P