Pages

Sunday, 28 August 2011

Wei, bangun-bangun. Sahur..!

Assalammualaikum.

Hmm, apa punya tuurr. Orang cerita pengalaman puasa time awal-awal Ramadhan. Tapi aku baru terhegeh nak kongsi di saat Ramadhan nak berakhir. Wahaha. Tak pa lah. Apapun, yang pasti, dan hakiki lagi bersih dan murni, aku takkan melupakan kenangan pahit (orang kedah piau panggil Peit) ni dalam benak mahupun sanubariku. Aiseh. Ayat memang tak boleh pergi.

Okey. Macam teruk sangat peristiwa tu kan? Hey, Of course! Sangat teruk. Mula-mula bila dikenangkan memang geram sangat yang ammmmmaat..! ( Huruf M ditekan kan bagi menunjukkan kata penegasan) Tapi..bila dah lama-lama macam ni..rasa lawak pun ada. Bila ingat, pakat gelak ramai-ramai. Espeacially kakak-kakak aku yang ting-tong sesangat. Geram Gila!

Bilakah peristiwa itu berlaku?
Tak ingat bilakah. Tapi yang pasti Ramadhan tahun 2010. Ketika itu aku sedang menjalani Latihan Industri di Semester ketiga. Biasalah, nama pun Latihan Industri, mestilah dilatih kaw-kaw punya. Lagi-lagi bidang Kesetiausahaan ni. Nampak ja senang. Tapi hakikat...Meh ceburi sendiri. Baru rasa. Hahaha.

Pada suatu malam, aku dengan kakak kedua aku pegi shopping ke Sunshine untuk membeli keperluan-keperluan rumah. Dalam masa yang sama, aku teringin sangat nak makan Stik Ayam yang di 'steam'. Sedap woh! Sebab mengingatkan aku kepada kenangan bekerja sebagai promoter yang curi-curi makan stik ayam ni dalam stor. Tapi aku beli mentah punya la. Sebab konon nak steam kat rumah ja. Well, nak buat makan sahur. Terasa macam omputeh aa sket.

Bila dah beli-beli, simpanlah di dalam peti ais.. Manusia ni bila kita dah 'mind set' sesuatu mesti dia akan sedaya upaya laksanakan. Betul tak? Betul tak? Pada pendapat aku la. Sebab, apa yang terjadi pada aku ni akibat aku dah setting siap-siap dalam kepala aa ni. Ntah macam mana boley pulak aku tidoq awal. Letih kot.  Maklumlah. Pelajar practicle. Penat ja memanjang.

Tatkala dibuai mimpi-mimpi yang indah, kakak aku yang nombor empat ni kejutkan aku. Lebih kurang camni lah dialog beliau,

"Wei, bangun-bangun..!! Souq-souq! (sahur la, utaqa piau punya mai)"


"Hah? Souq?? Ha, ha, Ok-ok." aku membalas dengan berkeadaan kusut dan masainya.

Memandangkan aku tidur katil bahagian atas, (katil dua tingkat) aku pun bergegas turun dari katil, segera membuat persediaan apa yang patut untuk memasak stick ayam yang dibeli sebentar tadi.

Bukak peti ais, sediakan periuk, isi air dalam periuk, panaskan api, (semua ini berlaku dengan pantas sebab aku rasa macam aku dah lewat bangun.) dan segala-gala dengan muka tak cuci, gigi tak gosok. Semua ni gara-gara exited yang melampau.

Kebetulan, kakak aku yang nombor dua ni, tak tidur lagi. Then dia cakap, 


"Anim, nanti nak tidoq tutup semua-semua ya?"


Aku dengan hairannya mula terfikir, kakak aku dah nak masuk tidur dah ka? Lalu aku pun bertanya,

"Kak Ma nak masuk tidoq? Kak Ma tak souq ka?"


Dia mengerutkan dahi dan kening dan apa yang ada. Haha. Pas tu dia jawab,


"Hah? souq apa nim, baru pukoi 1.30 pagi..mamun ka pa hang ni?"


Aku pun pergi ke ruang tamu dan pegi usya rapat-rapat dekat jam dinding. Biasalah. Rabun jauh. Apa pun tak jelas. Alangkah pilunya hati ini memang baru 1.30 pagi!!!!. 


Perggghhh! Memang panas ja hati aku ni. Habis terkeluar kata-kata kurang sopan yang dilontarkan oleh aku untuk kakak aku nombor 4. Dia dengan bahagianya gelakkan aku. Kukik-kukik-kukik dalam bilik. Memang rasa teraniaya aa jugak. Aku dengan bersemangat gila. Aku pulak kalau jenis orang kejut sentuh badan, terus bangun. Dan masa tu, aku tidur pun terasa bagai dah lama aku tidur. Padahal... Eee. Bengang gila dengan kakak aku masa tu.

Lepas tu, aku qabat panjat katil semula. Dengan tak semena-menanya..aku menangis.. ='(   waaaa. Lemah siot aku. Tapi memang aa. Terasa sangat bagai dipermainkan. Kejam. Waaaa....!!!!! Nangis adalah salah satu cara aku melepaskan apa yang aku tak puas hati. Nangis-nangis dan tertidur..sampailah ke waktu souq yang betul-betul punya.

Mula-mula aku macam taknak cakap dengan kakak keempat aku ni. Tanya sepatah, jawab sepatah. Nak tengok muka? Lagi la. Masih hot-hot lagi nih. Tapi orang kata, air dicincang takkan putus kan? Then, aku pun cakap-cakap balik dengan dia. Sebab apa? sebab aku dok p kerja dengan dia. Hahahaha.

Okeylah. Kesimpulannya, jangan terlebih exited. Nanti makan diri. hahaha. Merepek ja. Kalau nak exited tu boleh. jangan bagitau dekat orang. Nanti malu ja bila apa yang kita exited tu tak menjadi. Kan? kan?


p/s: Sebenarnya kan, kakak keempat aku cakap, dia dengki tengok aku tidor awal. sebab tu dia buat macam tu. Hampeh betol.









Saturday, 27 August 2011

Duit raya awal

Assalammualaikum.

Petang selepas rehat tadi, sedang buat-buat sibuk mengadap komputer, tiba-tiba satu suara 'deheman' jelas kedengaran. Deheman tau deheman? EkkHEm! ha, tu la. berdehem..

Hahaha. cepat-cepat minimize segala apa yang patut. Kalau tak, kantoi ooO..eh, eh, siapa dia yang aku dok buat kalot malot sangat ni? owh, dia la DR. AZZYtuutt.. hehehe. (bukan nama sebenar) Dr aku senang ja nak detect if dia brada di mana-mana. Sekali dia berdehem. Tau dah dimana destinasi yang beliau berada. (eh, aku ni dalam kategori mengumpat kah? tak kan? tak kan? anggaplah konon-konon info.)

Dalam kesibukan yang bajet melampau, dia datang ke arah aku.
"Anim, nah duit raya. Selamat Hari Raya ye"
hahaha. kaget di situ. Apa yang pasti sampai aku terlupa nak bersalaman dengannya. Maklumlah, orang pertama terima ampau. Mak aku panggil enbelep. (edit dari omputih punya sebutan envelope).
Syukur tak terkira. Even tak seberapa, lepas la cover balik aku shooping waktu rehat tadi. hehehe.
Yang penting Ikhlas. kan doktor kan? kan? Terima Kasih Dokter. =)
Serbu bilik dia. Then salam jugak tau. Kalau tak, kat rumah nanti tak tenteram. Padan Muka.

Next, enbelep kedua from Sister. Sister stand for Ketua Jururawat Kesihatan. Dia datang-datang dan terus bersalaman, dan terang-terangan dan eh, eh, sebenarnya tanpa enbelep pun. Style selop-selop poket, yang mana ada, itu lah. Haha. Walaubagaimanapun, terima kasih...

WAaa.. agak tergaru disitu. Da kerja pun ada lagi orang nak bagi duit raya. Hahaha. Well, umur baru
 19 Tahun 8Bulan kan? Still belasan kan? Mana sampai puluh-puluh lagi. Hahaha. Dengan fizikal aku yang macam budak-budak pulak, if aku pegi rumah ke rumah kutip duit raya pun orang maybe akan percaya kot? Tp akan kantoi jugak coz, mane ade budak tumbuh jerawat di usia muda? hahaha. Mampuih. Nak kelentong apa? Hahaha.


SEDIH RAMADHAN DAH NAK BERLALU PERGI.
GEMBIRA SEBAB AIDILFITRI MENJELMA.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Friday, 26 August 2011

Kecewa Hati Ini


Assalammualaikum.

Perggghhh...(ui, tadi macam bajet sopan) agak janggal la. tp peduli apa aku. rumah baru wei. follower suma hilang. tp takpa. 20 ketoi ja pun. kalau puluh3 ribu bagai blogger feymes yang lain, memang menangis aa kot? yang penting post3 aku selama ni masih selamat. jenuh menaip woh. hahaha.

Eee. macam suci je an? putih bersih, gebu-gebu lagi ni. ntah la. Masalah apa pun aku tak tau blog aku b4 this. da pelbagai cara aku mencubanya. namun, apa kan daya, masa tak akan kembali..hancur musnahlah..semuanyaa...
Tapi aku redha je lah. ada hikmah di sebalik semua ini.

Okeylah. malas nak tulis panjang-panjang. Tengah frust ni. isk, isk.

='(