Pages

Friday, 21 February 2014

The Change Management (HRM 551)

Assalammualaikum,

Di pagi yang gelap, kini sudah terang,

Aku telah membuat sedikit penambahbaikkan terhadap blog yang kian usang lagi bersawang. 
(Aku rasa sama ja. Cuma design lebih simple dari sebelum ni yang serabut mabut)

Since this is semester break, ditambah pula dengan bakal internship tidak lama lagi, aku harap dapat mengemas kini blog sebagai mengisi masa lapang.

Ok. masa lapang lah sangat. 

Thesis kau? Tak payah fikir ke?

Portfolio organisasi lagi.

Ahaaahaahaa (gelak tak berapa nak ikhlas)

Itu belakang cerita. Masa buntu tengah siapkan, bolehlah update blog. 

Tidak peduli sama ada yang membaca ataupun tidak. 

As long you can release apa yang kau rasa.




By the way, good luck for next week!

Friday, 21 June 2013

Gila Lama Tak Update. Nak update apa ni?

Assalammualaikum =)

Sekian lama tak update. Bukannya malas. Bukan tak rajin. Bukan tiada masa. Tapi, tapi, tapi. Entahlah.



Ya. Stress. Bila stress, aku mengantuk. Bila mengantuk, aku tidoq. Bila aku tidoq, apa pun aku tak buat. Bila apa pun tak buat, aku stress. Bila aku stress, (sila ulang yang atas semula)




*final dok keloi mai dah. minggu depan.

Saturday, 5 January 2013

Student Life kah?


Assalammualaikum

Tudia. Tiba-tiba update pasal exam. 

Lantak lah.
Yang pasti, macamni lah keadaan aku tatkala exam.





1) Malas dah nak pasang cadar sebab aku ni jenis tak reti tutup balik penutup pen. Nanti lekat kat cadar.

2) Rela berselerak sebab entah. kadang-kadang nampak cantik.

3) Atas katil sebab tiap kali hafal aku baring, bila baring aku pejam, bila pejam aku mimpi terussss...~

4) Barang jadi banyak sebab nota yang bukan subjek sepatutnya aku letak sekali. Bosan baca lain, bosan baca lain. Mana tak huru hara otak aku.

5) Aku tidoq dengan meja-meja ni sekali. 


Macam mana pun kita belajar, itu terpulang. 

Jangan study hard, study smart. 

Masing-masing ada keupayaan, masing-masing ada kemampuan. 

Man jadda wa jadda. siapa yang berusaha pasti berjaya. 

*goodluck to me*

Tuesday, 13 November 2012

Anak Angkat - OPKIM - Part 1

Assalammualaikum.

Lama sungguh tidak ku update blog ini. Hahaha. Gelak sakan. Aku bz lah. Bz yang teramat.  Ala, cakap ja la pemalas. Kan senang. A'aah. Memang pun. Plus sakit hati sebab payah nak dapat line internet yang berkualiti kat sini.  Even balik rumah pun, tak dak masa pulak nak update sangat. Ada ja aktiviti-aktiviti yang nak buat. Makanya, memang sebulan sekali akan aku update? dua bulan? atau pun tak lama lagi setahun sekali? Aku pun tak tau apa yang aku buat. Sampai diary aku pun kadang-kadang tak tertulis.  Bila dah seminggu kotak kosong, mula lah dok recall apa yang berlaku before this.  Tak ka jenoohh..~

Okey, pada bulan Oktober yang lalu kan, buat pertama kalinya bagi semester 3, Uitm buat aktiviti untuk pelajar ijazah. WeeehUuu. Seronok sangat. Sebab selalu budak diploma ja. Lecturer selalu kata pelajar ijazah di anak tiri kan dalam uitm ni. Finneee~. Tapi memang pun weh. Gerai makan, cafe pun komplot tak nak bukak sebab diploma dah takdak. Perrgghh..fikir diploma ja makan. Habis student ijazah ni? Tak payah makan? Sebenarnya aku tak salahkan pun diploma, tapi orang-orang kat sini ni ha. Nakk untunggg ja hidup ni. Boleh berniaga pun sebab budak diploma ramai.  Tak nak berniaga sebab budak ijazah sedikit. Unfair! hahaha. Ok, bising ja aku. Takdak orang pun nak peduli aihhh~

Ok, back to the story.  Pada 4 hingga 6 Oktober 2012, Program OPKIM telah dilaksanakan di Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan. OPKIM. what is OPKIM? OPKIM adalah sejenis kuih. Oh, tidak sama sekali. OPKIM stand for Operasi Khidmat Masyarakat.  So, disebabkan khidmat masyarakat, matlamat utama program ini adalah bagi memastikan di kampung Baroh Pial ini terdapat seorang mahasiswa setiap rumah.  Makanya, dua orang student akan dijadikan anak angkat di setiap rumah.  Aku bersyukur sangat aku dapat kawan sekelas. Memang takdir dan nasib aku la. Semua kawan aku jeles kot.  Depa dapat kawan berlainan course.  For me, itu lah yang terbaik kan? Boleh berkenalan antara satu sama lain.  Walaubagaimanapun, semua benda ada pro-cont dia. Macam aku, mungkin semua orang cemburu sebab aku dapat kawan sekelas then senang lah nak berkomunikasi dalam segala apa jua hal. Tapi tak berkembang lah sebab aku tak kenal budak course lain.  Bagi kawan aku, dia rasa mungkin sukar sebab tak kenal dan kebarangkalian untuk berdengki dan bergaduh tu adalah sangat tinggi.  Buktinya, di akhir program, kawan aku dah mengadu itu ini. Pada aku, pandai jaga hubungan, insyaAllah, takdak hal punya lahh~


berkumpul di Medan Ilmu
We all bertolak pada pukul 12 tengahari.  After jawab kuiz 1 Organizational Behavior, terus standby kat Medan Ilmu.  Perasaan bercampur baur sebab macam-macam persepsi mengenai program ni.  Ada yang kata nanti duduk dengan family yang susah..tandas kat luar..hahaha. Standard la, itu baru kampung yang sebenar.  Dalam bus, aku duduk dengan Suhana. My bestfriend.  Naik bus, 15minit kemudian terus terlelap. Sebab aku rasa letih gila.  Bajet study habisan untuk kuiz. Alih-alih 3 soalan ja. Sabar..

aku dan Suhana. (sesekali orang kata, muka aku sama ngn dia)
Kami sampai Kampung Baroh Pial pada pukul 1 tengahari nak ke pukul 2petang macam tu lah. Berkumpul kat Sekolah Kebangsaan Baroh Pial.  Tak lah jauh mana pun dengan Machang. Sekurangnya sempat la jugak nak bermimpi. Kami disambut dengan hujan renyai-renyai dan jamuan makan tengahari.  Tiba-tiba aku rasa sebak.  Macam tak ready ja nak tinggal dengan orang.

Nampak ja kecik. tapi aku tambah dua kali ok.  Sedak boohh~


Selesai makan tengahari dan Solat Zohor, kami menunggu kehadiran para ibu bapa angkat. Addduuii...sapalah bapak angkat aku ek? Hemsem tak? Kacak tak? Hahaha! Semua tu tak penting lah. Kami sebenarnya tak tau pun sapa mak ayah angkat kami.  Masa dimaklumkan pun, hanya tahu nama sahaja. Student dipanggil satu persatu bersama nama mak ayah angkat masing-masing.  Aku dan kawan aku Izzati, terus menunggu.  Sampailah tiba giliran keluarga bernombor 29.  "NURFAZNIM dan NURUL IZZATI bersama ayahnda mereka EN.SAKRI BIN IBRAHIM." Tapi tak nampak pun lelaki. Nampak perempuan. Mungkin isteri dia? Syak aku. Kalau tu isteri dia, makna kata dia mak kami! Mak! Mak! hahaha. Aku pun berjumpa dengan dia dan salam. Dengan terketaq-ketaq tak sabaq, soalan utama aku nak tanya adalah "er...nak panggil apa eh?" wanita itu pun menjawab, "Panggil Ma." Padahal kan, tak sesuai langsung Ma weh. Sesuai panggil kak sahaja. Muda kot.  Tanya lagi, Ma anak dah berapa orang? Sebab aku tengok dia sedang mendukung anak kecik yang comel sangat. yang teman Ma datang sekolah ada dua orang lelaki. Alang dan haziqMa jawab, "termasuk awok duo, 9 ore lah" sambil ketawa. Tapi dalam hati aku. Maaaa aih! Ramainya. Muka muda. Mesti kawin muda.  Nak tanya lagi sebenarnya. Tapi, nanti lah. Bila dah kamcing-kamcing esok nanti.

Perjalanan kami tetap diiringi dengan hujan yang sedikit lebat.  Tak pa. Hujan rahmat mungkin. Pada pandangan aku, Ma ni aktif, peramah. Al-maklumlah, muda lagi kan. Jarak rumah dengan sekolah tadi pun tak jauh sangat. 5minit mungkin.  Sesampainya kat rumah, Ma kata, dok bilik Angah eh, Ma nak pegi amik Achik. Aku dengan zati pun. Okeyy Ma... Berkenalan dengan Angah. Angah malu-malu pulakk..

Aktiviti kami bermula dengan Malam Barbeku.  Pihak kampung bakar ayam dan buat bihun goreng. Kami sental ja. Lapaqq kot.. Lepas tu dapat baju untuk mak dan ayah angkat pakai masa majlis penutup.  

see? kan aku dah kata. Lapaq kott. Tak pandang dah.


Di sebabkan mak dan ayah angkat aku bz, so, depa tak dapat join pun event malam tuh. Aku datang dengan Zati, Angah dan Alang. Kawan-kawan lain semua datang dengan mak ayah.  Hahaha. Sebenarnya Ma sibuk nak buat persiapan Majlis Kesyukuran dan sembahyang hajat untuk Angah besoknya. Angah nak amik PMR tahun ni.  So, aku dan Zati pun sebenarnya dalam dilemma. Mana lagi penting. Nak ikut aturcara program ka..or aturcara Ma? Hmm...


to be continue...

Saturday, 29 September 2012

Bajet Reti.

Assalammualaikum.

Alahai. Keras betoi jari. Haram tak reti main pon. takpalah. posing serupa reti pun kira ok lah. Hahaha.


kesimpulannya,
gitar lebih besar daripada aku. 

sekian, terima kasih. 


Sunday, 16 September 2012

Azam

Assalammualaikum.

Bulan baru, Semester baru, Rumah baru, Cadar baru, Tilam baru, Almari baru, Semangat baru, Azam baru, untuk menuju matlamat yang satu.

Mereka boleh, mengapa saya tidak?


=)

Wednesday, 1 August 2012

Keputusan Peperiksaan Jun 2012

Assalammualaikum

Godek3 portal student, usya kat kalendar, ternampak ini.



Tiba-tiba jadi takut. Takut kah? TAkut jugak la. Apa-apa pun aku tawakal. Berharap yang terbaik. =)

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan tiba lagi

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Bertemu lagi Ramadhan 2012..

Oleh itu..



jangan ponteng tau!

Sapa puasa penuh, dapat duit raya!

=)

Friday, 6 July 2012

Tak Menyabar

Assalammualaikum =)

Sesungguhnya tidak dapat lagi ku membohongi diri ini tatkala penghabisan exam yang cuma tinggal dua ketul paper. Yehhhaaaa! Oit. Orang tua kata jangan dok seronok sangat. Nanti besok besok ni sedih. Ok, ok, tak mau seronok. Dah, nak apa? Tak yah buat apa. Cool ja ok? Nak cool macam na?

Baru ni kan, aku bosan bosan, main la satu game ni, nama dia Challenge Your Brain. Perggh. Tajuk game tak boleh blah. Macam gah ja. Ni pun aku rembat software dari housemate aku yang celik IT terlebih. Suruh dia sumbat dalam external aku. Bila tahap bosan, baru aku sedar, eh, aku ada external rupanya. Sebabnya, aku sendiri tak tahu function aku beli. Tau tak, aku jawab lah segala jenis peringkat soalan. Persepsi aku pada mulanya, macam cuak ja nak try. Apahal nak cuak? Tak pasai.  Rupanya dia ada macam-macam jenis test..dan aku pun buat la ujian tahap Stress aku. So, adala soalan tumpuan, soalan turutan, logik, pandangan, dan ni result dia,


jangan dekat, jangan dekat, gua hot kot
95 darjah selsius. Apa boleh buat. Dia detect aku tengah tension sekarang. Ye la tu. Padahal aku tengah happy nak balik. Tapi, memang pun, time exam la paling tension yang nak kena hadap. Nak, tak nak, semua kena lalui. Fikir satu ja. Matlamat. Apa matlamat kau belajar kalau semua cabaran hidup kau taknak tempuh.  So, ignore la yang lain-lain. Even ada yang cuba down kan kita, tapi kita mesti bangga la sebab kita dok ada atas dia. Hahaha. Apa gelak gelak. Orang tua kata menangis sat la gi. Ok, Ok..

Semangat tau, tengok ni. Aku exited nak tanda lagi dua ketoi bulat tu. Dah kenapa macam ada mega sale dekat ACC418 tu?  Hm, actually, aku takut subjek tu. Aku rasa macam zaman aku dok politeknik dulu. Ingat kursus setiausaha tak dak akaun. Last-last jengoi jugak akaun. Baru nak pesta. Datang degree pun ada akaun lagi. Hm.. tak pa lah. aku cuba sedaya mampu. Nak seribu daya kan? Taknak macam macam kau dalih. Insya Allah..


Baru ni aku frust dengan subject OSM456. Tak semua kita impikan memperolehi indah indah belaka. Aku minat subjek tu. Tapi bila di saat akhir mesti aku jadi tingtong. Hm, apa apa pun, aku dah redha atas ketentuan ini. Lepas ni tunggu result ja lah. Tawakal. Janji aku dah buat yang terbaik..kan? kan?


muka poyo kat dalam dewan lepas jawab exam record. bajet lega la. 

Ok lah, gelabah pulak nak tengok carrymark subject lecturer kesayangan. Hope baik-baik belaka.

Salam.


(NAK BALIK.....! homesick jap)

Friday, 15 June 2012

Semoga ada hikmah disebaliknya.


Dilemma.

Compose on Sunday-10/6/2012

Assalammualaikum.
Sejuk betul malam ni.  Seindah sakura dibuatnya. Eh, besok sambungan cerita tu lah. Tak sabaq betoi nak tengok apa jadi kat anida dan shaqira. Cerita tu la yang dok buat aku lagha selama ni. 

Tergelak pulak aku sorang sorang bila tadi aku dan geng aku buat oral Q&A  bahasa arab, last sekali.  Mana tak-nya.  Kelas pukul 2 petang, sesuka hati kami dok nak pi ngubah kepada 4petang.  Memang hebat sangat lah kan.  Hari ni kelas record batal, atas sebab apa pun tak dapat dikenal pasti.  Cadangnya memang akan ada quiz hari ni.  Moga jugak sir takdak pun.  Dah nak pecah otak aku study akaun malam sampai pagi, alih alih keluar ciput.  “Andai ku tahu….”.  Tak apa ada hikmahnya jugak. Sebab, save time aku untuk hadapi test akaun sekali lagi.  Ada satu lagi.  Berbalik kepada cerita oral arab, kelas habis pukul 1.  Selalunya pukul 12, dan direct sambung dengan record class.  Firasat kuat menyatakan kelas pukul 4.  Sedangkan timetable ada ja tergantung dan tersemat bersama kad pelajar.  Malas cikadak nak membaca, tu yang sendiri buat time kelas.  Akhirnya, baru tersedar setelah melihat jadual besar gedabak aku tempek kat bilik.  Makk oi.  Kelas pukul 2 lah! Masa dok bincang dengan member aku dah pukul 3.  Gila gelabah! Hahaha. Alhamdulilllah, aku dapat jawab ke-5 5 soalan.  Walaupun ustaz komen, “awak boleh, tapi, awak kena focus lagi.” Owh, tersentap di jiwa.  Aku jawab apa yang aku faham ja.  Ustaz pun sempat tanya, “Sekolah mana dulu” aku pun….takkan nak ngaku sekolah arab dulu? Memang tak la. Sebab tak poon..  Saya ni sekolah teknik ja ustaz.. ada basic arab time sekolah rendah ja. Dulu dulu boleh la, tanya maksud anggota badan, alat tulis, barang dalam kelas, now, siap ayat, essay bagai.  Ok, aku redha. Dah, apa yang aku dilemma sebenarnya? (Intro kemain tak dak kena mengena)

It is about my future.  Dulu masa kecik kecik, selalu jugak aku tulis biodata.  You know zaman kegemilangan biodata suatu ketika dahulu? WAJIB ada.  Tak kira lah, orang mintak, aku buat sendiri.  Dan aku percaya, nak mengorat zaman dulu pun memerlukan biodata.  Haruslah tukar antara satu sama lain.  Taklah macam sekarang, tukar no. hempon, tukar email, nak maju skit, bokmai hang punya nama akaun pesbuk atau twitter dan sebagainya.  Eh, selalu sangat aku terpesong. Ok, Ok, sila balik ke landasan boleh tak? Sebenarnya nak habaq, mostly aku tak lekang di tangan untuk menulis perkara wajib contohnya, cita-cita.  Lebih kurang macamni lah, CITA-CITA:Guru.  Yes. Ini adalah cita-cita aku sebenarnya.   Apakan daya.  Rezeki mungkin tak menyebelahi aku.  Maktab pun tak pandang aku. Lagi pulak Upsi? Huh.  Tapi aku redha. Berbaloi sangatla. Result koman, haruslah dilayan koman. 

Namun, berkat kesabaran, aku dah di bidang pengajian ijazah.  Itu pun selepas aku tamat diploma di bidang kesetiausahaan.  Mai mana jadi orang pejabat pun tak tau.  Sebab tak sama pun dengan cita-cita aku nak jadi cikgu.  Hm, mungkin siapa tahu aku jadi cikgu pengurusan pejabat kan? Amiinn..~  Teringat zaman dulu, aku suka curi kapur kat sekolah.  Bawak balik rumah, main cikgu-cikgu depan rumah. Tak depan rumah, dalam rumah.   Aku lah jadi cikgu. Anak jiran aku jadi anak murid. Adalah dalam dua orang.  Hari hari ajar Bahasa Malaysia.  Favorite kot.  Hari hari ajar suku kata. Haha. Padan muka.  Dah itu ja senang nak diajar.   Kalau kat rumah best sikit.  Aku nanti sarung kasut tumit tinggi akak sulung aku.  Ketuk, Ketak, ketuk, ketak.  But, tak sangka, aku akan pakai kasut  ketuk, ketak, ketuk, ketak, bukan untuk jadi cikgu, tapi untuk Pengurusan Pejabat.  Pejabat? Aku minat selepas  bosan pulak main cikgu cikgu.  Aku selalu jadi pembantu la.  Ala ala setiausaha. Dulu mana tau istilah setiausaha, tahu panggil, penolong ja. Penolong bos.  Anak jiran aku lagi jadi mangsa. Hahaha.

Aku patutnya bersyukur atas peluang yang dikurniakan olehNya.  Aku sempat bekerja di pejabat sebelum menyambungkan pelajaran untuk timba pengalaman.  Aku dapat menimba ilmu pejabat yang kadang kala relate dengan situasi pembelajaran aku.  Tapi, dilemma lah pulak.  Punya berjela aku taip, baru sekarang nak cerita pasal apa yang aku dilemma. Hahaha. Lantaklah. 

Sebenarnya, aku baru dapat tawaran interview SPA yang telah dimaklumkan oleh kakak aku.  Di Kementerian Kesihatan sebagai Pembantu Tadbir Pejabat N17.kot?  Tapi, aku sedang belajar sekarang ni.   Kata orang, pergi ja interview tu, untuk timba pengalaman interview dengan pihak kerajaan.  Dapat tak dapat belakang kira.  Tapi tu lah.  Aku tak lah mementingkan gred, pangkat, jawatan, nak pulak gaji, tapi aku fikir sebab kerajaan.  Herankah anda kepada kerajaan?  Cumanya, aku pun tak pasti.   Nak balik pergi interview pulak, 20hb, aku ada quiz.  Interview 21hb.  Sempat pulak aku? Atau itu adalah petunjuk untuk aku tak perlu menghadiri temuduga itu? Patutkah? Patutkah?  Aku fikir sebab ianya sector kerajaan.. it is not easy nak dapat panggilan dari sector kerajaan ni.  Liat kot.  Nak, nak pulak dia buat gila beku jawatan 3,4 tahun.  Hmmm… Ya Allah…  Semoga aku diberi petunjuk.  Aminn..~

Tu ja dilemma aku.  Selalu buat teruk.

=P

Saturday, 9 June 2012

The Story.

Salam,

I have story to be write.  But I don't know where I should be start. Nantilah.. Bila aku dah bersedia.



Goodluck to me for tomorrow.

Account Test
Record Management Quiz
Arabic for Questions and Answers.
<3

Friday, 8 June 2012

Wednesday, 6 June 2012

#Wordless Wednesday-7

=)

Huh, nate gapo nih?
Ni la heh, nota serabut hotak.
Geli aku kadang-kadang aku nak baca.
Tapi kadang-kadang jugak syok. Syok colour ja lahh~

Takpa lah, asalkan aku faham. 
(",)




Friday, 1 June 2012

Uik? Tiba-tiba Final?

Assalammualaikum, Salam 1 Malaysia.

1 June dah hari ni. Tup tap, tup tap, habes semester dan cukuplah tahun pertama untuk pengajian aku. Alhamdulillah. Semakin hari semakin baik. Cuma aku perlukan kekuatan dan daya usaha yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang aku impikan itu. Ya, aku rasa bukan aku sahaja. Tetapi orang lain juga begitu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Anda cari, anda dapat. Anda korek, anda lihat. Jangan telan. hahaha.

Pagi-pagi yang indah ni, tempat aku di-mukadimmah-kan dengan hujan yang lebat.  Jika sebelum ini dirungutnya aku panas sokmo, aku balik kampung, sejuk sokmo.  Syukur padaMu kerana kau berhak menentukan segala.  Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan.  Sepertimana aku rancang dengan Nadiah nak pergi library, nak suruh dia ajar aku akaun versi SPM level, tapi taktau la boleh pi ka dak ni, pasai hujan.  Maka terkontang kantinglah akaun aku jawabnya.  Alternatif lain, aku download nota-nota kat i-learn sampai lebam.

Dalam masa aku dok kelebek kelebek i-learn tu la aku nampak time table Group B. Eh, group aku, cepat cepat klik, klik, klik, cari O.M, cari, cari, tuuuudia! jengoi dah, jengoi dah. Final exam mai bagi salam. "Assalammualaikum pembuka bicara, harap anda sudah siap sedia," aku? sedia dah ka masalahnya? Jap, nak check diri tengok. Hmmm..kesimpulannya harreemmm..~ dok gi pom. Gano nak wak ni? Agok sempak dok? Harap harap sempatlah. Taknaklah aku, bila dah terhantuk baru nak tergadah. Ibarat masuk perempuan masuk tandas lelaki baru nak cari pintu keluar. eh, apa dia hang? Ya lah, sapa suruh tak study simbol laki or perempuan? ha? ha?

This is my time table yang sempat dirakamkan dan dicatit dengan tuntas, pantas, telus, cekap, amanah dan mesra.

abaikan tulisan buruk itu. 

However, chey, however konon, mostly in Julai la kan. Maka banyak lagi masa untuk enjoy dan nak bergalok. PANG!! bagi penampaq tang muka. Hoi, Even lambat lagi, banyak benda aku tak hafal-hafal lagi ni. Aku ni dah jenis menghafal pelik dari orang. Nak kena ingat position, warna, tulisan, benda-benda sekeliling notes tu. Haiyyoo.. mak, cheq ikot perangai sapa mak..?

Cepat or lambat itu belakang kira, yang penting persediaan kan? Tapi kadang kadang, aku ni memang last minute. Well, kata orang, last minute paling masuk bila belajar. Is that true? Ya, maybe, ya, ya, (-.-"). Aku pun tak pasti. Mungkin, lain orang lain cara.

By the way, oh, by the way pulak, I hope, I will do better than last semester if I want to achieve my goal and objective.  Aiseh dah macam konsep organization principle pulak dah.

That is why I said, Pulun Faznim Pulun. =P

Wednesday, 30 May 2012

Mengapa Anda Tidak Perlu Takut Untuk Ke Bukit Bendera?




Assalammualaikum =)



1) Make sure ada transport lah. Kalau kawan kawan ada, tumpang jap.  Ada bus, tapi maybe lambat sampai. JeMMMmm

2) Berbekalkan kad pelajar, ic, wang kertas RM5, anda akan mendapat baki RM1. Percayalah. Magik kan?

3) So hasilnya, dapatlah tiket untuk setiap orang. yUhuU~

4) Dan dapatlah naik keretapi. ok, tu ja. bye.

Tuesday, 29 May 2012

Tweeter

Assalammualaikum

Dulu orang ada myspace, nak jugak myspace,
Pastu naik friendster, nak jugak buat friendster,
Tup tup, datang facebook, ketaq jugak nak buat facebook,
Now, Mai pulak tweeter, teringin pulak tweeter.

Haha. macam tu lah manusia. segala benda mau ada. (kata kat diri sendiri)

Tapi ada banyak gak kelebihan, banyak gak kekurangan.
Well, masing-masing punya pendapatkan.
Bijak mengguna dapatlah hasil.

Since aku ada tweeter, syok jugak la. update sokmo. benda-benda kecik pun update. Pompang pompang aku kat situ ha.
Tak kurang dapat tau pasal artisss~~ waw. bajet berilmiah sangat.
Sebab lect. aku cakap tweeter adalah sejenis microblog. so, pendek-pendek ja orang update post.

Oklah. tu ja.

Saturday, 12 May 2012

I heart them.

Assalammualaikum

Mula mula memang tak dapat nak terima
Masing masing punya perangai pelik pelik
Ada yang itu, ada yang ini
Tak ubah macam budak budak pun ada

Dengar cerita sini macam ni,
Dengar cerita situ macam tu,
Oh, tak tau mana satu nak percaya.
Last, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tapi,
Kata orang tak kenal maka tak cinta,
Maka wujudlah suasana yang diinginkan,
Riang bersama,
Ceria bersama,
Kongsi bersama,
Sukanya.
Masing masing dah boleh terima.

Ada hikmah setiap yang berlaku,
Kita merancang, Dia yang menentukan,
Ya, Jika kita bersatu, InsyaAllah takkan terlerai.
Jangan berbalah, jangan pula bersengketa.
Maafkan segalanya,
Kerana,
Ada yang gembira tatkala kita bersengketa.

Semoga keakraban kita terus kekal selamanya.

IMISSYOUALL..












Friday, 11 May 2012

Dilemma

Assalammualaikum..




Cuti gawai-gawai dah semakin dekat, macam biasa, sebagai warga pendidik sudah pasti pantang mendengar perkataan cuti yang diberikan kepada pelajar. Makanya, mereka akan bersiap sedia dengan tugasan-tugasan yang menimbun-nimbung untuk disiapkan lah kan.  Oleh yang demikian, bila dah sedar diri tu student, harap siapkan lah segala gala.

Tapi kan, tema dan persoalan yang bakal dibangkitkan adalah aku ni patut tak aku balik sempena cuti gawai-gawai yang agak tiada kena mengena tu? Pernah rasa macamni tak? Dilema balik tak balik? Sebabnya.. bulan lepas dah balik dah. Bulan ni balik, bulan depan pun balik. Memang trademark aku untuk semester ni adalah sebulan sekali balik.  Ok, back to my problem. Aku bagai tiada masalah nak balik, cumanya.. aku malas nak baliklah. Kebetulan, housemate 6 orang ada kat rumah. (Yang bukan geng sangat) Yang geng they all balik sempena konvokesyen.  Bulan tiga yang lalu aku. Now, mereka. "SELAMAT BERKONVO kawan"

Antara yang merisaukan aku..kalau aku balik....
1) confirm aku kuat online. So, buku disebelah, tapi tak bukak,
2) banyak agenda dah plan. Antaranya, reunion bagai,
3) balik kampung. Ayah aku selalu ajak teman.
4) malas, malas, malas malas,= ada competition tidoq terbanyak, aku menang.
5) it about money.

tapi kalau aku tak balik..
1) tak jumpa mak ayah...rindu aku postpone lagi lah.
2) tudung akak aku order pun postpone jugak. kesian pulak bagi mereka yang order.
3) aku boleh study dengan jayanya. sebab kat sini tak dak senarai agenda pun yang aku pernah buat.
4) makan memang masak lah kat rumah. no transport. kawan aku balik. (giling kan ada)
5) tumpuan lebih banyak pelajaran lah.


hm, nak balik ka tak nak ni?
Plus, mengikut bancian, ramai jugak yang tak balik ni. ayyyarrkk~
**aku memang jadi seorang pemalas tatkala berada di rumah.**


kepada SuZie,
mak, ayah, melawatlah saya kat sini. 6jam ja kan..
(-,-)


Thursday, 26 April 2012

Terima Kasih.

Assalammualaikum.

Terima Kasih atas teguran.  Alhamdulillah.
Semoga Allah memberkatinya.

=)